Fenomena ini di tulis dan dibincangkan oleh banyak tokoh dari pelbagai sudut. Ia affect pandangan kita terhadap dunia dan limiting belief (glass ceiling) yang kita bina dalam diri kita. Kegagalan kita buang victim mindset ni dari attitude kita akan menjejaskan performance kita sebagai manusia dan keputusan yang kita buat dalam hidup kita seharian.
Saya kalau boleh tak mahu menulis mengenai perkara ini, tetapi saya rasa amat penting untuk direkodkan sebagai peringatan untuk saya sendiri, apabila saya lupa nanti. Saya telah menyaksikan tidak sedikit mereka yang tidak sanggup untuk buang victim mindset dari dalam diri ini, mensabotaj diri mereka sendiri. Negativitiy tu, kalau tidak boleh repel orang dan akan infect the circle around you.
Adopting victim mindset ni, dalam dose yang “lite” melegakan. Ia absolve kita dari tanggungjawab, sebab kita boleh salahkan orang lain. Nak berborak pun sedap. Kepala pun tak pening sangat, dan kita tak sedih sangat. Tetapi jika dilakukan selalu dan dalam dose yang banyak, boleh merosakkan diri sendiri. Kita terlupa yang mengubah orang itu sukar, mengubah diri sendiri itu yang senang.
Kita lupa, kita boleh mengubah diri sendiri dan dengan usaha yang tekun, disiplin yang tinggi serta tawakkal yang tinggi kepada Allah, insya-Allah kita akan berjaya. Adopting victim mindset, menyerahkan “kuasa” dan peluang untuk berjaya tadi kepada orang lain. Kita declare yang kita tak boleh control diri kita, dan kita salahkan orang lain atas apa yang terjadi.
Lebih buruk jika kita menyalutkan finger pointing kita itu dengan cantik-cantik, seolah-olah orang itu tidak bersalah sangat. Namun, selagi kita tidak mengambil tanggungjawab yang signifikan atas apa yang terjadi, atau kita menyalahkan orang lain, selagi itu kita sebenarnya masih bergelumang dalam victim mindset itu. Seolah-olah kita adalah mangsa.
Lebih sukar, untuk membuang victim mindset ini tidak mudah. Seringkali “merah muka” kita kerana kadang-kadang kita kena bertanggungjawab atas situasi yang kita sendiri tidak faham 100%. Apapun, ia sangat lah liberating, sebab kita tahu yang apa yang terjadi dihadapan kita, adalah natijah dari usaha kita sendiri dengan restu Allah.
Orang lain mungkin boleh influence apa yang terjadi, tetapi kita pilih reaksi kita dan tindakan kita atas sesuatu kejadian tersebut. Berjaya atau gagal, saham kita ada sekali dan kita pilih outcome dari situasi tersebut.