Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Berbeza dengan catatan-catatan tahunan saya sebelum ini, bermula tahun ini saya juga mempunyai “external” auditor yang saya harap dapat bekerjasama dengan saya memastikan azam dan target saya untuk tahun 2013 tercapai.
Sayang, Love Me When I Least Deserve It, Because That’s When I need It The Most.
So far isteri saya sangat banyak membantu saya dalam aktiviti di mana saya dapat meyakinkan beliau yang saya komited untuk melaksanakannya (seperti study dan minum oat), tetapi beliau skeptikal dalam aktiviti di mana saya sendiri tidak dapat menunjukkan kepada beliau yang saya komited (seperti exercise).
Sayang, love me when I least deserve it, because that’s when I need it the most. To rephrase for my beloved wife;
Sayang, support me when/where I least deserve it, because that’s when I need it the most.
Anda boleh merujuk kepada Lift Off 2012 di sini: 2012
Saya berharap dengan adanya “external auditor” dalam hidup saya ini, beliau dapat memastikan target-target 2013 ini on-track dan berjaya mencapai matlamatnya.
2012: A Year That Was
2012 adalah tahun “execution” untuk saya. Tahun di mana saya fokus memastikan “big items” dalam hidup saya tercapai. Alhamdulillah, saya telah menjadi seorang suami pada tanggal 2 June 2012 dan telah memulakan pengajian Masters saya sejak September lepas secara part-time. Saya bakal menamatkan semester pertama saya dalam masa beberapa minggu lagi.
Apa yang telah saya capai pada 2012:
- Melangsungkan Perkahwinan
- Melanjutkan Pelajaran Peringkat Pasca-Siswazah
- Saya telah melawat 2 negara
- Saya telah membaca 23 buah buku*
- Saya telah merakamkan 1 Video Inspirasi*
- Saya menerima recognition untuk kualiti dan produktiviti di tempat kerja- unplanned
- Saya telah “mengangkat” seekor kucing-unplanned
*-kurang dari yang sepatutnya, tetapi dengan overall fokus kepada “big rocks”, ia tetap satu pencapaian yang perlu direkodkan.
2013: Enriching Lives
Tema saya untuk 2013 adalah untuk “Enriching Lives” atau secara kasarnya boleh diterjemah sebagai menambahkan nilai dalam hidup. Bukan sahaja hidup saya, tetapi hidup orang lain juga terutamanya mereka yang hampir dengan saya. Sejak saya mula terasa yang masanya sudah tiba untuk saya berkahwin, ketika itu saya sebenarnya rasakan all the leverage that I control,saya dah gunakan to develop myself up till that optimum point. Any further development after that, I will need synergy with others who can further propel my personal growth.
Jadi untuk 2013 and beyond, jika saya ingin personally “grow”, saya perlu menambahkan nilai dalam hidup orang lain juga.
Travel
Bertepatan dengan tema “Enriching Lives” pada tahun ini, tidak seperti tahun-tahun lepas di mana saya menetapkan target untuk melawat X negara baru, kali ini target saya adalah untuk membawa isteri saya melawat sekurang-kurangnya 3 tempat baru yang tidak pernah dilawati beliau.
Travelling is fun. I still enjoy travelling. However, melihat isteri saya tersenyum dan matanya yang bercahaya apabila berada di tempat baru adalah lebih seronok. Menyeronokkan orang adalah lebih seronok. Insya Allah hampir pasti juga saya akan membawa Kak Ana dan Ummairah (bersama isteri saya) ke China pada tahun ini sebagai hadiah Ummairah mendapat 9 A dalam PMR tahun lepas.
Emak saya juga bercadang untuk mengerjakan umrah. Dan saya juga memang berazam untuk sementara menunggu giliran emak saya untuk dipanggil untuk mengerjakan haji untuk menghantar beliau mengerjakan umrah. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah, ia akan ter-realisasi.
Pelan-pelan ini secara tidak langsung memenuhi tahun saya dalam aspek travel.
Bahagian 2 bersambung kemudian…
3 thoughts on “Lift Off 2013: Annual Audit (Part 1)”