Kali pertama saya ke Singapura, saya agak terkejut sedikit dengan kelajuan escalatornya yang lebih dari biasa. Pelik dan hairan, tetapi dengan reputasi Singapura yang terkenal sebagai sebuah negara yang efisien, saya tidak terkejut. Dalam fikiran saya, Singapura ini berguru dengan Jepun. Sistem MRT di Singapura memang bagus, coveragenya luas, frekuensinya pun kerap. Hendak ke mana-mana, senang.
Jadi apabila saya ke Jepun, saya menjangkakan yang kelajuan eskalatornya juga akan turut laju seperti Singapura, jika tidak lebih laju lagi. Tetapi suka untuk saya mengumumkan yang kelajuan eskalator di Jepun tidak laju, ia sama sahaja seperti eskalator di Kuala Lumpur. 🙂
Jadi sekarang, cuma di Singapura sahaja lah eskalatornya laju.
Bercakap pasal eskalator, tidak sah jika tidak bercakap pasal rail network pula. Sebelum tu, rail network Singapura memang boleh dipuji. Ia efisien, cekap dan bersambung dengan mudah (seamless). Sebagai contoh bila ada pertukaran stesen (contohnya seperti tukar line antara Putra LRT & STAR LRT di Masjid Jamek kalau di Malaysia), di Singapura pertukaran tersebut biasanya berlaku di antara platform sahaja. Kalau ada bertukar stesen pun, confirm tidak jauh.
Di Jepun pula, ada 2 keadaan. Di Tokyo, kami banyak bergantung dengan Japan Railway (JR) line. Jadi pertukaran stesen/line berlaku masih dalam stesen yang sama. Ada berjalan, tetapi manageable.
Di Osaka honestly saya tak minat sangat dengan railway networknya. Untuk ke tempat-tempat penting, coverage trainnya ada, tetapi line yang berbeza. Kita perlu menukar beberapa stesen untuk sampai ke satu-satu tempat tujuan. Yang lebih buat letih dan sedikit geram tu, setiap stesen untuk satu line tu boleh ada beberapa exit (Contoh stesen yang dekat dengan hotel kami, Sakaisuji Hommachi ini, ada 17 exit). Ok, saya tak kisah ada 17 exit tu, bagus lah. Masalahnya exit 1 dan exit 17 tu, mungkin perbezaan jaraknya dalam 1-2 KM macam tu, dan mungkin berada di sebelah bandar yang berbeza. Bayangkan kita bila merancang perjalanan, kita plan untuk tukar di stesen mana, naik apa, landmark apa dan sebagainya. Ketika di Tokyo, dengan method yang sama kami boleh mencari jalan ke hotel yang jauhnya kira-kira 750m dari stesen.
Tetapi di Osaka ni, bila keluar je dari stesen tengok ada exit yang banyak macam tu, terus lost (kalau ada 4 contohnya North, South, East, West dll tu oklah. Ini 17!). Keluar-keluar (kami pilih exit 1, sebab exit 1 biasanya yang main), tak dapat nak kenal pasti dekat mana kedudukan. Worst, kami tak tahu pun kami berada di sebelah yang betul atau tidak.
Dan perkara ini berlaku di hampir semua tempat yang kami pergi di Osaka. Sungguh rasa tak best sikit. Which is rugilah sikit rasa sebenarnya, sebab antara Osaka dan Tokyo, ramai orang prefer Osaka lagi sebenarnya.
For me, mana-mana pun okay. Cuma Tokyo ada slight edge lah sikit in term of accessibility.
Tonight is our last night dekat Jepun ini. It has been an awesome and enlightening adventures. Thank you to my travelling buddy, my wife yang banyak buat homework pasal Jepun ni.
Kumbawa Jepun.
Sayonara Hait!
Sabri