1. Saya baru pulang dari walimah rakan lama (bukan saya…hehe), kepenatannya masih terasa. Baru jadi pengapit, kalau jadi pengantin macam mana lah ya.
2. Dua perkara utama yang saya dapat dari majlis perkahwinan ini, pertama skill mengikat samping beropol. Terima kasih kepada Cikgu Jaafar Onn di YouTube. hehe… Puas rombongan pengantin lelaki mencari sanak saudara yang boleh bersamping dengan ropol. Mujur ada YouTube. Kedua, dapat mengasah skill bercakap dengan orang tua. Skill ini berguna kalau nak jumpa bapa dan emak mentua nanti.
Ada rapat dengan seorang pakcik yang baik dan peramah. Khabarnya beliau adalah bapa kepada abang ipar pengantin lelaki. Dan dapat jugalah belajar satu dua perkara dari orang yang berpengalaman. Mula-mula rasa canggung juga untuk meringankan mulut berbual dengan orang yang jauh lebih tua, tetapi biasakanlah diri. Tak rugi. 🙂
Kereta Ku
3. Terima kasih juga kepada pengantin lelaki yang sporting dan unassuming. Sanggup menaiki proton Saga sahaja pergi/balik ke majlis akad nikah, kereta yang paling “klasik” di parking lot. Kalau diikutkan pergi majlis bersanding pun boleh aje naik protonku itu, tetapi tak sampai hati rasanya biarkan pengantin berpeluh di belakang (air cond tak kuat di tengah hari)… hehe
4. Pengantin lelaki truly understand that segala kesenangan material tidak bererti apa-apa. Yang lebih penting adalah dengan siapa kita meluangkan masa dan pengalaman yang kita kecapi. Pengantin perempuan, anda bertuah mendapat suami seperti itu, jagalah dan hargai dia. Saya berharap agar adik perempuan saya turut bertemu dengan lelaki sematang dan sebijaksana itu.
5. True, dalam kereta buruk perjalanan terakhir sebagai seorang bujang dan pertama sebagai seorang suami, we talk a lot. Exchange stories. Awesome lesson learnt for both of us.
6. Untuk menjawab pertanyaan bila saya akan tukar kereta, jawapan yang sama saya akan berikan. Saya akan tukar bila saya nak kahwin nanti. My future wife will choose kereta apa dia nak. Kenapa tak tukar sekarang je? Saya malas buat kerja dua kali, kereta sekarang macam okay lagi (means: boleh gerak).
Oh ya, sebab kecik tambahan: saya tak berapa prefer design Toyota and Honda sekarang. Pada saya design Honda dulu (Civic & City lawa -tirus), tetapi sekarang ni but belakang tinggi sangat. Walaupun saya tak suka design dia, tapi saya percaya brand dia. Maybe nanti waktu saya dah nak kahwin, design dia hopefully akan jadi better (tapi tak nak tunggu lama nak kahwin!).
And my car does not define me. Thank you again pengantin lelaki for that vote of confidence. hehe…
Berjumpa Kawan Lama
7. Tadi mini reunion kawan lama (3 orang sahaja pun). Saya suka kawan-kawan dari Kuantan. Walaupun setelah 10 tahun tidak bertemu, keakraban itu masih terasa. Dalam 10 tahun ini, saya berjumpa dan berkawan dengan ramai teman baru, tetapi kebanyakannya tidak sama level dengan keakraban kawan di Kuantan. Mereka lebih telus dan well meaning.
Siapa lagi kawan yang setelah 10 tahun tidak bertemu boleh memberitahu anda yang, “Wah gila gemuk ko sekarang!” hehe… I like that. That level of frankness and honesty is the building blocks of our friendship. Tidak berselindung dan tidak kata belakang. Candor and openness. Not only honest in giving feedback, but also honest in receiving them.
Explanation: Bukan saya makin gemuk ya. Tetapi dulu saya kurus gila. I have lost a few kgs compared to last few months (just that in these 10 years, I have gained a LOT MORE kgs!). :p
To think of it, saya memang rapat dengan orang yang begitu. Saya rasa lebih open dan selamat. If something is wrong, they will tell me.
Flashback Bersama Kawan Lama
8. Dah tua rupanya kami. This is the first time someone close to me get married (walaupun bukan the last time, tapi tak risau sangat-maybe quite sometime for the next one to follow still. hehe).
9. Tema perbualan rakan-rakan dari Kuantan. Siapa sangka dan siapa percaya kalau 10 tahun dahulu ada orang kata pengantin lelaki akan jadi orang pertama kahwin di antara kami? And yet, the day came. 🙂
10. Banyak lagi perkara dibualkan dari malam semalam, menjingkit ke pagi dan seterusnya dalam perjalanan. Man to man, heart to heart, let that be a secret between us. Hope both of us learnt something, a mini-reflection of what we used to do during our school days 10 years ago.
To think of it, our banters during those day were what shaped me to be a rockstar debater in high school. Hope our chat today and yesterday will lead to an equally spectacular transformation for both of us.
Again, thank you for both mempelai for the opportunity to be your best man for the day. Its been a pleasure. May you live happily ever after.
Congratulations Fariz & Azura! 🙂
Best Regards
Sabri,