Update 2016: Manifesto 24 sama sekali berbeza dengan Manifesto 30. Saya maklum tulisan di bawah ditulis ketika saya berusia 24 tahun, darah muda. Belum matang. Saya mengekalkannya cuma sebagai rekod mengenai apa yang saya fikirkan ketika itu. Cuma, ini bukan lagi manifesto hidup saya yang terkini
_______________________
Hari ini genap 24 tahun sejak saya kali pertama bernafas di dunia ini. Sudah setahun juga secara “rasmi” saya hidup sebagai seorang dewasa. Jadi hari ini saya ingin berkongsi salah satu matlamat jangka panjang hidup saya. My higher purpose orang kata.
Soalan buat matlamat ini biasanya dikatakan begini. Jika saya mempunyai segalanya, apakah yang saya akan lakukan sehari-hari (apabila wang tidak perlu lagi menjadi ukuran) dan apakah legasi yang ingin saya tinggalkan.
Apakah satu sumbangan “life-changing” yang ingin saya tinggalkan kepada masyarakat supaya masayarakat menjadi lebih baik selepas ketiadaan saya.
Ada orang ingin meninggalkan legasi sebagai usahawan ulung, sebagai pengembara ulung, sebagai orang yang menghapuskan kemiskinan, sebagai orang yang membiayai penemuan ubat untuk AIDS itu dalam skala global.
Dalam skala tempatan, anda boleh melihat Tun Razak dengan pemampanan ekonomi Bumiputera, Tun Mahathir dengan pemodenan Malaysia, Dr Jamilah dengan Mercy Malaysia, Marina Mahathir dengan AIDS, Farid Ariffin dengan MAKNA, Dr Asri dengan gerakan pembaharuan (tajdid) minda, Dr Fadzillah Kamsah memperkenalkan motivasi kepada massa dan banyak lagi tokoh yang sumbangan mereka menjadikan negara kita selangkah lebih baik dari sebelumnya.
Mungkin ada di antara mereka yang tidak sempurna, dan ada di antara mereka yang mempunyai pengkritik masing-masing. Begitu juga saya, saya mempunyai kelemahan dan saya tidak kisah apa yang orang ingin perkatakan kepada saya mengenai perubahan yang ingin saya katakan. Setuju ataupun tidak bersetuju, ia tetap sesuatu yang ingin saya lakukan.
At the end of the day, adakah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik dengan sumbangan mereka yang saya sebutkan tadi?
Ya.
Dan itulah cita-cita saya.
Apakah visi hidup saya?
(*ini ditulis ketika saya berumur 24 tahun, banyak kemungkinan ia akan berubah dalam jangka masa panjang. Namun dalam jangka mangsa pendek mungkin tidak kerana saya telah memikirnya agak lama)
Ini dia:
Saya ingin membawa pendidikan cinta kepada setiap rakyat Malaysia
Kenapa cinta?
Sebab saya dapati kita tidak didedahkan dengan budaya cinta yang betul. Majoriti masyarakat kita menganggap perkara ini akan datang sendiri dan langsung tidak berbicara mengenainya. Banyak juga manusia yang merana kerananya (salah buat pilihan, dikecewakan tanpa sebab dan sebagainya). Ada yang sedar tetapi sudah terlewat (anggapan mereka) namun ramai juga yang membawa hingga ke mati.
Fakta, di sesetengah negeri di Malaysia peratus perceraian telah meningkat hingga SEPARUH! Separuh! (dan sekadar untuk rekod, bilangan perceraian tertinggi di Malaysia adalah di negeri Selangor!) Ini sekarang, berapa angkanya 5 tahun nanti? 10 tahun nanti? Apa akan jadi kepada anak cucu kita jika ia tidak dibendung sekarang?
Bayangkan, apa yang telah jadi di Malaysia ini sehingga perkahwinan yang dianggap sesuatu yang suci, hanya dengan orang yang betul, sekali seumur hidup dan lain-lain ilusi telah menjadi komoditi seperti kereta! Bertukar-tukar beberapa kali sepanjang hidup.
Anda boleh menambah peratusan poligami tanpa kebenaran, bernikah di Thailand, gantung tidak bertali dan mereka yang hanya memendam perasaan merana mereka demi untuk anak-anak, kemungkinan mereka yang hidup betul-betul bahagia (tidak ada makan hati di dalam) mungkin hanya dalam 25%!
Bayangkan, dari 4 pasangan yang berkahwin pada satu-satu hari, hanya satu pasangan yang akan hidup bahagia!
Adakah anda pasangan bertuah ini?
Bayangkan juga dari 4 kawan-kawan karib anda yang berkahwin, hanya seorang yang akan hidup bahagia seperti yang anda impikan.
Persoalannya adakah anda orang itu?
Jika anda membaca artikel ini dan masih belum berkahwin (walaupun sudah bertunang, mempunyai pilihan hati, dll ) masih belum terlambat untuk berbincang dengan ibu anda. Tanya beliau, adakah anda membuat pilihan yang terbaik dari pilihan yang anda ada?
Sebenar-benarnya mengikut pengalaman beliau? Jika diundur kembali hidup ibu anda ketika beliau muda dahulu, apa yang akan beliau lakukan?
Apa sahaja pilihan anda yang sepatutnya, ia masih terbuka.
Berbalik kepada visi saya.
Kaedah-Kaedah Lain Yang Tidak Berkesan
Di akhbar baru-baru ini, negeri Terengganu ingin memberi pendidikan seksual kepada pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga kerana menurut mereka banyak masalah rumah tangga berpunca dari masalah seksual.
