Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Berbeza dengan artikel-artikel “a year in review” yang lain saya juga akan berkongsi perancangan saya pada tahun hadapan berdasarkan apa yang telah dicapai tahun ini. Lift Off akan mengandungi banyak siri. Sesungguhnya terlalu banyak aspek yang ingin saya kupas, ulas dan kongsi. Oleh sebab itu saya membahagikannya kepada beberapa siri.
Anda boleh merujuk kepada Lift Off 2011 di sini: Bahagian 1, Bahagian 2.
Seperti yang saya selalu ulangi, setahun adalah amat panjang sebenarnya. Jika di UK, ada 4 musim yang sangat berbeza silih berganti dalam setahun. Begitu juga hidup manusia. One change, changes everything.
Tetapi tahun 2011 saya sudah mentally prepared untuk menghadapi perubahan-perubahan tersebut. Tahun ini ada satu perubahan yang sangat signifikan berlaku.
Saya bukan lagi cuma sekadar setahun lebih matang, dewasa dan berpengalaman berbanding ketika ini tahun lepas. Tetapi saya dapat katakan yang saya adalah seorang manusia yang berbeza. Dari segi tabiat dan pemikiran. Enough of pre-amble, let discuss what a year 2011 has been:
- Saya berjaya membaca 59 buah buku + beberapa buah buku lagi yang saya akan habiskan pada bulan December
- Saya telah melawat 3 buah negara baru
- Transaksi pembelian rumah saya telah selesai, saya kini telah menjadi tuan rumah dan mempunyai penyewa! 🙂
- Saya berpeluang untuk mengerjakan Umrah pada bulan Mac 2011
- Saya berjaya mengubah sebahagian tabiat dalam diri saya ke arah yang lebih baik dengan signifikan
- Saya mendapat kesemua Wish List saya, dan saya telah update Wish List baru. 🙂
Apa yang saya gagal capai tahun ini:
- Saya tidak berjogging sekurang-kurangnya 24 kali
- Saya tidak berjaya menulis sebuah buku pun
- Tahun 2011 adalah tahun untuk saya fokus kepada spiritual dan health, tetapi akhirnya cuma berjaya fokus kepada spiritual sahaja. Walaupun good enough, tetapi saya sedar yang saya perlu memperbaiki cara hidup ke arah yang lebih sihat sementara masih muda ini.
Self Development
- Menambah 2 orang mentor yang dapat saya ikuti buah fikirannya (dengan cara bertemu muka/ menghadiri seminar, mengikuti & membaca blog/membaca buku-bukunya) dan dapat saya jadikan contoh dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin profesional.
- Walaupun tahun ini saya jangka saya dapat menghabiskan sekitar 60 buah buku, tetapi saya tidak mahu membaca sekadar untuk kuantiti. Apa yang lebih penting adalah ilmu yang saya “retain” dari pembacaan tersebut. Jadi untuk tahun 2012, target saya adalah untuk membaca 52 buah buku. Semoga banyak buku-buku menarik dan bermanfaat yang senang dan seronok untuk di baca diterbitkan pada tahun hadapan.
- Memulakan pengajian peringkat Sarjana secara part time. Maintain CGPA tidak kurang dari 3.00.
Personal
Health
- Saya mahu teruskan dengan tabiat, jika dihidangkan minuman tanpa gula, saya tidak akan menambah gula sendiri. Saya akan minum pahit-pahit macam itulah.
- Saya mahu makan sayur/buah sekurang-kurangnya satu portion setiap hari
- Saya mahu amalkan makan oat sekurang-kurangnya 5 kali seminggu
- Saya mahu kurangkan makan daging merah kepada maksimum 3 kali seminggu
Perniagaan
Saya mahu memulakan sebuah perniagaan di Kuantan dengan Sabriza. Saya telah identify apakah perniagaan tersebut dan gambaran kasarnya. Saya expect perniagaan ini akan bermula pada suku ketiga/keempat 2012 untuk memberi peluang kepada Sabriza settle down dengan tugasan harian sebagai guru dan juga peluang kepada saya untuk mengumpulkan modal.
Namun begitu, saya sedar juga yang dengan target saya untuk berkahwin pada 2012 dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, mungkin objektif ini sukar untuk dicapai. Namun ia tetap sesuatu yang saya ingin lakukan (walaupun saya lebih ingin kahwin dari memulakan satu lagi perniagaan baru). Saya hanya mampu berdoa semoga Allah membantu saya mencapai kedua-duanya.
Travel
Secara tidak sengaja sebenarnya saya berjaya melawat 3 buah negara baru tahun ini. Pengalaman mengerjakan Umrah adalah yang terbaik. Sedikit-sebanyak saya tidak lagi begitu ghairah untuk ke tempat-tempat lain. Saya telah jatuh cinta dengan Tanah Suci dan kalau boleh saya mahu ke sana selalu. Namun saya terbaca fatwa yang tidak bagus sebenarnya mengerjakan Umrah banyak kali (sunat) sedangkan jihad ekonomi (wajib) adalah lebih perlu.
Saya tidak ada cadangan untuk ke negara-negara baru untuk tahun ini, kecuali honeymoon (jika ada). Jika saya pergi sekali pun, saya jangka adalah ke negara yang telah saya lawati sebelum ini. Cuma having said that, saya rasa amat perlu untuk ke Phuket sekali lagi untuk menempah kemeja dan seluar kerja. Baju-baju kerja saya sudah lama dan sale-sale yang diadakan di Malaysia adalah untuk kemeja-kemeja yang adik saya kata memang baju style saya (dengan kata lain boring).
Kesimpulan
Saya rasa apa yang saya outlinekan kali ini adalah paling transparent yang pernah saya lakukan. Dan benar-benar “scare me a bit, excite me a lot”. It will not be easy, but I try to have fun and enjoy the journey. Even if I accomplish half of the things I said I would, I will be a better man. But I don’t plan to settle for mere half.
Saya berdoa agar 2012 menjadi tahun yang jauh lebih hebat dari tahun-tahun yang telah saya lalui “combined”, dan semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya tahun hadapan.
Sabri
6 thoughts on “Lift Off 2012: Annual Audit- A Year That Was”