Insyaallah, esok saya akan memulakan pengembaraan baru sebagai seorang expat. Seronok, teruja dan cautiously optimistic.
Ini adalah kes di mana yang your wildest dream comes true. Cuma bezanya, saya tidaklah gembira sangat seperti yang biasanya saya anggap akan terjadi bila your wildest dream comes true.
Perasaan bercampur baur antara risau dan excited. Risau dengan kerja-kerja yang ditinggalkan dan dengan cabaran yang akan datang. Sebab sudah pasti, opportunity ini akan datang dengan responsibility.
Tambahan pula, saya akan mula cycle di mana perlu membuktikan diri semula. Itu adalah tough sebab ada banyak faktor yang menentukan. Contohnya, dua tahun pertama saya di Kerteh agak mencabar. Saya berdoa dan saya minta semua turut mendoakan saya agar dapat melaluinya dengan cemerlang dan supaya pengalaman itu lebih baik dari pengalaman-pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
Sebelum bertolak ini, saya juga bertemu dengan rakan-rakan lama. Perkongsian mereka sedikit melegakan saya. Life can go on without you. I am hoping for that.
Ada satu sajak yang saya rasa sesuai dengan jiwa dan mood saya ketika ini, walaupun penulisnya tidaklah glamour dengan pencapaian keduniaan. Saya bercadang untuk buat yang lebih baik, but I am looking forward for this adventure to come up a much better man.
Hopefully, hidup di bumi para Anbiya’ ini nanti dapat mendekatkan saya untuk mencapai matlamat tersebut.
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.