Saya sedang membaca sebuah buku bertajuk “Dubai: The Story of the World’s Fastest City”.
Buku ini mengisahkan mengenai latar belakang Dubai, dan bagaimana ia dibangunkan menjadi sebuah pusat ekonomi serantau. Kita mungkin tidak dapat menghargai pencapaian ini, tetapi Dubai sebenarnya bolehlah dikatakan sebagai “Singapura” di Timur Tengah. Industry pelancongannya pun tidak kalah dengan Malaysia.
Dan untuk meletakkannya di dalam perspektif, Dubai adalah asalnya cuma sebuah perkampungan kecil yang kontang! Bagaimana mereka boleh menarik pelancong sebegitu ramai?
Jika nak dikatakan Dubai kaya kerana hasil minyak, Abu Dhabi dan Arab Saudi mempunyai hasil minyak yang jauh lebih banyak. Tetapi mereka tidak mampu buat apa yang Dubai buat. Jadi ada sesuatu yang dapat dipelajari dari Dubai.
Resipi Kejayaan Dubai
Cita-cita besar dan hampir mustahil, kemahuan dan ketekunan yang tinggi untuk merealisasikan apa yang diimpikan.
Pemimpin Dubai tekun dan komited (keras hati) untuk memajukan Dubai. Jika mereka mudah mengalah, banyak projek akan terbengkalai dan Dubai akan terkubur, namun kerana azam dan keberanian tu, walaupun apa orang kata, mereka capai apa yang telah mereka capai.
Contoh Idea Gila Dubai
Saya ingat kali pertama saya menonton National Geographic (atau satu rancangan dokumentari) berkenaan Palm Jumeirah di atas dalam gambar (ia adalah gambar sebenar, bukan gambar komputer ya)
Dalam hati saya ketika itu, saya rasa ia adalah satu idea yang “ridiculous”, bodoh yang dilakukan oleh orang Arab yang dah terlalu banyak duit, tidak tahu nak buat apa.
Biasa orang tambak tanah untuk dibangunkan dengan kadar dan bentuk yang munasabah. Tetapi Dubai tambah tanah untuk buat bandar dalam bentuk pokok kurma. Sangat cantik, menarik dalam gambar tetapi sangat gila dan mustahil untuk jadi realiti.
Saya ingat ketika itu dalam hati saya berkata, ini tidak akan jadi, kalau jadi pun dia tambak macam benteng atau tanah empat segi tu mungkinlah. Ialah, pernah cuba bina istana pasir? Bila air pasang dan ombak naik, apa jadi? Hanyut kan.
Hari ini Palm Jumeirah tersergam megah, dan Dubai ada beberapa lagi adik beradiknya. Mustahil lah sangat kan.
Di dalam buku tersebut, penulis menceritakan serba sedikit cabaran yang Dubai hadapi. Bukan sahaja dalam projek ini, tetapi juga dalam projek lain seperti pembinaan Burj Dubai (Khalifa). Projek-projek ini bukan sahaja dibina untuk menampung keperluan ekonomi, tetapi juga menjadi tarikan pelancong.
Lihat bagaimana Dubai yang tiada tarikan itu, “membina” tarikan untuk menarik pelancong. Amazing and daring.
Projek dan Masalah
Sama juga dengan pembinaan PETRONAS Twin Towers di Malaysia. Ketika pembinaan, mereka tidak dapat menggunakan piling biasa disebabkan struktur tanah, mereka terpaksa menuang konkrit ke dalam tanah dengan jumlah yang sangat besar untuk dijadikan asas.
Benda-benda ini dalam sesebuah projek merupakan satu halangan yang sangat besar. Tetapi ia tidak cukup untuk menghalang satu projek team yang komited dan cemerlang dari menyiapkan tugasan mereka.
SCM Cloud & Cabaran Yang Perlu Saya Hadapi dan Selesaikan
Closer to home, dalam kareer saya kini saya sedang dalam projek yang sangat komplikated dan besar saiz masalahnya. Dan ia jadi bermasalah sebab ramai orang tak mahu tahu masalahnya, mereka cuma tahu end results, keputusannya.
Pertama, ada banyak stakeholders. Antara stakeholder yang paling besar adalah Planning Department, End-User (KL), End-User (regions), Software- Hardware- Information Technology Department (SHIT), ICT company, Management & kontraktor.
Setiap stakeholder ini adalah “Tauke Besar” yang terpaksa project team handle dan kena jaga. To give credits where credits are due, kontraktor sangat fleksibel dan berkebolehan manakala management pula beri sokongan yang sangat berharga (bukan unlimited, tapi reasonable).
