Saya terbaca sebuah buku yang mempunyai point yang sangat bernas. Seorang kaunselor rumahtangga sering bertanya kepada pasangan yang beliau kaunselingkan, dalam sesebuah relationship yang sempurna (100%), berapa peratuskah yang setiap pasangan perlu beri untuk menjadikannya berjaya?
Jika soalan ini ditanya kepada anda, apakah jawapan anda?
…
..
.
Jawab dulu. Sekejap aja! 🙂
Jawapan yang sering beliau terima berbeza-beza. Dari (25/75), seorang beri 25%, seorang lagi beri 75%, sehinggalah kepada (50/50). Namun tidak ada satupun dari jawapan tersebut yang betul. Jawapan yang sebenarnya adalah 100/100. Setiap pasangan perlu memberi 100%. Tidak hairanlah pasangan-pasangan yang menemui kanselor tersebut semuanya mempunyai masalah rumah tangga!
Dilema 100%
Kaunselor tersebut menambah lagi, ada pasangan yang menemuinya bertanya. Bagaimana pula jika seorang dari pasangan sahaja yang memberikan 100%, sedangkan yang seorang lagi tidak. Tidakkah ini akan mengakibatkan pasangan yang memberi 100% tadi rasa seperti digunakan dan lama-lama akan “burn-out“. Persoalan ini sudah tentunya banyak bermain di fikiran kita bukan? Bagaimana jika pasangan kita tidak sekomited kita? Tidakkah kita akan geram dan menyampah?
Kaunselor tadi menjelaskan, jika kita mempunyai perasaan demikian kita bukanlah memberi 100% dalam perhubungan, sebenarnya kita sekadar “keeping score” (berkira). Itu bukanlah memberi 100%, tetapi lebih kepada 50%-50% sahaja. Kita hanya akan memberi setakat kita merasakan pemberian kita itu menerima pembalasan yang setimpal. Apabila kita merasakan kita tidak mendapat balasan yang setimpal, kita akan mula mengurangkan peratus pemberian kita.
Kaunselor tadi menambah, kita harus faham yang 50% + 50% does not equal 100%. 50% pada satu-satu pasangan bermaksud, ada 50/50 chance yang hubungan tersebut akan gagal (seperti melambung syiling). Bagaimana pula jika kedua-dua pasangan tadi sama-sama melambung syiling? Bukankah kebarangkalian untuk gagal tadi akan bertambah teruk?
Lebih parah lagi apabila peratusan sumbangan dan penyertaan dalam sesebuah hubungan tersebut adalah subjektif. Ia ditentukan oleh minda dan persepsi kita yang seringkali silap. Acapkali walaupun pasangan kita boleh dianggap sempurna, kadangkala pasangan yang satu lagi tidak nampak perkara ini (vice-versa). Ini berlaku kerana minda kita mengukur sesuatu secara relatif. (baca artikel Nothing has Meaning except for untuk kupasan lanjut mengenai perkara ini)
Jadi bagaimana? 🙂
Kita tidak akan dapat mengubah pasangan kita. Kita juga tidak akan dapat mengubah hubungan kita. Tetapi kita sentiasa dapat mengubah diri kita. Dan bagaimana diri kita melihat dunia, adalah sekadar persepsi. Dan persepsi boleh diubah apabila kita berubah.
Give 100%.
Itu Mustahil
Mungkin akan timbul pula difikiran kita, ia mustahil untuk dilakukan. Tidak ada orang ataupun manusia di dunia yang macam malaikat yang boleh jadi baik 100% of the time. Tepat sekali.
Saya pun begitu. Saya pun tidak sempurna. Tetapi saya tahu jika saya sentiasa diingatkan (atau teringat sendiri) mengenai pandangan ini, sekurang-kurangnya pada waktu tersebut I will behave at my best. Sebab itu saya mahu mencari wanita yang walaupun dia tahu tidak sempurna, tetapi dia boleh jadi sempurna apabila ketika-ketikanya muncul.
Saya dikejutkan dengan satu perkara. Kebelakangan ini saya kerap bertemu dengan orang-orang yang baik. Ada juga orang yang saya dah kenal lama, tetapi baru tau mereka baik. (atau baru berubah kot…) 🙂 Saya baru sedar, persepsi saya bahawa tidak ada “orang yang baik sangat” di dunia ini salah. “Orang yang baik sangat” ini wujud. Mereka tidak sempurna, tetapi mereka wujud. Saya rasa bertuah dikelilingi mereka ini.
