Jika untuk teater Erma Fatima yang lepas, Tahajud Cinta saya memberinya markah cukup makan untuk lulus sahaja, teater terbaru beliau, Natrah saya boleh berikan A. Housemate saya lebih kritikal dengan mengatakan PGL tetap berkali-kali ganda lebih baik dari Natrah tetapi memandangkan saya tidak berkesempatan menonton PGL lagi, jadi Natrah boleh saya katakan antara teater yang terbaik pernah saya tonton.
Ada beberapa babak yang tidak perlu dan ada beberapa perkara boleh diperbaiki, tetapi secara keseluruhannya, satu comeback yang cemerlang. Tetapi sudah tentulah, apabila saya katakan ia teater A, ia tidak setanding dengan filem kelas A. Teater genre yang sangat berbeza. Sebelum anda menonton, atau jika anda tidak tahu siapa Natrah, anda boleh baca di sini.
Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang amat produktif dan positif untuk saya. Selain menonton teater, saya juga mengecat rumah dengan Ummar dan seorang housemate saya. Baru saya tahu, mengecat tidak semudah kita melihat apabila orang melakukannya. 🙂
Lenguh juga tangan dan leher (mendongak untuk mengecat siling), namun worth it juga apabila siap. Kami berjaya mengecat sebuah bilik dan dapur rumah. Saya lupa bila kali terakhir saya mengecat (macam ada), tetapi ini kali pertama saya mengecat dengan bertanggungjawab (tiada siapa yang akan siapkan jika saya berhenti). Fuh, berat juga jadi orang dewasa ini. 🙂
Hujung minggu depan, kemungkinan saya akan mengecat juga. Tidak pasti lagi, bergantung sama ada housemate saya mahu biliknya di cat juga. Tetapi yang pasti pagi 12hb saya akan menyertai rakan pejabat saya ke Sky Trax! Pusat aktiviti luar untuk aktiviti separa extreme! 🙂
Happy Monday!
Sabri