Ada sesuatu yang telah hampir sebulan saya pendamkan dari di tulis di blog ini. At least untuk sebulan yang akan datang, saya akan menulis satu siri baru di blog ini, Hijrah-Travelog Umrah. Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan tiada aral melintang 26hb Februari ini saya akan berangkat untuk mengerjakan Umrah.
Buat masa ini tidak ramai yang tahu mengenai perancangan ini kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Apabila pertama kali saya menyuarakan hasrat ini, ramai ingin tahu dan bertanya, “Kenapa?” 🙂
Jadi dalam siri ini saya akan mengupas dengan detail perjalanan hijrah, pengalaman dan pengajaran yang saya dapat ala-ala buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, sebuah buku yang saya baca ketika dalam proses menyediakan diri untuk hijrah ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Niat Mengerjakan Umrah
Saya tidak dapat pinpoint secara tepat kepada satu peristiwa yang menjadi turning point ataupun trigger kepada niat yang mendadak ini, tetapi saya ingat secara am tempoh waktunya.
Perasaan untuk menunaikan Umrah tiba-tiba datang dalam diri saya ketika saya sedang memikir semula rancangan hidup 2011 saya. Jika anda ikuti catatan hidup saya di blog ini, saya ada menulis untuk “revise” semula perancangan saya untuk tahun 2011 di sini. Ketika mengimbas kembali tahun 2010, saya menyedari yang setahun sangat panjang. Macam-macam boleh terjadi dalam setahun. Saya tidak pasti apa yang akan menanti saya pada tahun 2011.
Ketidak pastian ini membuatkan saya pasrah. Ia menyedarkan saya betapa benarnya kata-kata, “Manusia merancang, Allah yang menentukan”. Perasaan “powerless” tersebut mengundang rasa sebak di hati. Saya tiba-tiba rasa kerdil.
Jika anda kenal saya, saya tidak suka berasa “powerless” ataupun tidak mampu buat apa-apa apabila sesuatu berlaku dalam kehidupan saya. Saya akan rasa down dan sangat tidak berguna. Namun kali ini, bila saya rasa powerless, saya tidak rasa down lagi, tetapi saya rasa pasrah.
Perasaan yang seolah-seolah ada sesuatu yang mempunyai perancangan lebih hebat dan lebih baik untuk saya di masa depan. Saya masih rasa powerless, tetapi lebih tenang sedikit.
Satu sebab lagi yang agak peribadi, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada saya. Sesuatu yang saya sendiri tidak dapat jelaskan. Cuma saya tahu, untuk menjadikan tahun ini tahun yang terbaik dalam hidup saya dan juga satu cara untuk menjadi manusia yang lebih baik, saya perlu memperbaiki diri saya. Saya lihat saya perlu perbaiki diri dalam dua aspek. Pertama, fizikal dan kedua dari aspek spiritual.
Apabila saya memberitahu Sabriza niat saya, beliau turut mengalakkan saya. Saya sebenarnya terkejut juga. Sebab saya sangka beliau akan menyuruh saya berfikir masak-masak dan bertanya macam-macam soalan kenapa saya tiba-tiba berniat macam tu.
Tetapi sebaliknya beliau menggalakkan saya.Beliau bertanyakan saya bagaimana cadangan perjalanan saya. Saya katakan yang saya bercadang untuk menempah hotel dan penerbangan sendiri, cuma mengambil khidmat mutawif dari kalangan pelajar Malaysia di sana. Beliau mengatakan yang lebih baik saya ambil pakej untuk kali pertama ini. Saya katakan, saya akan fikirkan lagi cadangan itu.
Saya kemudian menghantar sms bertanyakan pendapat emak saya. Biasanya emak saya mengambil masa yang lama untuk reply (dia busy-superMom). Hehe… Tetapi mesej ini segera dibalasnya.
Tiba-tiba saya terdetik. Adakah ini yang dikatakan seruanNya telah sampai?
Keputusan Muktamad
Memang sikap semulajadi saya, saya tak berapa suka uncertainty. Benda yang saya boleh confirmkan, saya akan cuba confirmkan secepat mungkin. Saya tidak suka bertangguh dalam membuat keputusan (ada orang kata selak).
Proses daripada “rasa ingin pergi umrah” kepada “aku nak pergi umrah” itu mengambil masa kira-kira seminggu. Dalam proses ini saya fikir bila hendak pergi, bagaimana hendak pergi dan apa sebenarnya tujuan dan aktiviti yang ingin dilakukan di sana secara spesifik.
Setelah tetap hati saya, dan jelas dengan niat saya untuk pergi Umrah, maka saya pun mula mencari-cari di Internet pilihan yang ada. Saya ingin pergi secepat mungkin. Pada saya, kalau kita tahu sesuatu itu baik untuk kita, kenapa kita hendak tangguhkan?
Sejak terbuka hati dengan muktamad untuk pergi, perubahan ketara berlaku dalam hidup saya. “Nur” hijrah itu mula datang dalam hidup. Bagi mereka yang tidak mengalaminya, sukar untuk saya terangkan. Hidup saya tiba-tiba menjadi tenang. Saya tiba-tiba mempunyai masa yang cukup (tidak banyak, tetapi cukup), untuk menyediakan diri sebagai tetamuNya.
Proses Hijrah itu tidak bermula di Tanah Suci, tetapi bermula sebaik sahaja niat dipasang.
3 thoughts on “Hijrah | Travelog Umrah | Permulaan Satu Perjalanan”