Sejak minggu lepas sehingga semalam, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut apa yang berlaku. 🙂 Sementara itu saya ingin brief anda dengan rupa terbaru blog ini.
Design Baru Blog Ini
Saya suka dengan design baru ini, walaupun kalau boleh saya mahu design yang completelah berbeza, yang lebih natural dan bertemakan alam semulajadi. Namun disebabkan banyak tweak yang telah saya lakukan kepada template sebelum ini, kebanyakan template lain tidak sesuai dengan perubahan tersebut. Jadi, template dengan latar belakang rumput hijau ini yang menjadi pilihan saya.
Saya pilih alam semulajadi dan kehijauan sebagai tema kerana saya mahu lebih grounded, going forward. Lebih membumi dalam Bahasa Melayunya. Jangan salah sangka, sebelum ini pun saya jenis orang yang praktikal, sentiasa berpijak di bumi nyata. Namun kali ini saya bukan sahaja berpijak di bumi nyata, tetapi pada masa yang sama menikmati sepenuhnya perkara-perkara mudah yang ada di bumi ini.
Latar belakang awan pula menunjukkan bahawa walaupun saya mahu lebih membumi, tetapi saya masih tidak hilang aspirasi dan cita-cita saya yang melangit tinggi. Menjadi rapat dengan alam semulajadi dan bumi tidak bermaksud mengorbankan cita-cita. Langit dan awan juga adalah sebahagian dari alam, sama darjahnya dengan rumput di bumi.
Kita boleh berjaya mencapai awan, dan pada masa yang sama hidup bahagia dengan rumput di bumi. Itu yang saya ingin buktikan dan lalui.
Emak Saya Sudah Pulih!
Yay! Walaupun saya sudah beritahu sebelum ini, tetapi saya mahu beritahu sekali lagi di sini. 🙂 Lega dan bersyukurnya saya emak sudah pulih seperti biasa. Emak tidak lagi sakit-sakit dan lemah-lemah. Apabila emak memberitahu saya beliau geram kerana tidak dapat menjerit seperti sebelum operation, I know that my old mom, the iron lady is back! hehe…
Walaupun emak saya garang dan waktu kecil-kecil dulu selalu rasa seperti hendak lari dari rumah, saya lebih suka beliau garang dari tak garang. :p
Emak juga kata saya mewarisi kegarangan dari beliau. Ketika di hospital saya “menghalau” pelawat-pelawat yang tak faham-faham emak perlu berehat sepenuhnya. Walaupun pelawat tersebut adalah bapa kepada bos emak. Tidak hairanlah emak mendapat lebih banyak pelawat ketika saya balik rumah sekejap dari ketika saya berada di sana.
Saya memang tak kisah. Hanya ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan emak sejak muda sahaja yang saya benarkan duduk lama-lama, sebab saya tahu emak gembira mereka datang dan dapat berbual-bual. Jika kenalan-kenalan yang baru ataupun yang tidak dikenalkan kepada saya sekurang-kurangnya 10 tahun yang lepas, memang saya tidak suka berlama-lama melawat emak. Saya juga menutup handphone emak supaya emak tidak perlu bercakap banyak-banyak. Bahkan adik-adik saya pun saya tak benarkan call emak pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan.
Ya, saya memang garang dan tegas. Saya memang sangat garang. Dan sesungguhnya saya tidak kisah menjadi garang. Dulu, sekarang atau bila-bila sekali pun saya memang tidak kisah menjadi garang. Tak luak pun. Tetapi saya tidaklah tengking. Saya cuma beritahu mereka supaya berborak di luar sebab emak hendak tidur (lawat emak, tetapi berborak sesama sendiri).
Lebih baik menjadi garang dari emak hilang suara kelak (ataupun lambat pulih).
Pertukaran Kerjaya
Syarikat tempat saya bekerja sekarang banyak membantu saya berkembang dari segala segi. Sayu untuk saya meninggalkannya namun pada masa yang sama saya teruja dengan pengalaman dan pengembaraan baru yang saya akan alami.
Saya sekarang ini seolah-olah seperti pelajar tadika yang akan masuk darjah satu. Takut tetapi excited juga.
Sepatutnya saya bermula esok (16 April), tetapi saya menangguhkannya sebulan. Saya mahu memastikan semua tugas-tugas saya diserahkan kepada ahli pasukan saya dengan tertib dan teratur dan pasukan saya bersedia sepenuhnya apabila saya tiada kelak.
