Tinggal satu lagi Jumaat sebelum saya menghabiskan TOD ini. Alhamdulillah. Saya tidak pasti sama ada kepulangan kali ini adalah kepulangan yang paling dinanti ataupun tidak. But it is sure among the top. Secara sedar ataupun tidak sedar, lima TOD kebelakangan ini adalah lima TOD yang paling sukar sepanjang kareer saya di sini. Baik dari segi personal mahupun professional.
Bermula TOD depan, alhamdulillah saya akan memulakan pengalaman baru dan membuka buku baru dalam hidup. I am looking forward to it.
Saya juga seakan pasrah mengenai masa depan saya bermula Januari nanti. Saya masih mencuba dan menaruh harapan, namun pertarungan dan detik-detik akhir itu semakin hampir. Jadi harapan itu semakin malap.
On another note, saya benar-benar berharap dengan terbukanya buku baru dalam hidup saya ini, saya dapat membina kembali tembok iman yag tercalar. I am glad buku lama tertutup dan buku baru ditutup ketika saya masih disini. Sengsara itu kiranya tidak lama.
Alhamdulillah, terima kasih kerana masih menyayangi ku Tuhan.