Adik saya bakal melangkah ke alam dewasa pada bila-bila masa sekarang (sebaik sahaja perangainya matang, sebab dari segi umur memang dah dewasa). Dan seorang lagi akan menurutinya dalam masa terdekat. Di samping itu saya melihat ramai rakan saya yang dapat memanfaatkan apa yang saya ingin tulis hari ini khususnya dan golongan profesional muda lain khususnya.
Mari kita bercakap mengenai wang. Mencarinya, menyimpannya, menggandakannya dan sedikit mengenai membelanjakannya. 🙂
Apa yang akan saya akan kongsi hari ini sedikit kontroversi dan ia 100% berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama ini. Ada yang tidak akan bersetuju. Anggaplah ini sebagai satu lagi pesanan saya untuk adik saya. Anda yang lain bebas untuk memilih untuk menerima atau menolak pandangan saya ini. Saya cuma ingin membantu anda dari membuat kesilapan yang mahal. 🙂
Semoga bermanfaat.
Saya Ada Sedikit Wang Lebih, Ke Mana Saya Patut Laburkan Wang Saya Untuk Mendapatkan Pulangan Yang Baik?
ASB. ASB. ASB.
ASB adalah instrumen pelaburan terbaik, konsisten dan stabil untuk bumiputera di Malaysia. Ia memberi sekita 7% dividen dan 3% bonus (purata 10% setahun). Mempunyai had maksimum pelaburan sebanyak RM 200,000 seorang. Penuhi dahulu sampai penuh had ini, baru pandang pelaburan lain.
Ia bukan sekadar pandangan saya, tetapi Azizi Ali (jutawan hartanah & pakar kewangan peribadi di Malaysia) turut memberi nasihat yang sama.
Jika anda ada sedikit wang, go for this. Kalau anda ada banyak wang, baru pandang instrumen pelaburan lain.
Buat Pinjaman Untuk Loan ASB. Pegawai Bank Tawarkan Pada Saya, Dia Cakap Untung.
Tidak perlu. Dan tidak seuntung mana.
Ketika di universiti, minor saya adalah financial management. Dan saya sudah kira secara matematiknya, verified, melakukan pinjaman ASB dari mana-mana bank seperti yang ditawarkan pegawai bank tidak seuntung mana. Confirm. Noktah.
Pegawai bank tersebut mungkin akan bermain dengan logik anda dengan ayat ini. Jika kita simpan sikit-sikit setiap bulan, dividen yang kita akan dapat dalam sikit-sikit juga. Memang lama-lama, simpanan kita bertambah tetapi terpaksa tunggu lama untuk menikmati dividen yang tinggi.
Tetapi apabila kita membuat pinjaman bank untuk melabur dalam ASB, kita akan menikmati dividen yang tinggi dari awal. (imagine dividen RM 100,000 dan RM 6,000 pada tahun pertama=nampak jauh berbeza bukan?).
Kali pertama saya mendengar argumen ini, saya pun terpesona. Duit percuma. Siapa tak nak?
Tetapi, secara kasar untuk memendekkan cerita, inilah senarionya:
1) Senario A: Simpan RM 500 tiap-tiap bulan selama 25 tahun, setelah 25 tahun anda akan ada dalam akaun sekurang-kurangnya, RM 379,494.23
2) Senario B: Ambil pinjaman RM 100,000 selama 25 tahun, setelah 25 tahun, paling banyak dalam akaun anda akan ada, RM 271,371.63
Jika anda lihat senario B, memang duit anda telah lebih dari double. Inilah yang pegawai bank tadi akan suruh anda tengok dan buat anda terpesona. Tetapi, faham satu perkara. Ia double bukanlah sebab bank tadi, dan bukan sebab anda pandai membuat keputusan pelaburan. Ia double sebab pegawai-pegawai Permodalan Nasional Berhad (PNB). Anda pinjam bank ke, tak ke, ia tetap akan double, at least.
Tetapi anda patut lihat kepada perbezaan hampir RM 100,000 di antara senario A dan senario B. RM 100,000 itu anda mungkin akan hilang jika anda salah menerima nasihat.
Banyak pegawai bank akan cuba meremehkan apa yang saya tulis ini jika anda suarakan pada mereka. Mereka ada macam-macam hujah, dan saya tidak dapat menyediakan anda dengan sepenuhnya supaya anda dapat bertanya soalan-soalan bijak kepada mereka, tetapi ingatlah satu perkara, dalam apa-apa transaksi kewangan sekalipun, bank tidak akan rugi. Bank akan pastikan mereka untung dulu sebelum anda.
