Selepas beberapa weekend full dengan aktiviti, akhirnya minggu ini saya dapat meluangkan masa untuk betul-betul berehat. Quality personal time. Memang lega rasanya. 🙂
Saya sudah lama tidak keep up dengan dunia teknologi. Saya tidak tahu versi-versi terbaru Android, malah siri-siri processor Intel pun saya tidak tahu secara spesifiknya yang mana lebih pantas. Apatah lagi untuk jailbreak iPhone atau iPod. Rakan-rakan saya terkejut apabila mengetahui saya tidak melakukan sebarang jailbreak pada gadget saya.
Saya mengatakan kepada mereka, tidak berbaloi. Melakukan jailbreak pada iPhone semata-mata kerana tidak mahu membeli perisian berharga RM 10 (malah banyak perisian percuma sebenarnya) adalah seperti menggunakan alat ganti tiruan pada kereta Mercedez anda. It just doesn’t make sense!
Ketika melayari internet pagi tadi, saya terbaca mengenai Chromebook. Netbook yang dilengkapi dengan OS dari Google yang baru berada di pasaran. Menarik, getus hati saya. Kebetulan pula, netbook yang saya sedang gunakan ini menggunakan Windows Ultimate Beta. OS yang agak berat jika dibandingkan dengan spesifikasi hardware netbook. Saya membayangkan yang Chromebook pasti seribu kali lebih “ringan” dan pantas dari netbook saya sekarang. Namun saya tidak berangan panjang. Harganya yang lebih mahal dari netbook biasa menjadikan ia tawaran yang tidak begitu menarik.
Tiba-tiba terlintas di fikiran saya yang biasanya perisian yang Google keluarkan (seperti Android, Chrome, dll) adalah open source. Sepatutnya ia boleh didapati secara percuma di Internet!
Jadi saya pun mula mencari. Saya mendapati walaupun Chromium OS (imagine Windows yang dikeluarkan oleh Google) adalah Open Source, ia tidak mempunyai versi “final” yang boleh diinstall seperti perisian biasa.
Tidak berpuas hati, saya melakukan sedikit lagi research. Bagaimana untuk convert file-file tersebut sebagai perisian yang boleh digunakan. Akhirnya saya berjumpa dengan sebuah OS yang menggabungkan Chromium dan Linux untuk menghasilkan sebuah cloud OS bernama Joli OS.
Dipendekkan cerita, netbook saya kini telah bertukar menjadi JoliBook! 🙂
Lebih ringan, lebih pantas dan lebih smart!
Joli OS adalah antara pelopor awal Cloud OS. Jadi saya juga mengambil kesempatan untuk mengupdate diri sendiri dengan perisian-perisian cloud enabled. Rupa-rupanya Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) sekarang sudah boleh diakses dari Internet!
(Kenapalah ayat saya semacam sahaja hari ini.Bunyi macam terlalu skema. Saya ada beberapa perkara lagi untuk ditulis, tetapi sebab saya malu nanti bila baca cerita yang pelik bunyi ayatnya ini, I will write more later lah)
So long! 🙂
Sabri