Dalam dunia ini, apakah yang dapat menjamin kejayaan anda?
Jawapannya: Tidak semestinya ilmu, tidak semestinya pengalaman. Tetapi yang pasti adalah kesalahan, kekalahan dan kegagalan.
Benar, kegagalan adalah petunjuk pasti yang menandakan anda akan berjaya.
Sebelum saya huraikan dengan panjang lebar, biar saya berikan contoh mudah sahajalah dulu.
Anda mahu tak sentuh tangan anda pada cerek besi yang panas?
Orang normal biasanya memang tidak mahu kan? Kenapa kita tidak mahu? Sebab kita tahu yang cerek itu panas! Macam mana kita tahu? Sebab satu ketika dahulu, waktu kecik-kecik dulu kita pernah sentuh cerek panas tersebut dengan tangan.
Kita “gagal” ketika itu dengan melakukan kesalahan tersebut, sehingga hari ini kita ingat dan tidak mengulanginya lagi (kejayaan).
Satu contoh lain yang lebih klise, seorang bayi. Kita waktu kecik-kecik dulu, kita cuba berjalan dan jatuh. Kita menangis. Tetapi kita berjalan juga lagi, dan jatuh lagi. Apabila kita jatuh, kita telah gagal sebenarnya.
Tetapi kita berjalan juga akhirnya kan? Adakah anda rasa kalau kita tidak jatuh kita boleh berjalan hari ini?
Ataupun, jika kita takut jatuh…
Dan kita tak cuba berjalan terus waktu kecil-kecil dulu, adalah kita akan dapat berjalan seperti hari ini?
Even, dalam peperiksaan pun markah A (ataupun A+), bukan 100%. Bermakna kita masih boleh melakukan kesilapan dan tetap mendapat gred cemerlang!
Tetapi sayangnya dalam hidup masyarakat kita sekarang, kegagalan diberi stigma negatif. Seolah-olah kegagalan itu jijik sangat. Siapa yang gagal akan dilabel sebagai kesian, tidak berapa berkebolehan dan lain-lain label negative.
Bagaimana pula dengan orang yang gagal berulang kali?
Mereka ini lebih sangat kesian dan sangat malang. Malah ada orang mungkin akan menjauhkan diri dari orang yang gagal berulang kali itu pula, sebab takut “berjangkit” kegagalan tersebut.
Rahsia Tersembunyi Mengenai Kegagalan
Kegagalan sebenarnya memberitahu kita apa yang tidak patut lakukan untuk berjaya akhirnya. Ia memberitahu kita simpang mana yang salah dalam perjalanan menuju kejayaan.
Satu kegagalan yang kita alami, satu pintu yang salah telah kita tutup. Lama kelamaan kita akan berjumpa dengan pintu yang betul jika kita telah menutup semua pintu yang salah tadi. Betul kan?
Jadi jika anda tahu dari 100 pintu di hadapan anda, ada 99 pintu yang salah dan 1 pintu yang mempunyai RM 10 juta dibelakangnya, berapa pintu yang salah yang anda sanggup buka untuk cuba mendapatkan wang tersebut?
Sudah tentu seberapa banyak pintu yang boleh kan? Adakah anda akan berhenti setelah 10 pintu yang salah? Ataupun setelah 50 pintu yang salah? Tidak kan?
Dan berapa lamakah masa yang anda akan ambil untuk membuka pintu tersebut?
-1 tahun 1 pintu supaya anda boleh “recover” dari kegagalan tersebut?
-1 bulan 1 pintu?
Ataupun secepat yang mungkin?
Sudah tentu secepat mungkin bukan? Kalau boleh gagal 99 kali dalam masa 1 minit pun anda sanggup, sebab lagi cepat anda gagal, lagi cepat anda berjaya kan?
Jadi itulah maksud saya.
Fail faster and never give up.
Saya rasa mungkin itu sebabnya sekarang saya suka hidup dengan laju. Semuanya cepat. Supaya saya cepat sampai ke destinasi and so that I can spend more time leisurely at the destination.
I encourage you to do so as well.
Cuma satu perkara yang anda perlu tahu, anda perlu gagal dengan bijak lah. Ambil pengajaran dari kegagalan tersebut. Jangan buka pintu yang salah banyak kali. Kalau macam tu gagal beribu kali pun tidak akan membawa anda lebih dekat kepada kejayaan! 🙂
Sabri