Pada mulanya saya bukanlah orang yang minat sangat bola sepak. Bahkan boleh cakap pengetahuan mengenai bola dan pemain bola tu, negatiflah. Bukan setakat zero lagi. Namun sejak saya memulakan perniagaan pertama, menjual jersi bola sepak, sejak itu saya bukan sahaja kenal dengan nama-nama player, tetapi juga bertambah minat kepada sukan tersebut.
Tetapi tidaklah sampai tahap “demam” atau gila bola. Di suruh memilih World Cup atau masa tidur yang mencukupi, saya masih memilih masa tidur yang mencukupi. Cuma yang bestnya memandangkan World Cup kali ini timingnya agak okay (7.30 malam, 10 malam dan 2.30 pagi), saya tidak ketinggalan menonton dalam 30 minit-45 minit setiap hari.
Jadi, siapakah team pilihan saya untuk memenangi World Cup? 🙂
Team pilihan saya adalah England (walaupun saya tahu, England boleh tersingkir malam ini).
Sesetengah orang memilih pasukan untuk disokong dari banyak kriteria. Saya dalam bab-bab seperti ini lebih cenderung untuk menggunakan emosi. Saya menyokong England sebab England adalah underdog dan bukan pasukan pilihan. Benar England mempunyai ramai pemain bintang dan berkebolehan, tetapi biasanya dalam temasya bola sepak besar-besar, England sering menghampakan.
Dari saya kecil sekadar mengenal Eric Cantona (pemain Perancis yang bermain dengan MU) sehingga zaman Beckham, kemudiannya C. Ronaldo (Portugal) dan sekarang Rooney, England memang tidak berapa boleh diharap. Harapan menggunung diletakkan peminat, tetapi mereka tidak deliver.
Penyakit yang seakan-akan sama yang dihidapi oleh pemain badminton Malaysia. :p
Sehingga mungkin ada sesetengah peminat give-up dengan mereka.
Bagi saya pula, saya memang ada “soft spot” untuk underdog ini. Tambahan pula saya yakin yang pasukan England ini tahu mereka boleh buat, cuma walaupun telah mencuba banyak kali, tetapi seringkali kandas. Mereka pun tak tahu kenapa.
I can relate to them. And for this reason and this reason alone, England have my moral support! (Ya, saya memang bias) :p
Go England Go!
Sabri
1 thought on “Demam World Cup”