1. Kebelakangan ni sekejap aku rasa macam masa berjalan lambat sangat. Rasa kalau boleh cepatlah sikit masa tu bergerak, tetapi bila teringatkan kerja yang menunggu, rasa macam cepat sangat pulak. Betullah macam quote yang aku pernah dengar sebelum ni. “.. h…. beats faster and slower at the same time”. Itu yang rasa masa cepat dan lambat sangat pada satu-satu masa tu ye.
2. Pagi tadi aku join sekali lagi Terry Fox run. Kali ini di Taman Tasik Titiwangsa pula. Cantik tasik ni. Adalah dalam 3 kilometer nak tawaf. Run tu patut tawaf sekali je, sebab aku banyak berjalan dari lari jadi aku buat lah dua round. Oklah tu kan? hehe.. :p
Ramai jugak orang pagi-pagi ni. Rasa macam nak jadikan satu habit pulak joging kat sana kalau weekend dekat KL (hari tu dekat Lake Garden fikir nak buat jugak, tapi tak buat-buat pun). :p
3. Lepas menghirup udara pagi yang kira segar tu, pergi pula ke library pulang dan pinjam buku. Pagi-pagi orang tak seramai macam biasa. Senang dapat parking, hidup macam bahagia je.
4. Lepas tu tepat seperti tekaan Sabriza, pergi makan roti canai. Bukan apa, dah lama sangat mengidam roti canai makan dengan sambal nasi lemak. Tapi makan sekeping Roti Telur banjir je tau. Ni pun tak lunch lagi. Harap lah kalori hari ni lebih sedikit diambil dari yang terbakar.
5. Sempat juga bermuhasabah diri. Bila fikir-fikir balik, berat badan aku dah maintain. Tak naik-naik dah. Jadi ini bermakna aku tak lah makan melebihi keperluan dah. Dah ngam. Jadi kalau aku nak kurus, aku kena kurangkan input. Masalah yang paling utama yang menyumbang kepada majoriti kalori adalah makan banyak processed food sebenarnya. Makan kat kedai.
Hmm, ini problem. Nak masak sendiri tak padan dan tak berapa sedap. hehe… :p
Jadi apakah penyelesaiannya? Masih sedang difikirkan.
6. Masih dalam mode muhasabah jugak. Berfikir-fikir pasal diri sendiri dan masa depan. Rupanya aku ni takdelah keras hati sangat dalam satu-satu perkara. Kadang-kadang kalau ada reason yang logik dan rasional, aku boleh je tukar prinsip aku. Entah kenapa, aku sedang reevaluate prinsip “kereta” dan insurans aku.
Nothing definite yet. BUT, willingness to think about it for me is a good sign. Sebab kalau aku ni biasanya benda yang kita dah tahu jawapannya, aku tak suka dok fikir panjang-panjang. Just take action. Cuma kena ada argumen yang rasional lah sebenarnya untuk melembutkan keputusan-keputusan aku.
Maybe lepas Raya Haji akan separuh clear dan in one month akan bertambah clear.
7. Oh ya, orang yang kenal aku mungkin tahu. Satu habit buruk aku adalah suka bercakap dekat telefon waktu memandu. Justifikasi, sebab jimat masa. Lepas kereta berhenti boleh terus buat urusan-urusan lain. Dapat hadiah pagi tadi.
8. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan rahmat hidup yang best ni. Walaupun kena saman RM 50 pagi tadi (sebab u-turn di tempat yang tak patut sambil bercakap kat telefon~dengan mak), tapi hati tetap rasa gembira.
Walaupun kerja banyak menunggu Isnin nanti, tapi hati tetap rasa lapang.
Thank you Allah! 🙂
Sabri
———————-sambungan kemudian———————————-
1) Nama saya Sabri. Maksudnya kesabaran. Datuk saya yang namakan saya Sabri. Sebab saya lahir waktu tengah hari, jadi dia tak nak saya jadi panas baran (orang tua-tua). Dan betullah nama tu satu doa. Saya rasa saya agak penyabarlah.
Tetapi saya ada satu kelemahan. Mak saya cakap, saya, adik lelaki saya dan ayah saya pun ada penyakit ni. Ayat dia, “semua orang laki kat rumah ni ada penyakit selak”. Apa penyakit selak ni? Penyakit selak ni adalah penyakit excited terlebih. Kalau nak tu nak jugak.
Contoh kalau adik saya tu dia nak makan kek, mak cakap nanti dia pergi kedai dia beli, dia tak nak dengar. Dia sanggup ditinggalkan kat mana-mana bahagian bandar, jalan kaki pergi kedai tu nak beli kek. Sebab tunggu mak saya lambat sangat.
Same with my father. Same with me. Selak.
(Jika ini kali pertama anda dengar perkataan selak ini digunakan untuk maksud over-enthusiastic ni, selak dalam konteks ni local dialek kot. At least untuk orang Pahang la)
Saya tak tahulah selak ni benda yang bagus atau tak (dari ayat mak saya macam tak bagus je). Tapi tulah. Susah nak buang selak ni. Bila siang nak cepat-cepat malam. Bila malam nak cepat-cepat siang. Hilang rhythm badan.
Cuma bagusnya bangun tak de rasa nak mengeliat-ngeliat la, tak rasa ngantuk dah. Bangun pagi boleh terus melompat. Dekat office rasa tak leh duduk diam, nak cepat malam. Rasa bertenaga sepanjang masa. Adrenalin banyak.
Tapi jauh di sudut hati rasa tak best sebenarnya. Sebab kita tahu, kita tak rasa letih bila kita sepatutnya rasa letih. Kita hidup dengan lebih energetik dari biasa.
Selak, selak.
Selak ni bagus in one thing sebab kita gung-ho, jadi biasanya ia berakhir dengan sukses. Dalam kes macam tu, memang berbaloi dan kepenatan memang tak terasalah kan.
Tapi pernah tak anda give your all, tiba-tiba tak dapat. Frust kn?
In my case and in my book, Tuhan jarang kecewakan kita kalau kita dah usaha dan minta dengan sangat-sangat. So jarang la frust. But waktu benda-benda tak sure ni, takut jugak dibuatnya.
Adrenalin selalu, tiba-tiba gagal. Flat nanti. Oh, hopefully tak la kan.
Selak-selak.
But the good thing is, I know I live with passion! Good stuff! 🙂