Malam ini boleh saya katakan sebagai malam terakhir saya bermukim di Kerteh. Malam esok saya akan kembali menjadi pemastautin Kuantan.
Ia sesuatu yang saya tidak jangka. Ketika saya pertama kali meninggalkan Kuantan ketika tingkatan empat, saya tidak merancang atau jangka akan kembali menetap semula di Kuantan kecuali jika selepas bersara. Itupun dalam setahun dua ini nampak samar kerana saingan hebat Kerteh.
Jika ingin disimpulkan Kerteh dalam tiga patah perkataan: Saya suka Kerteh.
Bahkan dalam tempoh 3-4 tahun kebelakangan ini, saya telah entertain the idea yang saya akan kembali ke Kerteh semula nanti selepas bersara.
Kerteh adalah satu bandar kecil dalam daerah Kemaman, Terengganu. Ia adalah bandar minyak dan gas Malaysia. Banyak penduduknya terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri ini. Pada masa yang sama, ada juga sebahagian penduduknya yang merupakan petani, nelayan, pesara dan peniaga.
Berbeza dengan bandar-bandar lain di Pantai Timur, demografi Kerteh boleh dianggap kelas dominan menengah Melayu (Shah Alam yang lebih laidback). Jadi ia ada berada di perfect point di antara kemajuan dan ketenangan tu.
Ini juga menjadikan ia bandar yang sesuai to raise a family. Pilihan sekolahnya (sekolah kebangsaaan dan sekolah agama swasta) setanding dengan pilihan yang ada di Kuala Lumpur.
Pusat bandarnya boleh dikatakan berada di sekitar jalan Kemaman-Dungun sahaja, jadi reachable dengan mudah dan cepat. Memandu di sepanjang jalan ini sering membuatkan saya terasa yang saya sedang berada di sebuah bandar peranginan untuk bercuti.
Ia tidak besar, kecil tetapi ada benda-benda penting untuk sebuah bandar moden yang buat kita tidak rasa left out. Ada pusat bowling, panggung wayang dan shopping mall (walaupun setingkat, tapi okaylah). Ada Coffee Bean, Baskin Robbins, Mc D dan KFC (jauh sikit di Paka). Ada Grab Food dan Food Panda.
Shopping atau membeli keperluan rumah di Kerteh sangat cepat dan mudah. Jika di KL dulu, setiap kali keluar paling kurang pun mesti saya habiskan satu jam setengah. Itu paling cepat dan paling sikitlah barang nak dibeli. Di Kerteh dalam masa satu jam setengah tu, saya dah boleh beli barang+makan luar+isi minyak kereta.
Kerteh ni seolah-olah guna cheat code untuk menang dalam game. Secara naturalnya, bandar dengan saiz seperti Kerteh tidak akan ada benda-benda yang cuma boleh bertahan ada di bandar besar. Tetapi Kerteh berjaya pick and choose brand-brand ini untuk berada di Kerteh.
Pada masa yang sama, ia ada beberapa pilihan pantai yang best dan cantik. Ada yang popular, ada yang masih terpelihara untuk penduduk local. Pilihan makanannya, terbaik. Roti canai terbaik yang pernah saya rasa dalam hidup ini, top 3 nya adalah di Kerteh. (dekat Kuantan cuma ada satu). Laksa kuah putih, nasi minyak untuk sarapan, nasi lemak ikan, lemang kijal, satar, keropok lekor, ini adalah cuma contoh dari banyak lagi yang Kerteh tawarkan.
Maybe pilihan makanan luar seperti makanan korea, jepun dan Arab yang decent masih belum ada di sini, tetapi itu semua reachable di Kuantan, cuma sejam perjalanan dengan LPT.
Even jika tinggal di Kuantan pun, ada penduduk Kuantan yang ambil masa sejam juga untuk sampai ke bandar Kuantan itu sendiri.
Jadi ini antara sebab yang menjadikan saya rasa Kerteh lebih best dari Kuantan. Ia ada apa yang Kuantan anda, tetapi tidak ada apa yang tidak best di Kuantan (traffic jam ketika peak hours).