8 May 2016 merupakan hari graduasi untuk adik ketiga saya, Ummar. Saya rasa selepas dia sendiri dan juga parents kami, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang saya orang keempat paling gembira dalam dunia ini apabila beliau berjaya graduate, on time.
Gembira dan lega. Lega sebab akhirnya Ummar boleh dilepaskan sebagai seorang dewasa dalam hidup, di atas tapak yang kukuh dan solid.
Saya yakin, parents kami pun begitu. Segala susah payah dan debaran selama 23 tahun sebelum ini akhirnya berbaloi.
Berikut adalah nota saya untuk Ummar dan indirectly kepada sesiapa sahaja seperti beliau yang baru bergraduasi sebagai seorang abang.
____
Ummar,
Congrats. But remember, the honeymoon is over.
I have said again and again. Waktu untuk bereksperimen, adalah waktu di universiti. Waktu untuk take big risk dan to aim for the moon, untuk buat apa yang diingini dan untuk mencuba segala apa yang boleh dicuba, adalah ketika di universiti.
Waktu di universiti adalah waktu untuk berani gagal. Bukan bermaksud untuk gagal dalam pelajaran, tapi waktu untuk belajar gagal dalam kehidupan. Gagal yang membawa diri kedepan. Gagal yang membuat kita lebih kenal diri kita.
Fail forward. Mungkin gagal satu dua subjek (yang tidak menjejaskan CGPA), supaya kita tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri kita. Mungkin gagal dalam bisnes yang dimulakan dari dorm room, supaya kita tahu apa yang tak patut untuk dibuat jika memulakan bisnes sekali lagi. Dan juga gagal dalam percintaan, jika mahu.
Waktu di universiti lah masanya.
Abang pernah marah pada Ummar tahun lepas ketika Ummar bertanya mengenai sebuah program untuk melahirkan usahawan yang ingin Ummar anjurkan di tahun akhir pengajian Ummar.
For me, it is stupid and a blatant waste of talent.
Waktu di universiti, kita masih muda. Kita pemuda harapan negara. Kita tak organize event untuk lahirkan usahawan, sebab kita adalah usahawan tu. Kita go out there and do it.
Dimaafkan kalau nak terlibat organize any event, tapi biarlah di tahun pertama atau tahun kedua, maksimum. Di tahun akhir sepatutnya, seseorang mahasiswa tu dah terror. Dah hampir cukup ilmu teorinya, tinggal untuk “test” sahaja di real world. Lagipun kalau setakat nak ambil experience organize event, tak payah kerajaan hantar belajar sampai ke US. Budak sekolah menengah pun boleh organize hari usahawan. Takde beza.
You are the cream of the cream. Mark Zuckerberg tu cream of the cream orang US. You are cream of the cream orang Malaysia. Kerajaan hantar cream of the cream Malaysia ke US, supaya mudah-mudahan aura Mark Zuckerberg tu lekat pada korang. Supaya korang boleh hasilkan sesuatu berimpak tinggi untuk negara macam Mark Zuckerberg buat.
People want to see you to become creator, innovator, bukan sekadar consumer. Kalau setakat nak jadi consumer, tak payah sampai US. Jadi jangan bazirkan your talent.
Sebab tu abang encourage Ummar untuk start a real business, bukan buat business plan je time study. It’s time to take risk, because you can afford to make mistakes.
Tapi lepas aja Ummar graduate, your life is not 100% yours anymore. Your responsibility is not only for yourself now.
Lepas Ummar graduate, you have responsibilities that you must discharge. I am not saying that you cannot follow your dream anymore, but your life and your dream must align by the time you graduate, or else you will be in a very stressful situation.
Responsibility to Yourself
Keluarga kita bukan orang senang. In a few years time, you will want to get married. Kos untuk majlis kahwin bukan murah. You will need at least RM30k. Ada la teori-teori yang mengatakan majlis perkahwinan biar buat sederhana dan kecil-kecilan.
I tried my best, you will notice that majlis kahwin abang bukan grand pun. Bukan buat di hotel, decent je. But it still cost me RM30K. Kita bukan dari family senang yang mak dan ayah will sponsor catering, venue, etc. Every single cent will need to come from your own pocket.
Ummar mungkin akan berfikiran idealist dan ingat boleh kahwin dengan apa yang ada di tangan. Let me break it to you, siapa sahaja yang Ummar bawa jumpa emak untuk dikenalkan sebagai bakal isteri Ummar, I will bet you that all in, you will still need at least RM24K to get married. If I am wrong, I will happily give you RM5K.
To give you an idea, untuk dapatkan RM24K ni, if you save RM1K per month, it will take you 2 years. And it is not easy to save RM1K per month. Especially if you are earning less than RM3K and living in a big city like Kuala Lumpur.
You may act clever and decide not to work in Kuala Lumpur or it’s big city equivalent, you may want to work in Kuantan to save on the living cost, but then you will be hard pressed to find a decent job that pays above RM2.6K per month. In such case, you will be spending less, but you are earning less as well. So, it’s not easy to save RM1K per month.
