I am looking forward for August di mana saya akan membuka satu lembaran baru dalam hidup saya. Sebelum ini, kerja dan karier adalah “driver” utama dalam hidup saya, namun dalam bab baru ini sepertinya saya meletakkan keluarga sebagai driver utama, secara realnya. Bukan sekadar cita-cita, tapi telah distrukturkan begitu.
Saya sentiasa percaya yang perubahan jika kita mahu ia berlaku, perlu dipermudahkan untuk berlaku. Sebarang bentuk pertukaran tabiat, hobi, disiplin mengatasi malas, benda yang baru itu perlu ingrained, menjadi sebahagian dari framework kehidupan.
Begitulah dalam chapter baru ini. It scares me a little and excites me a lot. I am setting myself up with a full commitment. Secara perlahan-lahan juga saya melihat yang diri saya berubah sedikit demi sedikit sebagai persediaan untuk menghadapi hidup yang baharu ini.
Semoga saya berjaya sehingga ke akhirnya. Insyaallah.
Untuk TOD kali ini pula, saya belajar benda baru yang saya cuba praktikkan. Walaupun mungkin sudah sedikit terlewat, tetapi saya belajar menggunakan multi cooker untuk menggoreng dan masak sedikit-sedikit.
TOD ini juga bermula dengan just nice. Tidak terlalu laid back, tetapi tidaklah terlalu intensif seperti TOD lepas. Saya dapat pickup pace step by step, alhamdulillah. Dan walaupun masih dalam suasana keributan, tetapi saya harap semua orang dapat bertenang dan menyelesaikan issue yang timbul satu demi satu.
Pada masa yang sama, saya juga berharap TOD ini dapat berlalu dengan segera. Dah tak sabar nak menanti penghujung Ogos. 🙂