Saya amat menghargai dan treasure peluang untuk bertugas di luar negara ini. Ia membuka perspektif saya dengan lebih luas.
Ia juga banyak memberi saya masa untuk muhasabah dan berfikir mengenai kehidupan. Ia mendedahkan saya kepada lebih banyak sisi-sisi diri yang saya tak pernah explore sebelum ini.
New norm, growing old, semuanya memberi lebih kejelasan kepada ke arah mana saya nak bawa hidup saya ini.
Jika dulu saya bercita-cita untuk meninggalkan satu legasi sebagai satu tanda yang saya pernah hidup, sekarang saya dapati yang itu adalah satu cita-cita yang narsistik dan boleh memakan diri.
Don’t get me wrong. Jika ditakdirkan hidup meninggalkan legasi. Bagus, alhamdulillah.
Tetapi sekarang pada saya, kita hiduplah jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Kita tidak perlu ada tugu peringatan, nama tercatat dalam buku sejarah dan sebagainya sebagai tanda kita menyumbang kepada tamadun manusia.
Cukuplah ada beberapa orang manusia yang menyebut mengenai kebaikan kita dan mendoakan kita selepas kita tiada, itu sudah cukup bagus.
Nampak macam target rendah, tapi tak sebenarnya. Ia liberating. Kita membantu sesiapa saja yang memerlukan. Tak perlu jadi berkira.
Untuk nama tersenarai nama terpahat di mana-mana, itu jalan yang penuh persaingan dan cabaran. Yang membuatkan kita kadang-kadang sentiasa rasa tak cukup, dan terlepas pandang mereka yang dengan kita. Kita jadi terlupa untuk membantu mereka, kerana kita fixate mengejar yang jauh.
Saya juga memandang baki hidup saya dengan lebih realistik. Apa yang saya mahu lakukan dengan baki usia yang tersisa. I want to have the cake, and eat it too.
Dan saya dapati, saya boleh melakukannya. Cuma saya jangan tamak, jangan letak syarat nak ice cream cake atau cheese cake sahaja, nanti sampai bila-bila pun saya dalam keadaan mengejar dan tidak dapat menikmati apa yang dah ada di tangan. Kalau kek buah ataupun kek span pun apa salahnya, jika itu bermakna saya dapat makan kek tersebut!
_____________
Breakfast: Egg Benedict, Cream Spinach, Chicken Ham & Bread
Fancy! Chef yang design menu hari ni mahu mencuba sesuatu yang baru. I applaud that. Combination yang fancy. Gabungan menu ni mengingatkan saya kepada breakfast di lounge Qatar Airways (Egg Benedict & Cream spinach combo). Ini first time saya cuba cream spinach di Malaysia. Actually cream spinach sort of dah jadi favourite saya selepas pertama kali cuba dalam flight Emirates. Jika saya nampak dalam menu, pasti saya akan order. Cuma di Malaysia, susah sikit nak jumpa. Spinach tak dianggap breakfast ingredient di sini. Namun having said that, cream spinach tadi tak berapa ngam sangat. Mungkin telerbih butter.
Egg benedict pun agak overdone. 85% jadi telur rebus (measured dari egg yolk). Tapi overall saya respect keberanian chef buat menu ni. Saya boleh cuba lagi, practice makes perfect.
Lunch: Rice, Chicken fillet, prawn dumplings, sauted vegetables
Dinner: Chicken chop & roasted potatoes