Sejuk sangat. Satu perkara yang konsisten mengenai negara ini adalah situasinya yang extreme. Jika di awal TOD ini saya berkongsi setting aircond pada suhu 26C, hari ini untuk buka aircond pun sudah dikira sejuk. Saya tak bercadang untuk buka heater lagi, kerana julat suhu harian masih besar. Kalau buka heater, nanti panas tak boleh tidur pula. Dalam TOD yang sama, boleh ada swing 40C di waktu siang dan 10C di waktu malam.
Sudah tiga hari saya cuba bertahan di waktu pagi. Sebelum tidur, saya on aircond dengan timer untuk tiga jam. Mula-mula saya cuba bertahan dengan beritahu diri sendiri yang ini sejuk pagi yang normal. Saya cuba sarungkan long john untuk solat subuh. Mujurlah memang saya tinggalkan satu di sini. Tetapi pagi ini saya surrender. Long john pun tidak mencukupi.
Dah lah saya tinggalkan jaket di Malaysia (space luggage terhad dan jaket mengambil tempat yang signifikan). Saya ingat berdasarkan forecast suhu, boleh bertahan sehingga tamat TOD ini. Rupanya saya salah. Ini saya kena take note nanti, jika masih berada di sini bulan November tahun depan.
Buat masa sekarang, badan saya masih bertahan walaupun ada tanda-tanda untuk give up. Diharapkan saya akan sihat sehingga habis.
Dalam TOD ini juga saya berpeluang untuk terlibat dalam “Ops Selamat” di mana objektif kami adalah untuk membawa pulang 17 orang warga Malaysia. Sepatutnya masih p&c lagi selagi tayar kapal terbang masih belum berlepas, tetapi memandangkan blog ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan bukanlah popular sangat, jadi saya rasa boleh kot tulis, lagipun kami telah stand down.
Yang buat perkara ini mencabar adalah kerana 16 dari 17 orang tadi ada halangan yang membuatkan perjalanan mereka ke luar kem terhalang. Jika anda pernah menonton filem Ergo, haa… lebih kurang begitu lah. Beberapa orang pegawai kami terpaksa di hantar di Baghdad, bahkan ada seorang pegawai perlu dihantar balik hari ke Jordan.
Setiap hari ada plot twist, di mana rancangan kami di hari berikutnya perlu diubah. Kalau mengikut pelan asal, pegawai kedutaan dari Jordan akan datang ke Iraq untuk menghantar dokumen (negara kita tidak ada kedutaan di sini, kedutaan “angkat” yang terdekat untuk kami berurusan adalah di Jordan), namun kerana halangan tertentu, ia tidak dapat berlaku dan pegawai kami terpaksa melakukan misi ke Jordan tersebut.
Saya rasa ini dah hampir boleh dijadikan kes study ketika orientasi (dulu ketika orientasi mula-mula menyertai syarikat ini, kami melakukan simulasi “decision making”. Di mana ada sekumpulan manusia terperangkap di dalam gua, dan dalam kumpulan kami perlu membuat keputusan prioriti dan bagaimana untuk mengeluarkan mereka).
Setelah 3-4 hari plot twist ke arah yang lebih susah dengan kemuncaknya semalam, hari ini seperti plot twist semalam menjurus ke arah kejutan yang positif. Harapnya begitulah, tetapi selagi tayar kapal terbang tidak bertolak meninggalkan landasan dengan 17 orang tersebut, sukar nak kata apa-apa. Pukul 11 pagi esok, barulah boleh tahu secara tuntas dan wrap down for good.