Pada saya ini adalah penyelesaian minda singkat yang tidak berfikir panjang memperhalusi sumber sebenar masalah dan saya tidak terkejut jika ia datang dari lelaki.
Kenapa?
Kerana hanya lelaki yang mementingkan seks!
Wanita tidak. Wanita pentingkan cinta.
Pernahkah anda mendengar statement seperti ini, “men give love for sex and women give sex for love?”
Fix love and you fix everything.
Saya berpendapat jika kita diajar cara bercinta, cara mengenali “cinta” (ia bukan sesuatu yang abstrak atau perasaan yang tiba-tiba datang dalam hati ya) bukan juga perasaan “nervous” yang tiba-tiba datang seperti dimomokkan dalam filem Hollywood ~, cara “menghargai” pasangan dan lain-lain pendidikan cinta, kita akan menjadi lebih baik.
Tidak ada lagi alasan-alasan bodoh yang akhirnya akan merosakkan masa depan. Being ignorant is not an excuse.
Saya juga berpendapat pendidikan cinta adalah lebih penting dari pendidikan seksual terutama dalam masayarakat ke Timur an kita ini. Antara alasan penyokong pendidikan seks di sekolah adalah untuk membendung gejala tidak sihat dan membendung penyebaran penyakit berjangkit.
Tahukah anda?
Majoriti dari masalah masyarakat seperti yang disebutkan di atas bermula dari perpecahan rumah tangga akibat masalah cinta?
Tahukah anda juga yang remaja-remaja seperti mat rempit itu dan golongan-golongan yang berbudaya hidup di atas sebab mereka ada masalah cinta? Tidak cukup kasih sayang, pernah dikecewakan oleh orang yang mereka amat percaya sebelum ini dan sebagainya?
Dari mana saya dapat ini semua? Kenapa ini perjuangan pilihan saya?
Dari pengalaman saya sendiri. Dan saya melihat bahawa betapa bertuahnya saya kerana dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya sedikit sahaja lagi sebelum tergelincir ke tempat yang tidak sepatutnya.
Apabila saya merenung kembali, saya bertuah kerana saya tahu. Berapa ramai lagi orang di luar sana yang tidak mempunyai pendidikan cinta dan menanggung akibatnya sehingga ke kubur? Kadang-kadang apa yang mereka lakukan bukanlah kerana mereka jahat sangat (jahat sikit tu adalah), tetapi kerana mereka tidak cukup ilmu dan mereka ini lah yang perlu dibimbing.
Bukan ilmu agama itu sudah cukup untuk menangani masalah ini?
Ya, saya tidak nafikan. Tetapi ilmu agama itu luas dan mempunyai banyak cabang. Berbeza dengan pandangan umum, ulama-ulama mempunyai bidang kepakaran mereka sendiri. Belum ada lagi ulama yang pakar dan mahir dalam bidang cinta ini. Termasuk dalam visi saya ini adalah untuk melahirkan ulama dalam bidang ini (bukan saya, tetapi saya tidak bercadang untuk berjuang seorang diri!) 😉
Bahkan kitab La Tahzan (jangan bersedih) itu boleh dikupas untuk dijadikan material yang sesuai untuk SEMUA AGAMA.
Apa yang saya ingin lakukan ini bukanlah untuk bangsa kita sahaja, sebaliknya untuk semua masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.
Ok, itu sudah detailnya. Saya tidak bercadang untuk berbicara mengenai detailnya. Itu sesuatu yang kita sama-sama boleh perhalusi dan perbaiki kelak apabila frameworknya sudah ada.
Tempoh masa
Saya mensasarkan 20-30 tahun untuk ini. Ketika itu usia saya dalam 44-54, masih cukup muda.
“Peak”
Jika pejuang pendidikan seks mahu menjadikan ia sebagai satu kurikulum sekalah, untuk pendidikan cinta saya anggap ia optional dan sebagai bonus jika dilaksanakan.
Pelajar dan guru sekarang sudah terbeban dengan cukup banyak subjek, sistem akademik yang mementingkan subjek-subjek peperiksaan dan guru-guru mungkin ada masalah cinta mereka sendiri. 😉
Visi saya adalah untuk melihat drama-drama di slot “Cerekarama” memaparkan drama dengan mesej yang selari dengan silibus pendidikan cinta dan siri-siri seperti Nur Kasih tampil dengan mesej yang lebih cemerlang disamping dengan sesi-sesi penerangan, seminar percuma, lawatan rumah ke rumah kepada umum yang dilakukan untuk memberi kesedaran mengenai cinta.
Jika perlu saya sendiri amat sangat sanggup “membeli” slot-slot ini untuk menyampaikan mesej saya (30 tahun nantilah, bukan sekarang! 🙂 ) Ini kerana mereka yang menonton drama-drama dan siri-siri inilah yang saya rasa paling banyak usaha dan fokus pembetulan yang perlu diberikan.
Langkah Pertama Hari Ini
Cita-cita tanpa usaha konkrit hari ini adalah hanya angan-angan. Sebenarnya saya telahpun mengambil langkah pertama ke arah ini dengan membiayai Akademi Seni Cinta dengan target awal supaya ia menjadi NGO yang mampu menguruskan diri mereka sendiri seperti MAKNA dan MERCY.
Mari bersama saya,
Ke Arah Cinta Yang Lebih Baik
Sabri
Pencinta Setia