Banyak sebenarnya yang boleh saya kongsi berkenaan perkara ini berdasarkan pengalaman perjalanan saya dan rakan-rakan saya. Saya terpanggil juga untuk menulis mengenai hal ini kerana pada tahun ini Ummar akan menduduki SPM. Dan biasanya remaja tak suka membaca panjang-panjang, jadi saya pendekkan sahaja.
Pilihan Kursus Selepas SPM?
Jangan dengar cakap-cakap orang tua (termasuklah tips penulis ini). Fikir dengan rasional apa yang kami katakan dan buat keputusan sendiri. Terutamanya jika ada orang tua yang bersungguh-sungguh bercerita kepada anda mengenai pekerjaan mana yang ada permintaan atau tidak. Setiap kursus itu pasti akan ada pekerjaan sesuai yang ditawarkan, jika anda pelajar yang terbaik dalam bidang tersebut. Buat sesuatu yang anda minat dan mampu. Pastikan juga minat anda bukan minat hangat-hangat tahi ayam. Pastikan minat anda tersebut, minat sebagai seorang dewasa.
Satu tips tambahan, untuk tahu minat anda, cuba anda bayangkan diri anda buat apa yang anda minat tu tanpa dibayar apa-apa bila anda dah dewasa nanti. Tanpa gaji. Jika anda sanggup, maka itu adalah minat anda. Jika tidak ada apa yang anda tidak sanggup buat tanpa gaji, sila ikut sahaja arahan IBU BAPA anda. Anda belum dewasa dan belum layak buat keputusan sendiri lagi.
Tips tambahan untuk adik-adik saya yang belum habis belajar. Kalau nak pilih kursus, sila pilih kursus yang betul-betul. Jadi hero jangan sekadar pelakon tambahan. (tips sensitif akan disampaikan secara personal. Tetapi ingat ni sampai bila-bila). Orang lain tak ikut tak apa, tetapi adik saya wajib ikut.
Tips Interview Biasiswa JPA, MARA, PETRONAS DLL
Be smart. Pertamanya jika anda mahu menyambung pelajaran ke luar negara atau dengan tajaan, anda perlu mengubahsuai kursus yang anda ingin pohon supaya bersesuaian dengan kehendak penaja. Walaupun saya sendiri menulis di perenggan di atas supaya memilih kursus yang anda minat, di sini anda kena buat trade-off sendiri jika kursus yang anda mahu tidak bersesuaian dengan kursus yang anda ditawarkan.
Biasanya temuduga akan dijalankan secara berkumpulan. Ingat tips ini, dari 5 orang dalam satu kumpulan temuduga, secara puratanya hanya satu yang akan dipilih. Macam mana untuk jadi satu yang terpilih? Gunakan kepandaian anda. Satu tips tambahan, orang tak akan ambik “Pak Sanggup”. Mereka juga tak akan ambil orang yang kuat bertengkar. Mereka mahu ambil “pemimpin”. Jadi, jadilah pemimpin.
Oh ya, apabila anda sudah sampai ke peringkat temuduga, biasanya keputusan peperiksaan anda tidak bermakna lagi. Anda dianggap sama sahaja dengan yang dapat 10A1 di sebelah anda. Anda cuma perlu membuktikan yang anda lebih hebat dari 10A1 student di sebelah anda tadi. You do that, the scholarship is yours.
Kepada semua sekali, yang berjaya, yang tidak berjaya, straight A student, yang tak berapa straight A student;
Life has just begun (well kalau anda memilih untuk ke matrikulasi, tangguh dulu setahun. Tak mula lagi). Life is exciting, life can be harsh to you. Life that you will live, is the result of the decisions you made. It doesn’t matter where you start, just make sure you are after the right finish line. Jadi, be smart, use your brain and the world is your oyster. Trust me, I am living my life. 🙂
Sabri