Ada satu perkara yang saya sebenarnya nak sampaikan dalam post lepas, tetapi saya agak rushing dan terlalu berlapik, sehingga saya rasa maksudnya tidak sampai.
Seperti yang saya katakan dalam post lepas, tahun ini kami seperti melalui fasa “crew change”. Fasa ini baru bermula. Fasa ini agak memenatkan sebenarnya, sebab kita terpaksa mengambil beberapa langkah ke belakang, untuk ke depan.
Saya recall ketika saya mula-mula menyertai operasi di sini. Saya admit yang saya rasa sedikit suasana “skeptikal” dan “negatif” terhadap pihak berkuasa tempatan di sini. Sebagai seorang yang naturally positif, saya rasa dengan diplomasi dan positif vibe, masalah-masalah manusia ini boleh di atasi.
Saya agak terkejut apabila mendengar ayat, “Kalau baru beberapa bulan (rotation/tahun) deal dengan diorang ni, belum boleh kira kenal lagi diorang ni.” diberitahu kepada saya oleh seorang yang senior dan lebih berpengalaman -level ayah2 (para phrase sedikit, saya ingat-ingat lupa ayat sebenar. Tetapi, maksud yang hendak disampaikan, itulah).
Saya masih ingat kenapa saya terkejut. Ia diberitahu kepada saya “in my face”, dan ketika itu saya rasa, saya tidaklah melakukan sesuatu yang mengundang kata-kata yang agak tajam seperti itu. Ya lah, saya secara semula jadi bukanlah seorang yang ekspresif ataupun suka provokasi. Lagi-lagi saya “budak baru”, sudah tentulah saya menjaga tutur kata dan kelakuan. Namun tidak dinafikan, di dalam hati saya memang saya rasa seolah-seolah yang saya boleh buat lebih baik, dan punca kami stuck bila berurusan dengan pihak berkuasa tempatan di sini, adalah kerana perasaan negatif kami terhadap pihak mereka. Walaupun kami memang tidak menunjukkan perasaan negatif tersebut, tetapi bila perasaan negatif bersarang dalam diri, memang saya percaya ia akan terpancar tanpa dapat kita kawal.
Saya tak tahu bagaimana untuk proses kata-kata tersebut dan simpan sahajalah.
Sehinggalah sekarang, bila kami sedang dan bakal melalui fasa crew change ini.
Sekarang, barulah saya tahu dan faham apa yang pengurus tersebut maksudkan ketika itu. Ya Allah, betul lah, orang lama ni banyak pengalaman. Hahaha… Saya sangat bersetuju dengan beliau. Dan saya mengerti perasaan yang dilalui.
Bila orang baru menyertai operasi ini, biasalah ideal memang tinggi dan semangat masih membara (yang dah lama masih membara juga, tapi basically sudah faham di mana kena tarik dan di mana kena tolak). Hampir semua yang menyertai operasi kami ini adalah high-flyer ataupun high performance staffs. Jadi secara naturalnya mereka juga seperti saya ketika mula menyertai operasi ini dahulu. Tinggi keyakinan atas kebolehan diri sendiri, tidak mudah percaya selagi tidak mencuba sendiri, berani mencuba, pintar dan bersemangat.
Jadi bila berlaku crew change, staff yang dah lama perlu menjelaskan kepada staff yang baru tiba, kenapa sesuatu keputusan itu di buat, kenapa sesuatu tindakan itu perlu dibuat, apa yang telah dilakukan dan kenapa ia terjadi apa yang terjadi, sudah tentu ada banyak follow up questions yang perlu dijawab. Dan kebanyakan follow up questions tersebut adalah relevan sebenarnya.
Itu yang penat sebab rules of engagement di sini berbeza dengan di Malaysia.
Tetapi of course, ini saya coretkan di sini sahaja sebagai satu outlet untuk saya. Saya faham dan saya masih ingat apa yang saya lalui ketika bermula di sini dahulu, jadi saya cuba untuk bersabar dan bertekun membantu menjelaskan seperti apa yang senior-senior saya terdahulu lakukan untuk saya. Di sini sebenarnya trust yang tinggi sangat diperlukan. Orang yang baru juga perlu ada banyak initiatif untuk memahami dan get acquainted dengan situasi dengan cepat. Pada masa yang sama, definitely sebagai orang yang lebih lama, kita tak nak “dampen” spirit ataupun expectation orang yang baru.
Saya rasa itu aspek yang penting dalam leadership development. Setiap generasi baru membawa dengan mereka idea baru dan cara pandang yang baharu. Kalau saya memaksa generasi baru ini melihat dunia dengan cara pandang generasi saya, lama-lama organisasi akan jadi jumud. Tapi, itulah. Ubat itu pahit. Lagi-lagi dengan banyak kekangan yang kami sedang lalui.
Ok, akhirnya dapat juga saya curahkan kira-kira 70% apa yang saya nak curahkan.
On another note, next time kalau orang tanya berapa suhu paling sejuk di sini, ini jawapannya. -1 darjah celcius dan 0 darjah celcius. Sebelum ini saya cakap 5-6 mahupun 10, kerana di sini tidak ada salji. Saya ingat kalau cecah 0, mesti ada salji. Tidak semestinya.
3-4 hari kebelakangan ini kami melalui “peak” musim winter dengan suhu tersejuk possible. Kalau panas musim panas peak orang tak lepak di luar, musim sejuk peak pun orang tak lepak di luar juga. Saya kemana-mana kena bersarung tangan, bahkan di dalam kabin pun, perlu pakai room slipper. Lantai kabin juga sangat sejut untuk dipijak. Sejuk yang bukan sebarang sejuk, tetapi sejuk yang rasa pijar tapak kaki kerana terlalu sejuk. Heater buka maksimum sekalipun hanya memanaskan udara tetapi lantai tidak.
Jadi ini lah winter di sini, pengalaman untuk dibawa pulang.