Tahun ini umur saya akan menginjak 30 tahun. Fuh, what a journey.
Blog ini juga akan genap 7 tahun Disember ini. Bermakna sudah tujuh tahun jugalah saya hidup sebagai seorang yang benar-benar dewasa. Disember 2008 saya mula menetap secara full-time di KL.
Bila saya terbaca balik catatan lama di blog ini, malu sikit pun ada. Geli sikit pun ada. Walaupun konon-konon dewasa, tapi banyak juga statement-statement tak matang. What do I know at that time ya?
Contohnya, Manifesto 24 yang saya malu juga untuk link kan. The intention at that time is noble, but there are bigger things in life I should focus on. Tapi tak apalah, at least it gave a sort of reference point, to understand what shape me now.
And, I know enough not to repeat the same things by writing about things that are too far into the future. I am sure the 50 years old me will chuckle, reading what I wrote today, but I can’t resist the temptation. So, here we go.
Choosing A Place to Settle Down
Memandangkan sekarang saya bermaustautin di Kerteh, saya boleh dikatakan selalu juga balik kampung ke Kuantan. Even Kak Ana remarked that I go back more often than her. Saya bersyukur diberi peluang ini, ialah bak kata orang, sementara parents masih ada.
Dulu, bila saya balik Kuantan saya rasa happy, nostalgik dan rasa Kuantan seperti ada segala-galanya. Saya suka tempat seperti Kuantan. Yalah, dibandingkan dengan KL, Kuantan definitely lebih aman dan mengamankan. Sekarang pun, saya masih rasa begitu. Masih happy, masih nostalgik.
Tetapi bila saya fikir-fikirkan balik, terasa macam Kuantan sudah tidak begitu ideal untuk dijadikan tempat untuk “settle down”. Saya mula secara serius mempertimbangkan Kerteh.
Perkara ini saya mula bermain di fikiran saya weekend lepas ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Kuantan. Basically, bandar Kuantan adalah satu-satunya pusat tumpuan untuk penduduk Kuantan. Supermarket ada di outskirt, tapi shopping complex yang menjadi tumpuan tetap di pusat bandar.
Waktu puncak adalah pukul 8 ketika orang pergi kerja dan pukul 5 ketika orang balik dari kerja. Waktu-waktu ini perlu elakkan lalu di bandar Kuantan, kalau tidak hampir pasti 30-60 minit tak kurang untuk menghadapi kesesakan.
Jika saya memilih untuk settle down di Kuantan, kediaman saya pastinya di antara dua pilihan sahaja, Tanjung Lumpur atau Kota SAS (kawasan lain ada risiko banjir). And these two are the upcoming township in Kuantan. Kalau ikut analogi KL, dua bandar ini adalah “Damansara”, cuma tanpa shopping complex. Shopping complex, still di pusat bandar.
Walaupun kedua-dua upcoming township ini dijangka menjadi “Damansara” untuk Kuantan, malangnya jalan masuk dan jalan keluar yang “feasible” untuk digunakan cuma satu sahaja. Imagine MRR2. Walaupun jalannya lebar (4 lorong), tapi saya foresee jalan ini akan jadi bottleneck dalam 10 tahun lagi, persis MRR2 ataupun Lebuhraya Persekutuan di KL. Jadi saya tak dapat imagine mengharungi trafik jam yang lebih teruk dari yang telah saya alami sekarang di Kuantan. Which I am sure, will come to Kuantan soon.
Saya pulak memang cukup malas memandu dan anti dengan jam.
Saya bandingkan dengan Kerteh. Kerteh tiada jam. Dan ada cinema. Sudah ada kedai cheesecake yang decent juga. Jadi sudah agak cukup kriteria sebagai tempat untuk settle down saya. Ciri-ciri yang perlu ada untuk tempat yang saya mahu untuk settle down adalah:
- Suasana tenang, cara hidup masyarakat setempat yang reasonable
- Dengan dengan tempat kerja/pejabat (jika saya mahu buka bisnes sendiri)
- Ada panggung wayang
- Ada kedai cheesecake yang sedap (bukan sekadar Secret Recipe)
- Ada restoran mamak
- Mempunyai kariah masjid/surau yang aktif
- Rumah dekat dengan masjid/surau
- Kariah masjid/surau ada capability untuk mandikan mayat
- Tanah kubur yang tidak jauh dan senang dilawati
Dulu time muda-muda waktu darah saya tengah panas, saya tak faham kenapa orang prefer beli kawasan perumahan yang ada surau atau masjid. Kenapa nak duduk kawasan Melayu. Pada saya lagi best duduk kawasan Cina, kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tak jaga tepi kain orang. Boleh buat apa yang suka. Ada masjid ok, tak ada pun tak apa sebab boleh drive kereta.
Tapi sekarang saya faham. Sukar nak istiqamah pada benda yang baik. Nak konsisten pergi masjid time masjid dekat pun susah, apatah lagi time masjid jauh. Kalau masjid/surau terdekat tak boleh uruskan mayat kita, jauh nak cari orang untuk pengurusan jenazah nanti. Secara idealnya, di mana masjid/surau yang kita aktif tu, di situlah jenazah kita diuruskan. Senang urusan.
Lagi satu, saya ni malas exercise. Susah nak cari masa exercise. Dulu time di KL, ada lah jugak dalam 10,000 langkah sehari sebab pergi balik stesen LRT. Sekarang, nak dapat average 5,000 langkah sehari pun susah. Jadi kalau rumah dekat dengan masjid, boleh jalan kaki. Secara tak langsung dapat exercise free dan dapat pahala lagi. Alasan pun kurang untuk bermalas-malasan.
Semoga dipermudahkan.
Sabri
Perancangan masa tua