Responsibility to Your Future Self
You are obese. I am obese. There is no shame in that.
Family kita ada sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis, etc. Not to say yang kita pun mesti akan mewarisi penyakit ni, tapi kita adalah golongan berisiko tinggi.
Jadi kita perlu ada medical insurance.
Orang macam kita perlu ada medical insurance sebelum kita umur 25 sementara premium masih murah. Kalau tak kita akan miss the opportunity dan akan jadi macam ayah. Yang insurance tak boleh cover banyak penyakit.
You owe it to your future self, to subscribe to a medical insurance plan as soon as possible.
You also owe to your future self, a retirement plan. You must start savings in your 20s, to ensure that by the time you are 40, you have peace of mind. You can ride through mid-life crisis comfortably.
Kalau tak ada savings and you have not achieved financial freedom yet by the time you are 40, then you will be in a rough ride. Waktu tu Ummar akan terasa yang hidup ni tak banyak option. Ummar terpaksa buat benda yang Ummar tak suka, but at that time you have no choice. Kalau Ummar tak start your financial planning now.
You may also want to act clever and say, Ummar nak buat bisnes waktu umur 40an nanti. Jadi boleh senang walaupun takde saving.
Ummar, itu semua bull shit. Meletakkan harapan yang masa depan lebih baik walaupun tak ada buat apa-apa yang akan merubah masa depan.
Abang suruh Ummar buat bisnes time study pun tak mampu buat, jangan mimpi untuk buat bisnes lepas ni dan berjaya tanpa menghadapi cabaran yang sukar dan panjang. Mark my words.
Colonel Sanders start KFC waktu umur dia dah 60 lebih tahun. Tapi sebelum tu dia bukan macam Ummar. Dia dah ada prior experience in business. Dia start berjaya waktu umur dia dah 60 tahun. Bukan dia baru mula bisnes umur 60 tahun.
Like I said Ummar, questions that you asked and the fact that you have not started any business yet by now, clearly showed me that you are not cut out to be a businessman. Abang mungkin salah. Abang harap abang salah.
A successful businessman ni, dia nampak cool dan relax (kalaulah dia nampak cool & relax), tapi dekat dalam ni, macam kaki itik dalam air. Their mind is always running and working on their business.
But Ummar, if you fail to plan, you plan to fail. Biasanya businessman ni dia cekap mengambil peluang dan mampu menjadikan idea tu kenyataan. Dia sentiasa ada Plan A, Plan B, Plan C and so on. I didn’t see this in you.
You live in your comfort zone and your comfort zone is pretty small.
Sebab tu abang cakap, your business sense tu tak sharp sangat. And Ummar tak fokus, takut, banyak fikir bukan-bukan dan lambat ambil tindakan.
Ummar boleh berjaya sebagai businessman, but it will take time. You need to develop your ability, buang kelemahan dan develop kekuatan, barulah Ummar akan berjaya sebagai seorang businessman.
If you plan to dabble in business now, you will not be able to raise that RM24K as above within this 3-4 years. (orang lain mungkin boleh, etc. But here I am referring to my brother, Ummar specifically).
Business is not your strong suit, you need to do something else.
Nak buat bisnes boleh, but give yourself some time. Develop your business sense dulu, expand your comfort zone, while earning a stable income. Because you have short term obligation that you must meet. Your immediate cashflow is the priority.
Responsibility to Our Parents
Again, I need to remind you, keluarga kita bukan orang kaya. KWSP emak bukan banyak. Ayah tu sikit lagi nak jadi OKU. Statistik cakap, simpanan KWSP rakyat Malaysia biasanya bertahan tak lebih 5 tahun.
Ummar, simpanan KWSP emak kalau dapat bertahan lebih 3 tahun, dah mujur sangat tau.
Itu untuk kehidupan hari tua dia. Bukan salah dia tak menyimpan, tapi gaji diorang dulu kecik. Waktu abang sekolah rendah, gaji emak RM400 je sebulan. Barang kemas emak keluar masuk pajak gadai setiap kali kita nak masuk sekolah. Elaun biasiswa Ummar lagi banyak.
Tapi diorang dah semakin tua. Mak memang iron-lady, tapi tenaga dia dah semakin kurang. Emak pernah pitam waktu memasak kat restoran De Mall tau.
Emak pun pernah pitam waktu malam, time tu nasib Kak Ana, Kak Anis dan abang ada. To see that happened in front of your eyes made you realise that they are not as energetic as they once are. Jadi abang & kak ana encourage emak untuk berhenti kerja dan bersara awal.
Emak & ayah tak pergi haji lagi. Queue haji akan ambil sikit masa lagi. Sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai anak, abang dah pastikan emak dan ayah at least dah pergi Umrah. Abang tak nak nanti kalau emak ataupun ayah meninggal, ada orang cakap yang anak-anak semua berjaya tapi emak dan ayah tak pernah tengok Kaabah lagi ( abang dengar ayat ni waktu salah seorang pakcik saudara kita meninggal). Jadi abang dah cover part tu. At least ayah dan emak dah pernah tengok Kaabah.
