Seperti seorang atlit yang berhempas pulas dalam program latihan untuk “peak” ketika pertandingan, saya juga sedang menuai hasilnya minggu ini setelah melalui minggu pertama dan kedua yang hectic dan intense dalam TOD kali ini.
Walaupun minggu-minggu awal pun boleh dianggap produktif, minggu ini saya rasakan yang saya produktif dengan lebih lagi. Saya sudah mendapat rentak plus, saya produktif tanpa paksaan. Which is untuk saya, produktiviti jenis ini adalah produktiviti yang lebih banyak outputnya.
Sekarang, saya hanya perlu “line up” apa item yang perlu diselesaikan, fokus dan buat satu persatu. Insyaallah ia akan dapat diselesaikan.
Dari segi kehidupan spiritual pula, musim summer ini walaupun saya suka dengan morning routinenya, sebab boleh tidur selepas subuh, tetapi saya agak terkilan. Dengan subuh masuk seawal jam 3, dan jemaah subuh pada 3.45, saya sukar untuk dapat bangun sebelum subuh.
Minggu ini juga saya mendapat perkhabaran yang penerbangan pulang saya delay satu hari. Jadi saya akan tiba ke Malaysia, lewat sehari. Macam-macam, sudahlah saya mempunya jadual aktiviti yang ketat sepanjang kepulangan saya nanti. Saya harap dapat selesaikan semua sebelum pulang semula untuk TOD#15 nanti. Insyaallah.