Jika di Malaysia, antara “tabiat” dan budaya kita di Malaysia adalah antaranya, tinggalkan ketulan terakhir di dalam pinggan untuk “orang belakang” (walaupun takde orang lain dah pun). Selalu ada reluctance untuk ambil dan makan ketulan terakhir tu.
Di sini saya ingin catatkan budaya masyarakat tempatan di sini.
Tuan Rumah Akan Rasa Sangat Malu Jika Tetamu Menghabiskan Semua Makanan Yang Dihidang
Budaya Arab di mana-mana sekalipun, hidangan mereka memang extravagant. Bukan dari segi mewah, tetapi dari segi kuantiti. Mereka mungkin hidangkan roti dan kebab sahaja, tapi untuk 4 orang makan, mereka akan hidangkan macam 10 orang makan. Makan dengan mereka, memang pasti akan banyak tak habis.
Dan mereka bukanlah orang yang berkira mengenai makanan. Kalau kita yang bagi mereka duit untuk beli makanan, dan kita bagi sedikit atau cukup-cukup (supaya mereka tak beli lebih), sesama mereka nanti akan kumpul duit untuk tambah. Hatta kalau bagi general worker untuk tolong belikan pun, kalau mereka terlibat dalam jamuan itu, mereka akan buat benda yang sama (kecuali kalau kita order untuk makan kita seorang. Tetapi kalau nak buat jamuan, mereka memang macam tu). Cubalah cakap jangan membazir ke, apa ke, budaya mereka memang macam tu. Kita kena faham. Jadi kalau anda tengok ada gambar Arab makan 3-4 orang tapi hidangan seekor kambing di depan mereka, jangan salahkan mereka. Mereka memang dibesarkan dengan budaya macam tu, mereka tak dapat nak imagine cara hidup yang lain.
(saya rasa) Mereka mungkin pantang dengan orang yang kedekut.
Saya ada tanya-tanya juga kepada staff tempatan mengenai budaya “banyak makanan” mereka ini. Mereka menceritakan kepada kami, yang pada mereka, tetamu perlu diraikan (proven. Ini satu lagi budaya mereka). Jadi mereka sebagai anak tempatan, menganggap kami tetamu. Jadi kalau buat makan-makan, walaupun ada yag kami bayar, tetapi jika mereka terlibat, mereka anggap mereka adalah “host” kami. Perlu dedahkan kami dengan budaya mereka.
Dalam budaya mereka, mereka sebagai tuan rumah perlu pastikan yang makanan untuk tetamu sentiasa lebih. Jadi mereka perlu pastikan yang sebanyak mana tetamu makan, mesti ada lebih lagi. Kalau tetamu berjaya habiskan makanan yang tuan rumah hidangkan, bermakna tuan rumah tu miskin. Tak cukup kaya.
Jadi itu sedikit tips, kalau anda ke rumah orang Arab, walau sesedap mana pun makanan yang dihidangkan, jangan sapu licin ataupun jangan terasa anda kena habiskan. Boleh meletup perut nanti.
Seorang lagi staf kami menceritakan, kalau di zaman dulu-dulu, apabila ada tetamu datang ke rumah, mereka akan sembelih dua ekor kambing. Seekor kambing akan dimasak untuk dimakan (untuk lunch atau dinner), dan seekor kambing lagi akan dipotong dan diletakkan dalam dulang. Kambing yang diletakkan di dalam dulang tu akan dibagitau kepada tetamu, “tinggal di sini satu hari lagi, kambing dalam dulang tu untuk kamu makan esok.”