Hujah terakhir, mereka akan berkata tak apalah bank untung. Asalkan anda pun untung juga. Betul, kalau untung tu berpatutan dan kita memang memerlukan pinjaman bank. Tetapi dalam kes pelaburan ASB, kita tidak perlu pun. Jadi ia sekadar seperti kita memberi sedekah RM 100,000 secara ansuran kepada bank.
Lebih baik anda beri sedekah kepada tu kepada orang miskin yang betul-betul perlu. Dengan RM 100,000 itu, berapa maahad tahfiz anda boleh tubuhkan. 🙂
Jika anda perlu lebih clarification, do your homework first and then only email me. I will be happy to explain in more details (but make sure you are mentally prepared to crunch more numbers). 🙂
Satu perkara tambahan yang anda perlu tahu, pinjaman ASB adalah satu bentuk pinjaman. Ia akan mengambil ruang “Credit Capacity” anda. Jika anda ingin membuat pinjaman dari bank (rumah, kereta, etc), salah satu kriteria yang akan diambil kira adalah “Credit Capacity” anda.
Biasanya Credit Capacity yang okay untuk bank adalah di antara 30%-50% dari gaji bulanan anda bergantung kepada profile anda.
Jika anda sudah membuat pinjaman ASB dan belum membuat pinjaman rumah, ada kemungkinan amaun maksimum untuk pinjaman rumah yang anda boleh ambil terhad selagi anda tidak membayar habis pinjaman ASB tersebut. Jadi orang bujang yang ingin membuat pinjaman ASB 6 angka, berhati-hati. Kira betul-betul.
Ada pengecualian tak?
Hanya satu. Jika anda memang jenis orang yang tak boleh simpan duit. Ada duit je, gerenti habis. Ada duit je, habis. Memang tidak boleh simpan langsung.
Kalau anda jenis orang macam ni, anda buatlah pinjaman bank. Walaupun rugi RM 100,000 dalam masa 25 tahun tetapi ia adalah satu cara paling murah untuk mendisiplinkan diri.
Bagaimana Pula Dengan Hartanah? Orang Kata Hartanah Tak Akan Turun Harga? Saya Hendak Beli Rumah dan Sewakan. Tiap-tiap Bulan Duit Sewa Masuk. Duit Sewa tu Saya Akan Gunakan Untuk Bayar Loan Bank. Jadi Saya Tidak Perlu Keluarkan Duit Langsung Tiap-tiap Bulan. Cuma downpayment sahaja.
Betul dan tidak.
Apa yang dikatakan itu betul. TETAPI ada satu perkara penting.
Jika ayat diatas diutarakan setelah anda membaca, belajar dan menganalisis betul-betul kenyataan di atas, anda betul. TETAPI, jika anda hanya mengulangi ayat tersebut kerana kawan anda bercakap mengenai hartanah dan anda rasa ia membuatkan anda nampak lebih cerdik, perenggan tersebut SALAH.
Saya tipu ke? Macam mana ayat yang sama tetapi diucapkan oleh orang yang berbeza jadi betul dan salah.
Begini. Hartanah ada banyak jenis. Ada rumah teres, apartment (yang murah), kondominium (yg mahal) dan hartanah komersil sebagai contoh. Ada yang freehold dan ada yang leasehold. Ada yang di jual dari developer dan ada yang dijual dalam secondary market.
Setiap hartanah mempunyai strateginya sendiri.
Ada jenis hartanah yang amat sesuai untuk anda beli untuk “capital appreciationnya”.
Ada jenis hartanah yang amat sesuai anda beli untuk “cash flow”nya (disewakan).
Salah beli, anda akan menanggung negatif cash flow (kadar bayar balik kepada bank lebih tinggi dari kadar sewaan). Jika negatif seratus dua ratus, tak apa lagi. Bagaimana kalau negatif sehingga RM 500-700? ~tidak mustahil DAN selalu terjadi.
Salah beli juga, anda terpaksa menunggu 25 tahun untuk hartanah anda naik harga RM 20K. Sanggup? (bayangkan dengan ASB dalam tempoh 25 tahun, wang anda meningkat 300%)
Jadi adakah hartanah tidak menguntungkan?
