Kali pertama saya mendengar mengenai Ola Bola adalah ketika saya menonton rakaman promosi di belakang tabir mengenainya di televisyen. Namun, saya skeptikal. Pertama, filem ini kelihatan seperti filem yang “politically correct”, biasanya kalau filem yang “berkhutbah” macam ni, biasanya tak best. Kedua, tak ada seorang pun pelakonnya yang saya kenal. Biasa kalau pelakon pun tak dikenali, maksudnya ini filem tak cukup bajet. Kalau bajet pelakon, bajet yang paling visible pun rendah, kualiti skrip dan rakaman, usah cakap lah. Lagi teruk.
Ketika euphoria tayangan Ola Bola di pawagam tempoh hari, saya ada niat mahu tengok. Tambahan pula kebanyak review yang saya dengar adalah memberangsangkan. Namun, sebab masih ada ragu-ragu mengenai berbaloi atau tidak menonton filem itu, saya menangguhkan niat tersebut sehingga akhir.
Minggu lepas ketika makan malam di Sg Isap, saya terlihat dalam 15 minit pertama cerita Ola Bola di Astro yang dipasang. Not bad.
Minggu ini kebetulan saya ke Cyberjaya, jadi kesempatan itu saya ambil untuk mencari torrent Ola Bola. Susah gila nak jumpa. Kebanyakannya telah dipadamkan. Mujur setelah beberapa jam mencari, saya terjumpa dua link yang masih ok.
Fuh. Betapa jangkaan saya sangat meleset.
Ini adalah filem Malaysia pertama yang berjaya memainkan emosi saya dengan smart. Ceritanya tak terasa lama dan sangat memberi inspirasi.
Kalau saya tahu macam ni punya best, confirm dah lama saya tengok.
Setanding Remember the Titans, Coach Carter, mahupun Glory Road keluaran Hollywood. This is our story. Malaysian story.
Watak yang saya paling suka adalah Muthu. Muthu bukanlah pemain paling star, mahupun legend, tetapi beliau efektif dan competent. Dia tak perfect dan berbanding striker yang berpeluang menjadi legend dan sumbangannya dirasai terus oleh pasukan, goalkeeper cuma supporting role. Goalkeeper cuma diperlukan bila keadaan sudah tenat. Hope less. Waktu langsung tidak diletakkan harapan. Namun Muthu berjaya menyumbang kepada kejayaan Malaysia layak ke Olimpik setelah menyelamatkan sepakan penalti pemain Korea.
Hebat. Filem yang cukup hebat. Must watch.