Rahsia kejayaan ada banyak. Ada strategi kejayaan yang menjadi untuk orang ini, tetapi kurang mantap bila dilakukan oleh orang itu. Tidak ada satu “Rahsia” kejayaan yang betul-betul tepat lagi.
Untuk gagal juga ada banyak cara.
Dan berbeza dengan kejayaan, kegagalan ada satu common denominator.
Buat ini, separuh kaki untuk gagal sudah pasti.
Bertangguh.
Melambat-lambatkan tindakan adalah satu perkara yang selalu mengakibatkan kegagalan.
Contoh mudah, kita tahu belajar itu bagus. Tetapi bila tiba waktu belajar kita tunda. 5 minit lagi, 5 minit lagi, 5 minit lagi. Sedar-sedar 30 minit telah berlalu.
Begitu juga untuk bangun pagi. Berapa kali kita “Snooze” alarm clock ataupun menggeliat-geliat di atas katil? Lebih parah, kadang-kadang kita tertidur balik.
Dan yang menulis inipun tidak terkecuali. Salah satu azam saya untuk Ramadhan ini adalah untuk melatih tidak tidur balik selepas sahur. Ada beberapa aktiviti yang telah saya rancang untuk mengisi masa tersebut.
Diharapkan saya dapat istiqamah. 🙂
Selamat Menyambut Ramadhan!
Sabri