Bukan. Hartanah sangat menguntungkan. Kepada orang yang tahu apa yang dilakukannya. Hartanah ini seperti mesin gan. Anda boleh memburu dan menembak beberapa ekor rusa sekaligus, dan anda juga boleh menembak kepala anda sendiri sehingga berkecai.
Bagaimana untuk memastikan anda menembak rusa dan bukan kepala sendiri?
Dengan belajar menggunakannya.
A good start adalah denagn membaca buku-buku Azizi Ali.
Mahu tahu tips dan teknik yang saya gunakan secara lebih spesifik? Saya akan explain di bawah (cara saya).
Unit Trust? Kawan Saya Kata Unit Trust Untung Gila. Lagi Untung dari ASB.
Ini paling lucu sekali. Sekarang ini nasib baik ekonomi merosot, kebanyakan unit trust yang lama sedang rugi. Jadi ejen-ejen unit trust senyap sikit. Kalau tidak, mereka galak.
Beginilah saya kata. ASB pun adalah sejenis unit trust. Penuhkan ASB (200,000) dulu. Lepas tu baru pandang unit trust ni.
Strategi Pelaburan Saya (Cara Saya)
Saya berpegang kepada dua prinsip. Pertama, “opportunity of a life time comes every week” dan kedua, “Some of Your Best Investments are The One That You NEVER Take”.
Objektif/Overall Strategi Wealth Creation saya:
Untuk Mengumpulkan Kekayaan Dalam Tempoh Paling Cepat. Saya PUN tidak mahu sudah tua kerepot baru dapat pergi Paris, melancong ke seluruh dunia etc. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak mahu mengambil risiko terlalu besar. Saya tidak mahu put all egg in one basket. Saya mahu walau apapun terjadi, saya masih ada substantial amaun sebagai safety net.
Strategi Wealth Creation Saya:
Fundamental (Low Risk): ASB.
Semua income yang saya terima, saya akan tolak beberapa puluh percentage untuk dimasukkan ke dalam ASB.
Ini adalah safety net dan juga aset utama yang membina net worth saya. Ini adalah foundation.
Situasi sekarang: So far, so good. Performing very-very well.
Speculation (Medium Risk): Gold
Ada beberapa pendapatan once-off saya yang saya gunakan untuk membeli emas (setelah ditolak ASB). Ada spekulasi mengatakan harga emas akan berganda dalam tempoh beberapa tahun. Dengan keadaan ekonomi dunia yang kucar-kacir dan kadar inflasi semakin meningkat, emas dikatakan inflation-proof.
Saya tidak pasti apa yang dispekulasikan itu betul atau tidak. Tetapi saya rasa ia ada merit (saya tidak cadangkan untuk anda).
Kebetulan saya ada lebihan wang untuk dilaburkan. Dan saya mahu inflation proof pelaburan saya, just in case recession berpanjangan. Saya buat satu strategi di mana saya mula melabur dalam point yang saya mahu, dan saya akan keluar (jual pelaburan ini) dalam point-point yang saya telah tetapkan dalam strategi saya. Saya juga tidak akan terpengaruh dengan emosi dan membuat pelaburan tambahan kecuali atas merit yang betul-betul kukuh.\
Saya menanti 2012 untuk melihat sama ada keputusan saya untuk melabur dalam emas ini betul atau tidak.
Situasi sekarang: Just okay, 2-5% capital appreciation.
Opportunistic (Medium Risk): Stock.
Saya melabur dalam saham sekadar untuk belajar. Transaksi saya yang pertama, untung gila. Tetapi portfolio saya bantut dan mengecut selama dua tahun. Awal tahun ini, ia recover. Selepas itu saya trauma sekejap sebelum saya revamp kembali portfolio dan strategi pelaburan saya.
Saya tidak akan tambah pelaburan saham lagi. Apa yang ada sekarang, itulah yang saya akan gunakan. Saya masuk dan keluar pasaran dengan tidak berapa berdisiplin. Saya ada beberapa target yang sederhana untuk dicapai dengan portfolio saya ini.
Situasi sekarang: Just okay. 2-5%, dividen+capital appreciation.
Accelaration (High Risk) : Business
Saya terlibat dalam beberapa perniagaan sendiri (bukan MLM dsbnya). Ini adalah syarikat saya/partner saya dan kami membangunkannya. Sangat best dan menyeronokkan.
Tetapi bukan untuk semua orang. Ingatlah, high risk, high return.
