Proses ketibaan tidak seperti yang saya jangkakan. Saya jangkakan itu isolated case, namun rupanya itu lumrah dan standard biasa untuk negara Arab. Tempoh menanti yang lama itu ramai yang telah lalui bila berbual dengan senior-senior yang dah lama sampai.
Sekarang musim panas, dengan suhu average sekitar 45C. But I am adapting well, lebih baik dari jangkaan dan expectation saya sendiri. I am okay with angin panas. Alhamdulillah.
Selsema pun beransur hilang, saya memang bawa Vitamin C dari Malaysia untuk dimakan setiap hari. Suhu aircond di kabin saya set kepada 27C sahaja instead of lebih rendah supaya badan tak terkejut dengan perubahan suhu mendadak di luar.
Makanan di sini pun saya boleh terima dengan agak mudah. Walaupun level menu Malaysianya memang tidak macam makanan di Malaysia, tapi menu Arabnya boleh tahan. Jadi bila menu Malaysia biasa-biasa, saya akan makan menu Arab. So far saya memang minat makan nasi dengan yogurt, di sini saya boleh makan hari-hari macam tu. So tiada masalah.
Dari segi kerja saya cuba untuk menjadi macam span. Menyerap semuanya dengan cepat. Alhamdulillah, so far so good.
Dengan permulaan yang baik, saya harap semuanya akan cemerlang di sini. Insya Allah.