Saya berbual dengan rakan saya semalam apabila saya menyedari umur saya sudah pun 25 tahun. Tahun depan, umur saya akan menjengah 26 tahun. Saya baru sedar saya sudah semakin tua. Ini bermakna, adik perempuan saya yang kedua, Sabriza juga semakin tua. 23 menjengah 24. Jika saya tidak kira umur saya sendiri, sudah pastinya saya tidak sedar yang Sabriza telah berada di pertengahan 20an. Ya, jika berdasarkan kepada komunikasi kami saban hari, saya masih ingat dia 16 tahun! :p (whether that supposed to be good or bad, I leave it to your imagination)
That’s mean in a year or two or three, there will be another person joining the family. My brother in law. So sebagai abang/bakal abang ipar yang baik, saya akan senaraikan di sini pesanan- pesanan dari seorang abang kepada adik perempuannya.
(Note: I call my younger sister, Kakak)
Let’s start with the hardest one.
Memilih Calon Suami
A lot has been said about this. A lot of people has given their opinions. As much as we want a perfect soul mate, we have to accept the fact that nobody is perfect. However, having said that it does not mean we should not try to be perfect ourselves. Anything lesser than that means you have not matured enough. Dan betul, jangan terkejut. Memang ramai orang yang berumur 30 an, anak berderet macam anak kucing pun belum matang lagi dalam hal ini.
Dari banyak-banyak kriteria yang telah disenaraikan oleh orang, abang rasa the most important one is; Sekufu
Ini yang akan menentukan sama ada dia boleh diajak balik kampung tidur di rumah emak ataupun lebih selesa tinggal di hotel kalau balik Kuantan.
Ini yang akan menentukan sama ada dia akan dapat “masuk” dalam keluarga kita atau tidak.
Ini juga yang akan menentukan sama ada kakak akan masih dapat menjadi anak yang diharapkan emak dan ayah atau tidak sepuluh tahun akan datang.
Dan yang lebih penting, inilah faktor yang akan menentukan sama ada kakak dan dia dapat menyesuaikan diri dengan keluarga dia nanti atau tidak.
Ayah adalah pemandu teksi dan emak kerani. Kita dulu sekolah rendah dah mesin kelapa, belah ikan bilis dan potong lada kering berkilo-kilo sehari. Walaupun sekarang abang (tulis apa yang sepatutnya di sini-Ummairah kata tak baik riak) dan kakak lulusan oversea, ingat ada jurang perbezaan yang sangat ketara dengan peers kita yang mempunyai orang gaji sendiri di rumah mereka.
Tidak ada siapa yang boleh claim mereka lebih baik. Baik anak pemandu teksi ataupun anak doktor. Kerana pada hari ini kita sama dan setara dengan peers kita.
Namun, hakikatnya kita dibesarkan dengan budaya berbeza.
Sekufu bukan hanya terhad kepada latar belakang keluarga, tetapi juga kepada tahap agama, pendidikan dan harta (sendiri bukan parents punya). Carilah yang boleh makan sambal belacan, masak lemak, tomyam emak (yang tak pedas tu) dan juga singgang kegemaran ayah.
Bolehkah kakak memilih orang yang tidak sekufu?
Boleh, just bear this difference in mind. Dan reviewlah balik pengalaman sepupu-sepupu kita dan make the best decision for yourself.
A Short Lesson On Cinta
Love is something that you do onto yourself. Cinta bukanlah butterflies in your stomach as the fairy tale says. Cinta datang bila orang yang kononnya kita “cintai” tidak berapa di depan kita. Kita membayangkan yang indah-indah belaka, betapa sempurnanya si dia, betapa baiknya si dia ketika dia tiada di depan kita.
Kita mencintai “angan-angan si dia” yang kita cipta sendiri dalam fikiran.
Itu hakikat cinta. Bullshit kepada myths yang sering dimomokkan dalam cerekarama, filem Hollywood dan filem Hindustan.
Ketahui hakikat ini dan gunakan kesedaran ini untuk mengawal dan membuat keputusan terbaik untuk diri kakak.
Something for you to ponder on
- Carilah lelaki yang baik. Lelaki yang baik dan setia sekarang ni susah nak cari. Btw, jiran rumah kita PUN kahwin dua tau. Call emak for full story. Siapa sangka kan? Jangan sia-siakan lelaki yang baik when you have found one.
- Jangan pilih suami sebab status. Status is temporary. Kita yang nak kahwin. Bukan kawan-kawan kita. Jadi pilih suami untuk diri sendiri. Jangan pilih suami untuk kawan-kawan kita. Means seseorang itu mesti seseorang yang kita senangi untuk diri kita sendiri, bukan yang kawan-kawan kita senangi semata-mata. Oh, the same goes to family. Pilih orang yang kita suka. Bukan orang yang family kita suka. (just bear in mind, restu tu penting)
- Extra mark kalau lelaki tu ada wawasan dan boleh ditumpang. Lelaki macam ni lagi-lagilah limited editionnya.
- Lelaki yang boleh bersabar dengan mood kakak tu.
- Jangan kahwin sebab desperate. Biarlah umur 30 pun tak kahwin. Kahwin hanya bila jumpa lelaki yang matang + baik + sesuai.
Permintaan Abang
Abang tak kisah sangat siapa kakak pilih. Tetapi kalau boleh, tolong pastikan dia bukan penonton Cerekarama dan Nur Kasih. Kalau boleh juga, abang harap sangat kereta dia bukan kereta Vios. Lagi bagus kalau downpayment kereta dia bayar sendiri dan bukan parents dia bayarkan.
Oh ya, dari apa yang abang tengok kawan-kawan kakak tak ada yang macam ni, tetapi kalaulah dapat mesti bagus:
Boleh diharap untuk tebang pokok depan rumah macam Ummar (senang sikit kalau ada dua orang suruhan kan… haha), ataupun seseorang yang boleh layan ayah berborak ketika Ummar tebang pokok. Seriusly, kalau dia dapat buat ayah seronok berbual dengan dia pun dah kira bagus sangat dah (dengan syarat dia bukan satu kepala dengan ayah lah!).
Good Luck!
Sabri
p/s: Untuk bacaan tambahan, recommended : Giving 100% or Just Keeping Score