Ketika kuarantin lepas dan beberapa post sebelum ini, dengan tercurahnya gaps dalam catatan mengenai kehidupan saya yang lepas, dan dengan kembalinya saya ke Kuantan, rasa macam complete satu cycle hidup saya.
Well, tidak dan ya.
Tidak kerana hidup terus berjalan, tidak ada beza dengan sebelum ini, tetapi ya kerana ia rasa begitu.
Catatan ini macam sedikit unfair untuk Kuantan, tempat tumpah darah saya, my hometown. Tetapi saya tak pasti lah sama ada Kuantan yang salah, ataupun I am just in the wrong place at the wrong time.
Catatan ini juga tidak banyak details. Tetapi cukup sekadar satu coretan dalam arkib saya, supaya ia boleh menjadi lesson learnt pada masa hadapan.
Dah lama juga saya tak rasa lembik lutut dan tak bermaya ni. Mujur pernah mengalaminya sekali dulu, haha.. betullah. Allah Maha Kuasa. Dia bagi kita “vaksin” awal-awal dulu, supaya bila kita melalui ujian yang lebih besar, kita bersedia dan tak mudah koyak.
Ya Allah, janganlah uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu tanggung. Jangan lah uji aku dengan benda-benda yang berat juga.
Rasa nak menangis, but I must be strong. Ya Allah, bantulah hamba mu ini.