TOD kali ini dijangka panjang sedikit daripada biasa. Dalam keadaan normal, saya tidak risau sangat sebab time flies. Berdasarkan pengalaman, bila kita dah berada di minggu ke 3-4 tu, akan rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Tetapi memandangkan TOD ke 10 adalah agak pendek (cuma 3 minggu), saya ada lah rasa gentar sikit untuk melalui TOD kali ni. Takut rasa panjang sangat. Tapi saya cuba tak fikirkan lah panjang atau pendeknya.
Perasaan ini kalau dilayan rasa dia macam “Claustrophobia”, perasaan takut atau resah berada di tempat tertutup. (sebab bila kami dalam TOD, waktu inbound and outbound sudah tetap, apa-apa jadi pun, kena habiskan).
Saya juga sedang perlahan-lahan membiasakan diri untuk hidup dalam keadaan new normal ini. Design theme untuk blog ini telah saya kemaskini.
Saya sebenarnya tidaklah layan sangat tema “minimalis” seperti ini. Tetapi dalam kesibukan seharian, ini adalah tema yang efisien dan praktikal. Cepat untuk diembrace, minima drama. Saya perlukan sesuatu seperti ini sekarang untuk membolehkan flow kehidupan berjalan terus.
Semalam juga pertama kali dalam tempoh sebulan saya kembali exercise. Memang terasa berat, tetapi slowly saya rasa boleh pick up momentum tu.
Di Iraq, sekarang adalah transition di antara musim panas ke musim sejuk. Secara teorinya di negara 4 musim lain, ia dipanggil musim luruh. Tapi di sini tiada musim luruh per se. Pada waktu tengah hari, ia masih panas (40C), tetapi pada waktu malam ia sudah jatuh kepada 20+C.
Perkara yang penting waktu seperti ini adalah, kawalan air cond. Kalau aircond dibiarkan (25C sahaja pun, bukan bawah 20C pun), perbezaan suhu di luar dan di dalam kabin tu akan jadi terlalu ketara dan badan kita akan mudah demam. Kalau waktu tengah hari kita off pula aircond tu, atau suhu 27C, suhu dalam kabin akan jadi panas berkuap pula. Hari ini saya sedang mencuba konfigurasi suhu baru. 26C seems to be the sweet spot, turun kepada 25C sebelum tidur dengan timer off selepas 3 jam. Jadi nanti bangun pun dalam keadaan tanpa aircond dan tak sejuk sangat waktu subuh. Nampak macam renyah dan unnecessary, but you have to experience to believe. Goal dia, tak nak sakit dan nak pastikan badan dalam keadaan optimum. Tu je.
Semoga minggu depan penuh dengan khabar gembira untuk saya.