Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah. Pertama saya sering dapat rasakan bila saya akan menang cabutan bertuah (adik saya pun ada cakap yang dalam ahli keluarga kami,saya yang paling selalu menang cabutan bertuah) dan kedua saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang hebat, sebahagiannya menjadi rakan-rakan saya yang sangat baik.
Untuk menyebut nama rakan-rakan saya ini satu persatu, memang tak habis. Ada yang saya telah kenali sejak di bangku sekolah! Jasa-jasa mereka ini tidak mampu saya balas dan ucapkan terima kasih. Ada yang sudah saya tidak jumpa sehingga sepuluh tahun tetapi mereka masih memikirkan (mengambil berat) saya. Ada juga dikalangan rakan-rakan saya yang begitu sabar dan memahami saya, walaupun kadang-kadang permintaan saya kebudak-budakan dan tidak masuk akal. Itu sahabat-sahabat saya yang lama. Kami membesar bersama-sama dan mereka banyak membantu perubahan dalam diri saya yang dulunya pendiam kepada seorang yang banyak cakap (mungkin mereka menyesal sikit dalam hal ini). :p
Kawan-kawan baru saya pun tidak kurang hebatnya. Mereka berperibadi hebat, amat memahami dan pandai pula membawa diri.
Sahabat-sahabat, jasa kalian tidak mungkin dapat saya balas. Terima kasih kerana sudi menyertai dan mengajar saya erti makna hidup ini. Semoga Tuhan memberkati dan mengurniakan sebanyak mungkin kebahagiaan dalam hidup kalian. 🙂
PESANAN EMAK SAYA
Dalam banyak-banyak pesanan emak saya, Ada satu pesanan beliau yang universal betulnya dan saya Cuba sedaya upaya saya untuk mengikutinya. Emak saya sering berpesan, mudahkan kerja orang, Tuhan akan mudahkan kerja kita. Which is very true.
Sebab itu biasanya jika orang meminta tolong saya atau jika saya melihat ada orang yang saya boleh permudahkan kerjanya, saya akan cuba. Tuhan sentiasa ada caranya sendiri untuk membalas perbuatan baik kita.
Tetapi jangan pula kita membantu orang lain dengan harapan supaya satu hari nanti kita Akan di bantu. Tidak semestinya bantuan tersebut Akan datang dari orang yang kita Bantu, tetapi mungkin juga datang dari orang yang tidak kita kenali. Jadi ikhlaskan diri.
Dalam banyak-banyak pertolongan yang kita boleh beri, pertolongan paling mudah dan cepat memberi kepuasan kepada kita yang saya rasa kita boleh beri adalah dengan menggembirakan orang lain. Di samping menggembirakan orang lain secara tidak langsung kita Akan turut menggembirakan diri kita sendiri. Saya paling suka melakukannya di waktu pagi. Ketika di LRT kebanyakan manusia tidak senyum dan kelihatan stress sahaja. Mungkin sebab kena pergi kerja kot. Jadi saya Akan cari seorang dua yang nampak macam memerlukan kegembiraan untuk disenyumkan. Lepas diorang dah balas balik senyuman tu, oklah tu. Jika anda observe baik-baik anda Akan lihat yang mamat or minah tersebut Akan tersenyum selepas itu (selepas 15 saat, jika dia jual mahal). Tapi ingat, tersenyum bukan tersengih! 🙂
Satu quote menarik yang saya jumpa mengenai perkara ini adalah;
“Love someone when they least deserve it because that’s when they need it the most.”
(bersambung sehari dua nanti)