Saya baru pulang dari sebuah sekolah berasrama penuh di Kubang Pasu, berkongsi panduan kerjaya. Saya diminta oleh adik saya yang sedang menjalani latihan praktikal di sana. Memandangkan hobi saya memang bercakap dan saya memang sudah lama bercita-cita untuk bercakap kepada sekumpulan pelajar SBP mengenai perancangan masa depan, maka saya menerima jemputan tersebut.
Walaupun saya bercakap secara percuma dan mengeluarkan wang sendiri untuk tambang kapal terbang, saya anggap ia satu sumbangan untuk perjuangan memandaikan bangsa dan membangunkan mereka. Pihak sekolah memang menawarkan untuk membayar, tetapi saya tolak. Lebih puas hati dan lebih bebas untuk bercakap.
Secara asasnya saya cuma menyampaikan apa yang guru-guru saya di SEMASHUR dulu selalu berpesan kepada kami semua dan sedikit tambahan pengalaman saya (salah satunya adalah risiko yang dihadapi oleh pelajar Sains Hayat di matrikulasi) dan juga kenapa lebih baik jangan ambil bidang Farmasi. Saya juga berkongsi peluang-peluang pekerjaan dan bidang-bidang pengajian yang ada prospek di syarikat MNC.
(24/4/2011 – Saya dalam proses untuk mengupdate, menambah dan memperjelaskan kenapa saya berkata seperti di atas atas permintaan beberapa pembaca. Sementara saya merangka ayat dan huraian tu, ini jawapan pendeknya. Dalam karier ini, jadi hero jangan jadi extra sementara pintu masih terbuka untuk kita berbuat demikian… Jawapan panjang menyusul)
Saya mengakhiri perkongsian saya dengan pesanan supaya mereka merancang masa depan mereka dengan sebaik-baiknya jangan sampai 10-15 tahun dari sekarang mereka malu dan segan untuk menghadiri reunion sekolah mereka kerana merasa rendah diri dengan rakan-rakan mereka yang nampak lebih berjaya.
Guru-guru mereka pun open-minded. Mereka memang mencari-cari idea baru bagaimana untuk memperkasakan pelajar mereka. Saya berbangga dan berterima kasih ada idea-idea yang saya sebutkan sekali lalu kepada pelajar dalam talk saya mereka catit dan bertanya jika ada referral.
Memandaikan Bangsa | Komitmen Seumur Hidup
Sesi tersebut memang seronok. Dari pukul 8.00 sehingga 1.30 tanpa morning break pun, saya kagum dengan mereka. Kalau sesi orang dewasa memang sudah pasti kena break pukul 10. 🙂
Dari awal sehingga habis, “energy” mereka memang tidak pernah surut.
Habis sahaja, saya pula yang “flat”. 🙂
Ini mengingatkan saya kenapa saya memperlahankan aktiviti-aktiviti menganjurkan seminar & workshop. Bercakap ini nampak senang, tetapi sebenarnya memakan tenaga yang tidak sikit. Untuk bercakap selama 5 jam itu, saya rasa saya gunakan 7 jam solid (dalam tempoh 3 hari) untuk menyediakan material. Itu tidak termasuk berjam-jam lagi yang digunakan untuk brainstorm dan merancang program tersebut.
Ketika mengendalikan program pula, saya suka membayangkan diri saya seperti mobile charger. Saya sebagai speaker menyalurkan tenaga kepada peserta. Buat mereka bereaksi dan menjadikan sesi tersebut interaktif. Pada saya, speaker yang baik adalah pelakon yang hebat. Mereka tidak boleh kelihatan penat, tidak boleh nampak tidak bersedia (jika ada kekurangan dan kelemahan, perlu pandai buat nampak natural dan seperti sudah plan) dan penuh bertenaga. Di samping itu speaker perlu memastikan peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan enjoy program tersebut.
Sebab itulah bila habis sahaja program biasanya saya akan flat terus.
Setelah habis program saya berkata kepada Sabriza, I might be a good teacher for a day or two or even a week, but I definitely can’t do this for the rest of my life. I made the right choice to not being a speaker. Bercakap sebagai hobi is energizing, bercakap kepada pelajar sebagai profesion, I respect people who can do that.
Sabriza juga bertanya, boleh tak buat program yang sama di sekolah rakan-rakannya pula, saya kata not this month. Once a month pun dah quite a lot dah.
Maybe twice a year is okay. Let’s do this again in 6 months!
Sabri