Puas saya mencari tajuk yang sesuai untuk artikel ini. Saya pada asalnya mahu menamakan artikel ini sebagai “Why We Do What We Do” or “Nothing Has Meaning Except…”, tetapi dalam Bahasa Malaysia bunyinya pelik dan tidak menarik.
Semua kejadian yang berlaku di dalam kehidupan kita, pasti ada sebab disebaliknya. Sesuatu itu tidak terjadi kerana sia-sia. Kenapa kita pakai jam tangan kanan atau kiri? Kenapa kita lancar bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris tetapi bukan Bahasa German? Semuanya ada penjelasan.
Kita tidak boleh ubah “sebab” kenapa sesuatu itu berlaku. Tetapi kita boleh belajar daripadanya, berfikir mengenainya dan memilih maksud kenapa sesuatu itu terjadi dengan pilihan yang dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Mungkin ada yang akan menganggap kita terlebih berfikir, “overthink” dan sebagainya. Tetapi itu tidak mengapa. Asalkan selepas setiap analisa kita ada konklusi dan tidak terperangkap dengan information overload.
Sebab dari kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari di sekeliling kita, kita dapat belajar mengenai manusia lain dan dapat devise cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pelbagai kelompok manusia setiap hari.
Sebagai contoh, kita lihat kawan kita selalu terbersin apabila berada di tempat yang berdebu. Ini memberi tahu kita yang dia adalah seseorang yang sensitif dengan habuk. Jadi janganlah kita bawa dia melalui atau ke tempat-tempat berhabuk, kecuali jika kita memang mahu dia bersin banyak-banyak.
How you do one thing, is how you do everything.
Manusia adalah hasil dari tabiatnya. Our inner world, shape our outer world.
Terutamanya untuk adik-adik saya, saya suka berpesan. Bukan susah sangat untuk menilai manusia ini. Kita jangan cepat untuk menghukum orang, bagi plenty of chances and opportunities untuk orang itu membuktikan dirinya sendiri. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.
Seorang yang suka memandu dengan laju, mungkin tidak sesuai untuk kita ambil sebagai pemandu anak-anak kita ke sekolah, tetapi boleh kita jadikan pemandu ambulans atau pelumba F1.
Seorang yang agresif tidak sesuai untuk kita letakkan sebagai penyambut tetamu, tetapi amat bagus kita letakkan sebagai pengawal keselamatan.
Ini sekadar contoh.
Sifat dan sikap manusia adalah kelebihan. Ia bukanlah kelemahan. Jangan kita judge seseorang itu berdasarkan sikap dan tidak memberi peluang untuk mereka berubah. Jika kita bijak membaca manusia, kita boleh letakkan mereka di tempat yang betul yang akan complement kelebihan mereka.
Jika kita memahami rakan-rakan kita, lebih mudah untuk harmoni. Kurang pening kepala dalam kehidupan.
Dan yang lebih penting, kita tahu jika kita dalam kesusahan nanti, siapa yang boleh kita minta tolong.
Manusia boleh berubah. Manusia AKAN berubah. Apabila reason WHY nya cukup kuat.
Orang gemuk boleh kurus.
Perokok boleh berhenti merokok.
Penagih dadah boleh berhenti menagih dadah.
Cuma kita kena beri mereka sebab yang KUAT supaya dapat kita pujuk mereka untuk berubah.
Di situlah pentingnya, kenapa kita perlu mengenal manusia. Kenapa kita perlu melihat tanda-tanda yang ditunjukkan melalui tingkah laku mereka.
Pesanan untuk adik-adik saya, sebagai contoh jika mahu memilih calon isteri atau suami. Don’t ignore the small flags. You can learn a tonne just by observing someone.
Orang baik akan menunjukkan ciri-ciri orang yang baik dan orang yang sebaliknya juga akan menunjukkan ciri-ciri yang sebaliknya. Tidak ada benda yang berlaku kerana saja-saja. Sesuatu itu berlaku kerana kita percaya, kerana itu tabiat kita atau kerana itu cara kita dibesarkan/di didik. Ia bukan berlaku kerana saja-saja tanpa sebab.
Tidak ada orang hipokrit di dunia ini, cuma ada orang yang tidak mengenali orang yang hipokrit. Equip Yourself.
Sekarang mari kita belajar menginterpretasi keadaan atau situasi pula.
Setiap yang terjadi itu, ada hikmahnya. Hikmah tersebut boleh jadi hikmah yang menyedihkan, dan boleh jadi hikmah yang memberi kita kekuatan. Kita yang pilih, apa maksud sesuatu kejadian.
Sebagai contoh, anda gagal dalam sesuatu peperiksaan. Atau gagal mendapat straight A.
Anda boleh menginterpretasikannya sebagai “Aku memang bodoh. Aku tak payah belajar lagi sebab aku tak akan ke mana-mana. Tuhan nak bagitau aku better aku kerja cari duit.”
Dan anda boleh menginterpretasikannya, “Ini tak boleh jadi. Aku boleh buat lebih baik. Aku bukan bodoh. Tuhan nak suruh aku cari cara belajar yang lebih baik ni. Sebab mungkin belajar macam ni okay sekarang, tapi nanti bila kelas makin susah cara belajar macam ni dah tak cukup.”
Anda buat pilihan apa maksud yang anda mahu. Sentiasa pilih pilihan yang akan membantu anda menjadi manusia yang lebih baik.
Sabri