Masalahnya influence planning department on the management beri tekanan yang tak sepatutnya kepada keseluruhan projek. Banyak tekanan, kurang kerjasama. Nak tengok hasil sahaja tapi deliverable dia untuk projek (perlu provide database) kaput. Dan along the way pushing the projek team macam orang nak beranak le-le.
Nak suruh projek team update meeting sini, meeting sana, banyak kali pasal benda yang sama, putting words into our mouth, sedangkan masa tu lebih berharga dan berfaedah digunakan untuk menyempurnakan sistem SCM Cloud tersebut.
Tak ada sistem yang sempurna. Windows pun ada banyak update lepas live.
Kontraktor deliver the sistem. Project team kena test, fine tune untuk menyempurnakan sistem tersebut. Tapi kalau asyik kena push, susahlah (kami bukan full time dalam projek tu. Kerja harian kena berjalan dalam gear lima jugak).
Susah untuk berkongsi cabaran yang dihadapi dengan stakeholders yang lain kerana jika mereka mendengar pun, sumbangan kepada penyelesaiannya amat simplistik dan bukan penyelesaian yang elegan. Stakeholders macam ingat bila ada masalah, ia adalah “show-stopper”. Sedangkan tidak begitu. Ada masalah yang boleh projek team selesaikan tapi beri sedikit ruang. Setiap stakeholder hanya melihat macam mana bahagian mereka selesai dan kurang kisah mengenai stakeholder lain.
Jadi projek team tersepit di tengah-tengah. Kadang-kadang bikin stress.
Yang bagusnya dalam projek ini saya rasa kami ada principle yang kuat dan team yang agak solid. Pertama, kami tak setuju dengan top-down approach sebab tak semestinya apa yang dipaksa orang akan terima. Kita kena embrace end-users sistem, encourage them to embrace the system, not alienate them. Kedua, kami faham yang projek ini kena disiapkan cepat, dan memang kena cepat.
Lagi bagus kalau dapat buat projek ini full-time tanpa perlu melompat dan terkejar-kejar dengan hambatan tugasan lain.
Banyak stakeholder ingat bila buat sistem ni, kita bagi gambaran teknikal specification, contractor buat lepas tu, projek team test dan consider siap. Dalam projek ini, hampir setiap “interface” dan klik tu projek team go-through dan make it perfect and as user-friendly as possible. Kontraktor buat sistem, tapi mereka tidak buat kerja yang kita buat setiap hari. Kita yang buat jadi kita kena sentiasa bagi feedback.
Kita boleh kumpulkan user untuk bagi specification. Tapi buat requirement gathering waktu ada working prototype dengan waktu tak ada prototype sangat berbeza. Dan nak come up with prototype tu kira dah half way in the project. Considering this is an accelerated project, boleh pengsan dengan amount of changes, tweaks and tests that need to be done. Sebab tu kalau kena push kiri kanan stress. Infra tak boleh cope, proses buat melambatkan proses upgrade infra, sistem bagi bugs, manusia bagi problem.
Apa Yang Sistem tu Cuba Nak Buat?
Ok, enough rant. Ringkasnya, sistem SCM Cloud ini cuba untuk mengautomasikan proses penghasilan report dengan built in business intelligence dan menyatukan pelbagai database dalam division kepada satu database sahaja. Nampak macam doable. Tapi consider that satu database tu adalah dari SAP yang memang dah sedia complex, infrastructure limited, tak boleh guna Open Source, projek team tak ada akses direct kepada server, requirement selalu berubah dan end-users banyak bad experiences dengan sistem dan semua ini perlu dihandle dalam masa yang singkat. Nightmare.
Ibarat nak membina Palm Jumeirah dari scratch. Atau nak bina Twin Tower atas tanah yang tak kukuh foundationnya.
Boleh buat, tapi mencabar gila. Susah gila.
Projek ini dah dekat nak siap. Ada sinar di hujung jalan. Saya rasa lebih yakin sekarang berbanding ketika mula-mula start dulu. Projek ini boleh dikatakan projek cita-cita tinggi. Tak pernah walaupun dekat Holding level attempt untuk buat sesuatu seperti ini. Bentuk dah ada, cuma kena fine tune. Bangunan dah siap, cuma interior decoration kena buat sama-sama.
Tak payah push-push. We can get this to work. Six months from now, this will be perfect, stable & we will have raving fans.
But again, who want to wait for another 6 months? haha. Time is of the essence. Sometimes people just find it hard to believe that pokok durian ambil masa beberapa tahun untuk berbuah. Kenapa ya?
Adios.
Sabri