Hah.. ini Jumaat ketiga. By right saya sepatutnya gembira kerana tinggal lagi dua Jumaat lagi sebelum balik (dan tiga Jumaat sebelum hari yang ditunggu-tunggu). TOD bermula dengan baik (boleh dikatakan cemerlang), namun panas yang dijangka hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari.
Back to back saya akan menamatkan assignmentnya di sini pada bulan Oktober. TOD seterusnya adalah TOD terakhirnya. TOD terakhir saya pula akan berakhir Disember. On short term, saya tak sabar untuk tunggu ketibaan beliau dan seorang lagi rakan kami pada 17 Ogos nanti. We have been through a lot dan saya rasa kami memahami each other, and we work well together.
Kalau diikutkan hati saya, saya lebih rela tamat assignment lebih awal dari beliau kerana saya tidak sanggup keseorangan (being lonely when you are not alone).
Kami telah perlahan-lahan mendapat sedikit reinforcement dari HQ. Alhamdulillah. Memang ternyata hebat, staf-staf yang dihantar untuk bertugas di sini biasanya mereka yang A+.
Di sini satu lesson yang saya perlu pelajari and serve as a reminder. Salah seorang dari mereka adalah junior yang saya anggap rapat dengan saya (senang mesra). Jarang jumpa ketika di KL dahulu, kerana dia bertugas di Sarawak. Tetapi kalau jumpa memang mesra. Rupanya saya telah ada tersalah cakap yang melukakan hatinya dulu (mengenai kerja).
Kami masih lagi okay, dan boleh dikatakan rapat dan serasi jika kami bekerja dalam pasukan yang sama. Tetapi setelah dia bercerita kepada ramai orang kejadian tersebut (walaupun secara lucu), saya dapat rasakan yang kejadian tersebut sedikit sebanyak meninggalkan parut di hatinya.
I have no defence. Waktu tu saya mungkin terlalu comfortable dan yakin (walaupun sebenarnya waktu tu pun pressure tinggi, tapi tak tahulah). Mulut saya kadang-kadang bila berhadapan dengan orang yang saya comfortable lebih sikit, memang tajam sikit. Itulah yang saya rasa baik diam dari tersalah cakap. Baik jadi introvert.
Ia mengingatkan saya tentang apa yang saya pernah. People will forget what you tell them, but people will remember how you made them feel. Dalam hal ini, memang dia masih ingat apa yang saya kata, kerana kata-kata tersebut melukakan hatinya.
Kata-kata tersebut saya admit, kata-kata yang arrogant dan tak patut diucapkan. Setelah saya semakin tuan dan berpengalaman, barulah saya tahu yang kata-kata itu tak patut diucapkan, kerana saya akan melakukan benda yang sama jika berada di tempat beliau. Dan saya telah ulang kekesalan itu berkali-kali kepadanya, tetapi dari cara beliau keep bercerita mengenai hal itu kepada orang lain, saya rasa ini kesalahan yang saya perlu bawa mati.
Astaghfirullah.
Saya berdoa mahu cepat-cepat kembali semula ke jalan yang benar dan get my life back on track.