Seperti yang telah saya janjikan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2, hari ini saya akan kongsikan secara kasar, beberapa anggaran bajet keseluruhan (berdasarkan senario) yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan.
Sebelum itu, suka untuk saya menjawab satu persoalan yang sering ditimbulkan. Adakah perkahwinan berdasarkan kehendak agama islam lebih murah dari perkahwinan dengan tema penuh adat?
Jawapan pendeknya, ya jika kedua-dua belah keluarga mempunyai pandangan yang sama, bersetuju dan saling hormat-menghormati secara jiwa dan raganya.
Cuma yang sering menjadi isu apabila bakal pengantin cuba untuk mengetengahkan konsep kahwin mengikut kehendak islam (kawin bajet) secara tidak berhikmah dan tidak berstrategi, keluarga akan menimbulkan beberapa isu yang menggugat keharmonian dan boleh saja mengakibatkan rumah tangga yang belum pun terbina, telah retak seribu sebelum perkahwinan berlangsung.
Jadi satu perkara penting, jika bakal pengantin ingin mengadakan majlis kahwin berdasarkan kehendak islam yang minima, persetujuan dari kedua-dua belah keluarga perlu diperolehi dengan cara hikmah dahulu.
Okay, sekarang kita masuk kepada anggaran bajet yang diperlukan untuk kahwin. Bajet ini all in ya, meliputi wang hantaran dan wang perbelanjaan majlis kahwin.
Perbelanjaan dari RM 10,004 – 13,500
Bajet dalam lingkungan ini cukup untuk pengantin menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. Namun, kedua-dua pengantin perlu memahami yang mereka mempunyai bajet yang minimum dan banyak trade-off terpaksa dibuat untuk mengutamakan perkara yang betul-betul penting sahaja.
Perbelanjaan dari RM 13,501 – 22,500
Bajet dalam lingkungan ini memungkinkan pengantin menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Namun, kedua-dua pengantin perlu memahami yang mereka mempunyai bajet yang cukup-cukup . Beberapa trade-off masih perlu dilakukan dan pengantin perlu memilih apa yang betul-betul bermakna untuk mereka sahaja.
Perbelanjaan dari RM 22,501- RM 30,000
Dengan bajet sebanyak ini majlis impian pengantin dapat diadakan dengan lancar. Walaubagaimanapun, pengantin masih tidak boleh bermewah-mewah. Pada saat-saat akhir, satu atau dua trade-off mungkin perlu dilakukan bergantung kepada tahap berjaga-jaga bakal pengantin dengan bajet yang telah diperuntukkan.
Perbelanjaan melebihi RM 30,000
Dengan bajet sebanyak pengantin dapat mengharapkan sebuah majlis yang meriah dan lancar. Persediaan sebelum dan selepas pun dapat diaturkan dengan baik untuk keselesaan kedua-dua belah keluarga. Bahkan keluarga jauh yang datang dari luar kawasan juga dapat diberikan bantuan dan kemudahan untuk memudahkan mereka menghadiri majlis kahwin pengantin. Pengantin juga mempunyai pilihan untuk outsource pengurusan majlis seperti ini kepada wedding planner atau mengadakan majlis di dewan-dewan berbayar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda dalam merancang majlis impian anda! 🙂
Sabri
p/s: Sementara itu, anda boleh download sebuah ebook PERCUMA mengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)