Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015, Lift Off 2014, Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.
Link untuk Catatan Awal Lift Off 2016 : Bahagian 1 dan Bahagian 2
2015 Under Review
Secara keseluruhannya tahun 2015 adalah satu tahun yang tenang. Jika ada satu perkataan yang paling sesuai untuk 2015, ia adalah “Alhamdulillah”. Ada kenangan pahit dan manis, tetapi secara amnya, ia tidak membebankan seperti tahun-tahun sebelum ini. Keputusan untuk berpindah ke Kerteh adalah satu tindakan yang amat bijak, tahap stress saya berkurang dengan signifikan dan saya jatuh cinta dengan kehidupan di sini.
Bahkan Anis & Maru juga enjoy kehidupan di sini. Anis sudah mula belajar menjahit dalam komuniti dan Maru menikmati sepenuhnya kebebasan sebagai outdoor cat.
Pertukaran tempat kerja ini is just what I need and very timely. It does wonder to my work, life balance. Tiada Unifi sebagai backbone, Streamyx & Celcom 4G menjadi galang ganti. Tidak perfect, tetapi bolehlah.
Kehidupan dari segi spiritual juga bertambah baik. Saya dapat jadikan surah Al-Kahfi sebagai tabiat. Insya Allah dan akan saya usahakan supaya ia konsisten dan jadi lebih baik untuk tahun akan datang.
Dari segi bisnes juga, saya tidak dormant. Saya telah berjaya test market untuk “Hello Dobi” dan mendapat keputusannya. Bertambah pemahaman saya mengenai Kerteh sebagai satu pasaran.
Tahun ini juga saya menjadi dewasa dalam erti kata sebenar. Bagaimana mengurus bencana yang menimpa keluarga. Rumah kami di masuki pencuri ketika kami balik kampung. Mujur laptop tidak diambil, cuma Mac Mini, tab, tabung syiling dan juga jam tangan yang di ambil.
Kerugian dari segi kewangan tidak banyak sangat, cuma ia menjadi alasan untuk saya unleash my inner geek yang sebelum ini tidak dapat justify keperluan memasang CCTV dan alarm. Jika sebelum ini saya masih membuat pelan dalam kepala bagaimana untuk memasang sistem alarm dan CCTV, dengan kejadian pecah masuk ini, saya membuat keputusan untuk menyerahkan pada pakar.
Satu collateral damage dari work life balance yang lebih baik di Kerteh adalah kesihatan saya (berat badan). Tahun ini ada peningkatan 5kg dari sebelumnya. Yalah, walaupun pilihan makanan di Kerteh tidak selumayan KL, saya meluangkan lebih banyak masa makan-makan, baik bersama keluarga mahupun rakan setugas.
Sebelum kita lihat mengenai 2016, berikut adalah fakta mengenai 2015 saya, apa yang telah berjaya saya capai:
- Saya telah berjaya membaca 29 buah buku! Tidak sebanyak tahun 2014, tetapi lebih banyak dari tahun 2013 dan 2015. Thanks kepada mid year audit dan pecutan akhir pada bulan Disember.
- Saya telah berjaya lulus peperiksan Advanced Diploma Chartered Institute of Management Accounting (CIMA) (hanya 4 dari 80 orang lulus dalam batch saya. Global passing rate sekitar 40% sahaja)
- Saya telah membawa isteri saya bercuti ke empat destinasi yang kesemuanya beliau belum pernah pergi (Jepun, Bali, Bangkok & Kuala Terengganu). Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Disneyland! 🙂 Lebih manis, saya telah berjaya menjelajah 3 bandar besar Jepun, iaitu Tokyo, Kyoto dan juga Osaka. Pencapaian ini jauh lebih hebat dari target cuma dua lokasi.
- Saya telah berjaya menghantar isteri saya menunaikan umrah bersama ayah, emak, kak ana & ummairah.
- Saya telah berjaya pindah lokasi kerja dan proses menyesuaikan diri di tempat baru amat cemerlang. Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah yang memudahkan semua urusan.
- Saya berjaya carry forward 9 hari annual leave. Ini bukanlah satu kejayaan hakiki. Sebelum ini di KL, saya akan memandang kasihan kepada orang yang carry forward cuti lebih dari 5 (sebelum ini paling banyak saya carry forward adalah 3). Cuti tahunan diberi untuk diambil supaya kita boleh relax dan rejuvenate supaya tidak terlalu stress bekerja. Namun, saya meletakkan “kejayaan” carry forward leave cuti sebanyak itu di bawah Kejayaan Tahun 2015 adalah kerana, saya telah ambil sebanyak mungkin cuti yang saya perlukan (lihat jumlah 4 percutian yang telah saya ambil- sama banyak, jika tidak lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini). Walaupun saya carry forward 9 hari, saya rasa saya well relaxed and I am feeling good. Ini bermaksud level stress yang saya hadapi pada 2015 tidak terlalu teruk.
Apa pula kegagalan saya pada tahun 2015?
- Saya masih gagal untuk menulis paling kurang sebuah buku.
- Cita-cita Ph.D saya masih samar dan saya masih belum bersedia untuk mendaftar sebagai Ph.D candidate.
- Berat badan saya meningkat 5 kg.
Apa yang ingin saya capai pada 2016?
- Saya perlu membaca lebih dari 30 buku pada tahun 2016.
- Saya mahu bercuti sekurang-kurangnya 3 kali. 2016, Ummar akan kembali ke Malaysia. Jika boleh, saya mahu mengulangi roadtrip yang kami lakukan pada tahun 2013 apabila kami adik beradik bercuti di Krabi. That’s rank highest among the best vacation that I have ever taken.
- Saya perlu membeli dua buah hartanah pada 2016!
- Saya wajib menulis sebuah buku.
- Saya perlu konsisten 50% dari masa, berjemaah Subuh di masjid.
- Saya mesti memulakan sekurang-kurangnya satu lagi bisnes sampingan.
- Saya mesti beriadah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu (plan adalah malam Isnin dan malam Rabu).
- Saya juga mesti mengurangkan gula dalam makanan yang saya ambil.
- Drink more water. At least 1 liter satu hari.
Jika ada satu tema untuk 2016, ia adalah flow. Satu perkataan yang saya pelajari ketika bertugas di Mindvalley lagi.
In positive psychology, flow, also known as the zone, is the mental state of operation in which a person performing an activity is fully immersed in a feeling of energized focus, full involvement, and enjoyment in the process of the activity. In essence, flow is characterized by complete absorption in what one does.
Saya mahu menjadikan kehidupan yang hebat ini sebagai habit. Hidup dengan hebat, get result dan sihat! 🙂
1 thought on “Lift Off 2016: Annual Audit 3.0 (Bahagian Akhir)”