Saat ini saya sedang berada di sisi katil emak. Emak baru lepas menjalani pembedahan membuang kelenjar tiroidnya. Malam ini dan malam besok saya akan menemani emak di hospital.
Dalam hidup keluarga kami, emak adalah tonggaknya. Ayah selalu dimanjakan tok, jadi ayah mempunyai semangat yang rendah sedikit. Tetapi tidak emak. Jika perlu berenang tujuh lautan sekalipun supaya anak-anaknya pandai, saya yakin beliau akan melakukannya.
Dulu emak bangun jam empat pagi setiap hari untuk membuat nasi lemak. Selepas itu jam 8 hingga 5 beliau akan pejabat. Pulang dari pejabat beliau akan memasak Dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi lemak keesokan harinya. Begitulah setianya emak kepada ayah Dan dedikasi emak kepada keluarga.
Saya tidak bercadang untuk hidup Dalam kehidupan yang telah emak lalui. Saya tahu saya mungkin tidak setabah emak. Namun, saya sangat bersyukur jika dikurniakan seorang isteri setabah dan sesetia emak. Ada perempuan yang tidak sanggup pun mendengar kisah emak kerana sangkakan saya mahu hidup begitu. Semoga saya dijauhkan Dari perempuan demikian.
Apabila emak sihat, emak dirasakan seperti boleh membengkokkan besi dengan semangatnya sahaja. Namun apabila emak terlantar, semangatnya sirna. Hati saya dirundung sayu. Saya hanya mampu menggosok tangan emak memberi kekuatan sambil berdoa kepada Tuhan agar Dia cepat-cepat mengembalikan kekuatan dan kesihatan emak.
Saya mungkin tidak mampu memanjakan emak seperti mana emak memanjakan saya. Maafkan ayie mak. Tetapi ayie harap mak boleh merasai kehadiran ayie, tabah dan cepat pulih. Ayie harap sebagaimana emak mengajar kami menahan sakit supaya cepat pulih, emak juga dapat lakukan.
Dalam tempoh 2 tahun ini, saya lebih rapat dengan emak dan keluarga. Setiap bulan saya akan pulang ke kampung, adakalanya beberapa kali. Saya juga dapat merasakan kehangatan dan kemesraan berada bersama keluaga itu.
Ia tidak selalunya begitu. 3 tahun lepas saya diberi amaran pertama. Emak dimasukkan ke hospital kerana denggi yang kronik. Saya sangkakan emak demam biasa sahaja, biasanya emak masih boleh bekerja kuat. Itu pengalaman pertama saya melihat emak terlantar.
Walaupun telah pernah menonton tv, membaca buku motivasi mengenainya sebelum ini, perasaan apabila melihat sendiri kesakitan emak tidak apa yang dapat menyediakan saya untuk menghadapinya. Namun Tuhan masih sayangkan kami sekeluarga. Emak pulih dalam masa hampir sebulan.
Saya yang terpana ketika emak sakit rupanya cuma insaf sekejap. Setelah beberapa bulan, saya renggang semula.
Setahun selepas itu saya diberi amaran kedua. Hubungan cinta yang saya bina selama 3 tahun lebih sebelum itu musnah tanpa kerelaan saya. Emak dan keluarga saya menjadi sumber kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan hidup.
Sejak itu saya benar-benar insaf. Saya menjadi lebih rapat dengan keluarga dan emak. Benar-benar rapat. Di dalam hati saya, saya sering mengesyaki yang hikmah disebalik perpisahan saya sebenarnya adalah kerana Allah mahu saya lebih menghargai dan rapat dengan keluara. Message understood ya Allah.
Walaupun saya tidak suka mengorbankan mana-mana orang yang saya sayang untuk orang lain yang saya sayang, saya tidak percaya pada konsep begitu. Saya percaya we can have our cake and eat it too. Namun dalam kes ini jika itulah sebabnya maka saya redha. It’s painful but well worth it.
Namun 2 tahun selepas itu, emak ke hospital lagi. Sekarang. Saya rasa Allah mahu memberitahu saya bukanlah saya berpisah kerana Allah mahu saya memahami kepentingan keluarga. Bertemu dan berpisah adalah kehendak dan akibat dari perbuatan manusia. Sebaliknya Dia mahu memberi saya peluang berbakti kepada emak dan supaya emak dapat merasakan kasih sayang anaknya pula tanpa perlu ada sad ending. 🙂
Saya yakin emak akan pulih. Dari saya mula menulis sehingga apabila saya habis ini, ukuran darah emak sudah dua kali diambil (pkl 10 & 12 mlm. Nurse ini pun, tidak ada masa lainkah. Emak nak tidur, emak makin pening jika tidurnya diganggu).
Tekanan darah emak normal. Cuma emak kerap terbangun. Satu sebab nurse sering menggangu tidur emak. Namun selepas ini Nurse tadi mengatakan waktu ubat seterusnya adalah jam 8 pagi. Saya harap emak dapat tidur dengan dengan aman dan nyenyak selepas ini.
Ya Allah, kuatkanlah semangat emak menghadapi ujianMu dan pulihkanlah kesihatannya semula secepat mungkin. Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang.
ada satu supplement yg emak saya ambil, dan abang ipar sy ambil ketika dlm ICU baru ni..alhamdulillah supplement tu banyak membatu.. cuba Kington drpd Elken.. mcm isotonik. Cari di Google, tentu sabri jumpa nanti.
semoga cepat2 sembuh. ameen.