Saya pernah menjana 5 angka dalam masa yang amat sekejap, dan juga “burn” 5 angka dalam masa yang amat sekejap juga (4 bulan sahaja). But it is fulfilling dan menyeronokkan. Selain satu-satunya cara yang kredible untuk menjana kekayaan dalam masa yang singkat.
Jadi, inilah strategi saya dan inilah portfolio saya. Diharapkan anda dapat belajar sesuatu.
Kenapa saya tidak melabur dalam hartanah?
Saya hendak. Dan saya sedang mencari-cari hartanah pertama saya. Saya ada target price dan target location. Saya tidak akan membayar lebih dari apa yang saya target itu. Saya tidak akan beli hartanah sekadar untuk beli. Selagi saya tidak berjumpa dengan hartanah yang saya cari, saya tidak akan melibatkan diri.
Last but not least, pelaburan yang paling baik adalah pelaburan dalam diri anda. Jadi melaburlah untuk memandaikan diri anda dahulu. Selepas itu, baru melabur dalam pelaburan-pelaburan lain.
Good luck!
Sabri
p/s: Satu lagi perkara penting. The more you give, the more you will receive. Jangan lupa banyakkan memberi. Mulakan dengan membayar zakat pendapatan (bukan sahaja zakat fitrah time raya!). Zakat pendapatan dipotong dari gaji anda. Hubungi HR di tempat anda untuk membuat potongan setiap bulan. Ia dikecualikan dari cukai.
Saya belajar satu perkara dari mentor saya dan it works so far for me. Jangan bayar zakat pada nilai pendapatan anda sekarang, tetapi bayarlah zakat tersebut pada nilai pendapatan yang anda mahu capai 2 tahun dari sekarang. Saya dapati banyak urusan saya dipermudahkan dan belum pun sampai 2 tahun, saya betul-betul telah mencapai nilai target saya itu. Cuba try! 🙂
saudara sabri,
“Buat Pinjaman Untuk Loan ASB. Pegawai Bank Tawarkan Pada Saya, Dia Cakap Untung.”
contohnya saya membuat pinjaman bank utk pelaburan asb rm50,000 dgn bayaran bulanan 290 sebulan. lepas 3 tahun saya jual balik saham tu. dlm 3 tahun jumlah divident yang saya dapat dalam rm10,500 (cthnya div 7%). lepas tolak interest bank, simpanan sendiri yang saya dapat balik adalah dlm rm166*12*3=5976. so total dlm rm16,476. duit tu akan saya jadikan modal untuk teruskan pelaburan asb tanpa pinjaman bank dengan simpanan sendiri setiap bulan. pada pandangan saudara, adakah pilihan saya betul atau salah?
Saudara Hold,
Sebelum saya provide detail, ada dua perkara yang universal:
1) Jika kita tidak boleh menyimpan manual, gunalah cara loan ASB tu. Ia lebih baik dari duit habis tiap-tiap bulan tak tahu kemana.
2) Kedua, kalau kita ada plan dan diakhirnya plan kita tu bagi benefit kepada kita, go ahead. Asalkan jangan ikut orang sahaja atau tak buat apa2 sudah. Kalau En ada plan, buat.
Saya tak jelas mengenai bahagian kedua soalan En tu (RM 166…)
Tetapi dari kiraan kasar saya En tak rugi. Jadi tak perlu bimbang. 🙂
Good luck!
Sabri
thx for the reply. saya tgk blog sabri ni byk petua2 kewangan yg agak menarik. teruskan dengan usaha saudara. cheers 😀
Dari segi calculationnya memang betul rugi kalau ambil pinjaman ASB. Tetapi kalau kita didedahkan ke bidang psikologi, pinjaman lebih baik kerana kita lebih terpaksa membayar, wang boleh dikatakan seperti sudah diterima, pengalaman saya yang sukar untuk komited untuk monthly payment, coverage insurans dll. Saya buat dua2 strategi. Dan bagi saya, setakat ini kedua2 strategi berjalan lancar. Pelaburan hartanah sekiranya tepat memang menguntungkan terutamanya di bandar2 besar.
sy sgt tertarik dgn pembayaran zakat dgn nilai pendapatan impian 2 tahun dari sekarang.. mcm sedekah dimasukkan dlm zakat.
byk buku, byk seminar ttg kaya atau rezeki akan suruh kita buat sedekah atau charity.. you earn more when you give.