Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.
Saya mula menulis catatan ini pada 31 December 2013. Jika ada satu hari dalam tahun ini yang boleh menjadi “kesimpulan” untuk hari-hari dalam tahun ini, hari ini adalah harinya. Hari yang begitu menepati tema kehidupan tahun 2013, “Enriching Lives”.
Secara keseluruhannya, 2013 menepati temanya. Saya berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dan dicapai, dan saya boleh katakan dengan yakin 2013 adalah tahun yang lebih memberikan impak kepada komuniti dan orang disekeliling saya dari tahun 2012.
Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan 2013 adalah tahun yang agak meletihkan. Terutamanya apabila ditekan oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya mengambil lebih dari ruang fikiran yang sepatutnya.
Stress adalah sesuatu yang tidak perlu. Ia akan membunuh kita sekali ketika kita hidup dengan membuatkan kita terlepas untuk menikmati kehidupan dan sekali lagi ketika ia membunuh kita betul-betul dengan penyakit yang disebabkan olehnya. Stress yang tidak perlu ini adalah antara perkara yang saya ingin hapuskan pada 2014.
Jadi, apa yang telah saya capai pada tahun 2013?
- Saya telah membaca 28 buah buku pada tahun 2013
(ya, jumlahnya tidak besar tetapi ia lebih dari tahun 2012 dan menandakan yang saya telah kembali on the right track) - Saya telah berjaya menganjur dan menyampaikan satu seminar berkenaan kahwin bajet pada Februari
(Tidak boleh dibandingkan dengan tahun pra-2010, tetapi ia juga menandakan yang saya telah kembali on the right track) - Saya telah membawa isteri saya melawat 3 tempat yang beliau belum pernah pergi
(2 lokasi domestik dan satu Krabi) - Saya berjaya meneruskan momentum pengajian dengan cemerlang
- Saya berjaya memenuhi hasrat ibu bapa dan target saya sendiri untuk mereka
(Jasa ibu bapa terhadap kita memang tidak ternilai. Tetapi kita mesti ada benchmark atau milestone untuk memastikan ada progress. Untuk saya, setengah dari deliverable yang paling besar telah saya selesaikan) - Saya sekali lagi diberi penghargaan atas prestasi cemerlang di tempat kerja.
- Maru-Maru kucing saya telah membesar dengan sihat dan saya juga mempunyai seekor lagi stray cat angkat yang saya beri makan di luar rumah.
Pendek kata, 2013 menunjukkan peningkatan dalam produktiviti kehidupan dan menjanjikan tahun 2014 akan menjadi tahun yang lebih gemilang.
Untuk tahun 2014 pula adalah tahun untuk saya menyusun kembali prioriti diri supaya ia boleh menjadi asas kepada pencapaian dan kehidupan yang lebih cemerlang dan seimbang.
Tema untuk 2014 adalah “Transformasi Sistematik”.
Transformasi merujuk kepada perubahan signifikan yang saya jangka akan berlaku kepada karier saya, manakala sistematik adalah di mana saya perlu bersedia dengan tersusun bagaimana untuk memastikan net worth saya tetap meningkat walaupun saya bertukar karier.
Secara spesifiknya, berikut adalah antara target saya:
Travel
Seperti yang telah saya kongsikan pada 2012, musim kembara solo saya telah tamat. Saya lebih gembira berkongsi dan menggembirakan orang lain dengan kembara tersebut. Jadi pada tahun ini target saya adalah:
- Membawa isteri saya bercuti sekurang-kurangnya 3 kali (dengan 2 daripadanya tempat yang belum pernah beliau lawati)
Personal Development
- Saya perlu membaca lebih banyak buku berbanding tahun 2013 (>28)
- Saya perlu menamatkan MBA saya on time. Dan bergantung kepada bagaimana transformasi karier saya berlaku, melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD sebaik sahaja berpeluang.
Wealth
- Menjual hartanah pertama saya dan mengembangkan pulangannya supaya mencecah RM 100,000.
- Membesarkan kek saham saya supaya mencecah sekurang-kurangnya RM 50,000.
- Bersedia dari segi kewangan untuk tidak bersama majikan saya sekarang.
Profesional
Semester ini ada satu killer subject yang saya perlu ambil. Managerial Decision Analysis. Nampak senang. Subjek mengenai membuat keputusan. Tetapi ia cuma satu nama lain kepada matematik tambahan.
Kelas tersebut agak “dry”, jadi sambil prof mengajar di depan, saya mengaplikasikan satu dari teknik membuat keputusan tersebut kepada situasi yang saya hadapi.
Option | P | UP (Admin) | UP (Acad) | U (Acad) | G |
Points | 102 | 183 | 194 | 151 | 105 |
Dari jadual di atas, dengan jelas option sekarang (P*) merupakan option yang paling rendah markahnya berbanding pilihan-pilihan lain. Satu petanda yang menunjukkan satu tindakan tuntas perlu di ambil.
Pada masa yang sama, dengan berakhirnya pengajian MBA saya, ini bermakna saya perlu melipatgandakan usaha untuk “monetize” dan mendapatkan kembali pulangan atas pelaburan ke atas diri sendiri yang saya lakukan.
Saya akan berusaha untuk sekurang-kurangnya menyiapkan penulisan untuk sebuah buku profesional pada tahun 2014 (sesuatu yang telah tertangguh untuk bertahun-tahun).
Kesimpulan
Tahun 2014 adalah tahun yang penuh cabaran extrinsic. Ekonomi Malaysia yang tidak menentu, tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan sebagainya. Saya antara orang yang akan terkesan dengan perubahan-perubahan ini.
Namun pada masa yang sama 2014 merupakan satu tahun yang menarik dan mengujakan. Seperti kata Prof Muhaya, cabaran luaran adalah satu perkara, bagaimana kita respon terhadap cabaran tersebut adalah satu perkara lain.
I am looking forward for a stress free 2014 dan lebih masa bersama dengan orang yang tersayang kerana itu adalah priority utama kehidupan ini.
7 thoughts on “Lift Off 2014: Annual Audit (Part 1)”