Dengar Ini Dengar Ini Jika Anda Tidak Melihat Mereka
Anda, adalah cerminan diri orang-orang yang rapat dengan anda. Satu penyataan yang selalu diulang-ulang. Apa maknanya?
Saya baru mendapat maknanya. Selama ini saya dikelilingi oleh orang yang hidup dalam satu kepompong mentaliti yang cuba untuk “keep up” with the Jones. Mereka mahu menjadi seperti orang lain di sekeliling mereka. Orang ada Vios, mereka pun mahu Vios. Buat apa sahaja asalkan pandangan orang terhadap mereka baik-baik sahaja.
Namun, sejak berbulan-bulan kebelakangan ini, hidup saya mengalami proses evolusi. Saya semakin meninggalkan kepompong tersebut. Saya banyak belajar perkara baru dan bertemu dengan rakan-rakan baru yang lebih baik (seperti dalam artikel ini saya ada jelaskan, rakan-rakan kita yang baik akan turut menjadi lebih baik apabila kita menjadi lebih baik – klik di sini untuk pembacaan tambahan).
Saya menyedari yang perkara ini bukan lagi mustahil. Saya bertemu dengan lebih ramai rakan-rakan dan manusia yang willing untuk memberi 100%. Pelik, kerana sebelum ini saya tidak berjumpa dengan seorang pun!
Jadi jika anda merasakan ia mustahil untuk menjadi pasangan yang memberi 100% dalam perhubungan mereka, anda menghidap satu dari 3 penyakit ini (atau ketiga-tiganya sekali).
1. Pertama, anda mempunyai self-limiting belief dalam aspek perhubungan.
Anda meletakkan terlalu banyak syarat yang bukan-bukan kepada diri anda sendiri. Self limiting belief ini adalah kepercayaan mengarut yang anda kerap ceritakan kepada diri anda sendiri sehingga anda percaya (Eg: Tidur tak boleh banyak bantal). Jika anda ada naluri enquisitive lebih sedikit, anda akan dapat breakthrough kepercayaan mengarut ini.
2. Kedua, anda berkawan (orang disekeliling anda) dengan mereka yang sub-standard juga
Rakan-rakan anda adalah cerminan diri anda. Jika orang-orang yang rapat dengan anda mempunyai satu persepsi yang tertentu, anda juga akan turut mempunyai persepsi demikian. Ini berlaku kepada saya sendiri. Apabila saya berkongsi apa yang saya tahu dengan rakan-rakan saya, dan juga menukar (atau terpaksa tukar) kawan-kawan yang biasa ini kepada kawan-kawan yang lebih baik, saya melihat perspektif saya berbeza. Saya berjumpa dengan lebih ramai orang yang baik yang sebelum ini saya tidak sangka mereka wujud.
3. Anda perasan hebat.
Ya, jika anda merasakan ia mustahil dan tidak boleh melakukannya, anda bercakap dari pengalaman dan pengetahuan anda sendiri sahaja. Ia tidak bermaksud orang lain tidak boleh. Anda mungkin hanya belum berjumpa dengan orang yang boleh. Anda tidak boleh assume orang lain mempunyai kekangan yang sama seperti anda. Impossible is temporary. It is just a matter of perspective. 🙂
Jadi, ia tidak lagi mustahil! 🙂 Saya telah berjumpa dengan orang-orang yang lebih baik yang sebelum ini saya tidak sangka langsung wujudnya. Jika anda mengubah self-limiting belief anda, meluangkan lebih masa dengan orang-orang yang berkualiti, anda juga akan turut menemui orang-orang yang lebih baik! 🙂
Cakap Banyak Pula
Diri sendiri pun tidak kahwin-kahwin lagi. Cakap banyak pula. Apalah yang saya tahu mengenai rumah tangga ya tak?
Sebab itulah saya banyak membaca dan belajar dengan orang yang tahu. Lagipun bukankah sudah banyak kali saya katakan, saya hanya akan kahwin dengan wanita yang betul. Saya rela menjadi single seumur hidup dari diikat oleh wanita yang masih suka hidup dibawah kepompong self-limiting belief mereka.
Tetapi saya nampak perubahan-perubahan ketara dalam hidup saya. Saya rasa penantian itu tidak akan lama lagi. Saya bertemu dengan semakin banyak manusia-manusia (wanita) yang baik yang saya rasakan tidak wujud sebelum ini. Saya rasa tidak lama lagi sebelum saya bertemu dengan orang yang tepat. Good News! 🙂
Sabri
Keen Learner
1 thought on “Giving 100% or Just Keeping Score?”