Walaupun pada mulanya, bahkan sehingga kira-kira sebulan yang lepas saya tidak enthusiastic dengan pertukaran ini tetapi saya menyedari bahawa ramai manusia di luar sana yang berebut-rebut untuk berada di tempat saya membuatkan saya bersyukur. Saya mengubah fikiran. Saya ingin berjaya di sini bagi pihak mereka di luar sana yang tidak berpeluang untuk mengecapi apa yang saya akan kecapi. Saya benar-benar ingin berjaya bagi pihak mereka. Bila saya katakan saya mahu “membumi”, inilah yang saya maksudkan.
Sebenarnya saya tidak akan mendapat banyak dari pertukaran kerjaya ini dari segi gaji, kebebasan dan kepuasan bekerja. Syarikat saya yang sekarang ini sudah agak best dan memang sudah dapat menandingi P*t**s jika tidak lebih baik. Cuma di P*t**s saya lebih teruja kerana saya akan lebih berpeluang untuk berjumpa lebih ramai orang (Para skeptik akan membacanya sebagai peluang mencari isteri..hehe). Tetapi harus diingat, dalam surat tawaran saya memang sudah siap-siap tertulis saya tidak boleh berkahwin dengan rakan sejawat! Adusss! 🙂
Dan saya tahu, ibu bapa saya sebenarnya suka saya menerima tawaran ini. Walaupun mereka tidak cakap, tetapi saya tahu dan saya dapat rasakan. Jadi biarlah mereka gembira kejap, manalah tahu mereka dengan ini akan termotivasi untuk mencari calon menantu seperti yang saya ingini. :p (oops!)
Here to all the great people I will be meeting! 🙂
Oh dan walaupun saya akan bertukar tempat kerja, namun cita-cita keusahawanan dan perniagaan saya tidak akan padam sama sekali. Saya mempunyai cita-cita yang luar biasa yang memerlukan saya membuat sesuatu di luar kebiasaan. Sekadar mempunyai sebuah perniagaan bukanlah cita-cita saya. Saya sudah boleh dan telah melakukannya sejak bertahun-tahun dahulu. Saya mahu perniagaan saya menjadi satu legasi saya. Jadi saya perlu bertindak sewajarnya dan inilah langkah-langkah saya dalam merealisasikannya. 🙂
Percutian 2 Minggu
Saya rasa seperti hot stuff. 🙂 Dari semester akhir saya di UTP sehinggalah sekarang, saya tidak pernah tidak terikat. Hari Khamis kertas peperiksaan terakhir saya, hari Isnin saya sudah mulakan sesi internship saya. Di bulan kedua dalam tempoh tersebut, saya telah menjadi the highest paid intern in the country dan bulan ketiga sesi praktikal saya, saya telah dianggap sebagai staff dan dibayar seperti mana seorang pekerja tetap setara di (multi national companies) MNC lain.
Ketika pensyarah saya datang untuk pembentangan, saya telah pun mempunyai pasukan saya sendiri. Habis tempoh praktikal 8 bulan saya terus bekerja seperti biasa. Sehinggalah sekarang.
Bahkan jika boleh, sekarang P*t**s mahu saya bermula secepat mungkin, esok.
Tetapi saya rasa saya mahu berehat seketika. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Sebab itulah saya memohon untuk hanya melapor diri pada pertengahan Mei. Saya belum memutuskan untuk ke mana dan bagaimana. Tetapi saya dapat membayangkan yang saya mahu ke pantai. Pantai yang mana, belum pasti. Target saya adalah untuk habis menulis 2 buah buku (menulis adalah terapi saya). Salah satunya adalah “mini” autobiografi saya. hehe… 🙂
Aspirasi Hidup Saya Yang Baru
Ramai manusia berubah setelah mengalami pengalaman menghampiri kematian. Mereka digoncang untuk menilai kembali prioriti dalam hidup mereka. Yang mana yang penting.
Walaupun saya tidaklah mengalami pengalaman “mati hidup kembali”, sepanjang minggu lepas saya berpeluang untuk menilai kembali prioriti hidup saya. Lebih-lebih lagi setelah menonton sebuah filem “Dave” (kisah seorang orang biasa berpeluang menjadi presiden US). Beliau ditanya, “If you can still be president for another day, what you will do”. Dan “Dave” menceritakan cita-citanya.
Saya menjadi excited dan dapat relate dengan “Dave”.
Saya juga mendapat “hidup baru” dan bermula dari situlah saya menanam azam untuk hidup “membumi”. Hidup dengan penuh makna bagi pihak mereka yang tidak berpeluang berada di tempat saya.
Saya rasa itu sahaja update dari saya, semoga hidup anda juga penuh makna! 🙂
Sabri