Tapi sekarang kita kena usaha diorang dapat tunaikan haji pula. Ada beberapa option. But I need your help.
Dan untuk tolong, Ummar kena boleh tolong diri sendiri dulu. Kalau diri sendiri pun terumbang ambing, macam mana nak tolong mak dan ayah? Tak cakap dari segi elaun bulanan sebab mak dan ayah dah tak kerja dan tak ada sumber pendapatan.
In view of the above, remember you still need to save RM1K per month. Boleh?
Responsibility as a Role Model
Emak adalah role model ramai kawan-kawan emak, sebab pandai besarkan anak-anak, semuanya berjaya.
People looked up to our family. Dulu waktu kecik-kecik, emak selalu cakap, belajar rajin-rajin macam abang Zahar, nanti tua hidup senang. Jangan jadi macam emak.
Sekarang ni, orang, jiran-jiran akan cakap belajar rajin-rajin macam anak Pak cik Hassan/Mak Lang, supaya nanti tua hidup senang.
And we must live to this reputation.
Else, anak-anak diorang akan cakap, buat apa jadi macam abang Ummar, belajar tinggi-tinggi, tapi … jugak. Siapa yang nak bertanggungjawab?
Bunyinya perasan, tapi kita kena jadi sumber inspirasi dan berikan contoh yang baik. Kita kena buktikan, kita dah belajar rajin-rajin dan kita sekarang sedang menikmati hasilnya.
Supaya generasi di bawah kita, mahu belajar rajin-rajin.
Orang Melayu pun ada satu masalah. Kita tak ada contoh yang perfect. Ada sahaja angle salahnya yang nak di cari. Emak seorang boleh jaga ramai anak, tapi anak ramai tak boleh jaga emak seorang, etc.
Kita kena buktikan pada masyarakat, yang you can have it all. You can be hardworking, you can be smart, you can be caring and you can be responsible. Tak semestinya kalau dah berjaya akan jadi lupa diri.
Kita mungkin tak boleh jadi macam Mark Zuckerberg yang boleh touch billion of lives. Tapi Tuhan dan berikan kita platform sebagai role-model untuk sesiapa yang mahu ambil contoh kita untuk berjaya.
Siapa yang nak jadi macam kita? Ada ke? Siapa-siapa sahaja. Menjadi sumber inspirasi pada orang lain pun, adalah satu sumbangan kepada masyarakat jugak.
Living a big life, tak semestinya dengan ada benda yang big sahaja. Dapat melakukan sesuatu yang dapat encourage orang lain untuk berubah pun adalah trait orang yang hebat juga.
I guess it’s pretty clear by now that you have wasted your time as an undergraduate as you don’t take enough risk, you don’t know your weakness and strength intimately and have yet to discover your passion.
The first step we must take to resolve any problem is to admit that we have a problem.
Lepas grad, Ummar sepatutnya eager to face the real world. Tak sabar to take on the world. Bukannya nak rehat atau nak chill dulu. The fact that you want to take your own sweet time tell me that you are still hanging to your past.
You must believe that your best years are still ahead of you.
The best course of action is to go out charging and try to beat life at it’s own game. All of us want to be free. Tak terikat dengan boss, boleh buat apa yang kita nak. Tapi anak orang kaya boleh la buat macam tu. Kita kena usaha dengan titik peluh untuk dapatkan hasil untuk meet tanggungjawab kita yang abang listkan dekat atas tu.
Jadi kita kena play the game without losing ourself. Invest in yourself by learning and developing our capability so that one day we will be able to break free and be the master of our own destiny.
Use Other People Money to learn. Learn on your boss dime.
Save a lot. Invest wisely and don’t be naive.
Add values to people lives through your work. Develop your career. So that when you are 40, you will have options.
Orang miskin tak boleh cakap dia tak suka duit.
Dia boleh cakap macam tu, tapi cakap dia tak laku.
Sebab dia memang takde duit. Dia cuma akan bunyi macam complainer atau loser kalau dia cakap dia tak suka duit. Duit itu daki dunia.
Tapi orang yang dah kaya, dia boleh cakap dia tak suka duit.
Dia boleh bagi orang duit tu sebab dia tak suka nak pegang banyak-banyak.
Dia boleh cakap apa yang dia suka mengenai duit, dia boleh kutuk duit, atau puji duit.
Sebab dia dah ada duit. Apa yang dia cakap tu bunyinya pandai.
Macam tu jugak Ummar. You have to earn the respect. It will not be freely given to you.
You can’t change your past. Masa yang berlalu tak akan kembali. Start today. Life is a game. Play to win bro.
Sabri
p/s: Ko jangan cakap “noted”, thank you or anything like that. I don’t need it. But emak do. Action speaks louder than words. Just do. Cara dia, buat benda dengan berfikir. Orang Melayu cakap, buat kerja pakai otak. From that I will know you understand this notes.