Sudah beberapa hari saya berkira-kira, wajar atau tidak saya menulis post ini. Mulanya saya agak keberatan. Saya kurang gemar menulis sesuatu yang negatif dan bercerita mengenai sesuatu yang tidak layak diceritakan di sini. Tetapi semakin hari ia semakin membarah. Saya perlu kongsikan juga cerita ini.
Untuk melepaskan stress dan juga sebagai ingatan untuk diri sendiri.
Ada orang yang menjadi idola kita. Kita rasa kita bertuah jika dapat menjadi sepertinya. Punya segala-galanya.
Namun kadang-kadang kita akan bertemu dengan “idola batu sempadan”. Orang yang seboleh-bolehnya kita tidak mahu menjadi seperti dia.
Wahai diri, ingatlah!
- Janganlah ego, ingat diri sendiri sahaja yang hebat. Orang lain yang tidak setaraf anda semua sub-standard.
- Tolonglah orang dengan ikhlas, jangan sebab nak tunjuk anda hebat.
- Biarkan orang lain maju dan berjaya dengan cara mereka sendiri. Setiap orang ada cara tersendiri untuk berjaya, cara kita bukanlah satu-satunya cara untuk berjaya. Orang lain hebat juga.
- Kurangkan expectation sepatutnya dalam hidup. Hidup akan jadi kurang tekanan, dan lebih gembira.
- Jangan menyerang peribadi orang. Dan jangan mencari salah orang. Tuhan akan tutup aib kita pula.
- Jangan jadi outspoken sangat, If you have nothing good to say about people, don’t say anything.
- Savour life. Enjoy the company of your friends!
Wahai diri, sentiasalah ingat pesanan buat diri ini. It’s not worth it pun. 🙂
Kepada semua rakan-rakan, jika sepanjang perkenalan kita saya ada bertingkah laku seperti ini, maafkan saya. Saya sedar, ia satu tingkah laku yang buruk amat. Sakit hati berurusan dengan orang seperti itu.
Sabri