Saya baru balik dari menonton Sirah Junjungan: Tahajud Cinta di Istana Budaya.
Sebenarnya untuk cover kempunan menonton Puteri Gunung Ledang. Saya bercadang untuk menontonnya pada Sabtu lepas, hari terakhir yang agak free. Namun, ketika itu penyanyi jemputannya Jamal Abdillah. Jamal Abdillah memang penyanyi yanga bervokal menarik, namun pull factornya pada saya tak begitu hebat sangat. hehe..
Ingatkan melepas lagi kesempatan ini.
Namun petang tadi di pejabat tiba-tiba terfikir. Eh sempat lagi ni kalau balik awal dan pergi Istana Budaya. Lagi pula, Siti Nurhaliza penyanyi jemputan nih. Walaupun sibuk, tapi kalau Siti berbaloi lagi pergi nih. Dan secara spontannya saya buat keputusan untuk pergi memandangkan malam ini, malam yang paling kurang sibuk di antara malam-malam yang sibuk yang bakal mendatang.
Jadi saya pun pergi. Ngam ngam sampai beli tiket, duduk dan persembahan start.
Kalau nak komen pasal teater ni, saya bukanlah pakar sangat. Namun adalah pengalaman picisan waktu kat sekolah dulu, dan selalu dengar Cikgu Hani (Nurhani) memberi komen mengenai persembahan drama dan teater. Kebetulan pula ketika di SEMASHUR dulu, pernahlah 2 kali ke Istana Budaya.
Kudos kepada pencerita. Sangat bagus dan berjaya membawa tone yang pelbagai dan emosi ke dalam cerita. Tahniah juga kepada jalan cerita yang baik dan digarap dengan bagus. Walaupun audio mungkin ada sedikit cacat cela, terutamanya ketika pelakon menjerit, tapi oklah. Masih boleh “bergegar” juga feel dia.
Tetapi dari segi koreografi tarian mungkin perlu latihan lagi untuk koordinasi dan lakonan mungkin di sesetengah part agak over.
Tapi not badlah.
Experience saya di Istana Budaya still masih enjoy dan belum tercemar. 🙂
Now, back to memory lane.
Kali pertama saya ke Istana Budaya, saya menonton teater muzikal Tanggang. Tiket di beri oleh Cikgu Saipuddin. Saya bersama empat orang lain. Saya masih ingat Faizal dan mungkin Helmi. Saya tak pasti 2 yang lain, mungkin Hood dan Zaid. Mungkin, saya dah lupa.
Kali kedua saya menonton teater Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kali ini dengan classmate 5 Amal.
Perbezaan yang saya terasa ketika duduk tadi adalah, “Wah, kecil rupanya Istana Budaya ni”.
Sebab seingat saya ketika saya datang dulu, saya terasa “kebesaran” dan keluasannya. Boleh seram sejuk jugalah kalau kena buat persembahan kot. Namun tadi terasa kecil pula ruangnya. Pentas pun terasa lebih dekat. (hehe… maybe sebelum ini tiket free, jadi seatnya seat belakang)
Walaupun tidak puas mendengar Siti menyanyi (kurang dari 5 lagu rasanya), tetapi 2 lagunya sangat dekat di hati. Pernah saya nyanyikan secara berkumpulan dalam pertandingan nasyid di SEMASHUR. Lagu “Nabi Anak Yatim”, dan lagu “Alangkah Indahnya Hidup Ini”
Waktu itu saya masih ingat memang sumbang sungguh suara kami. Namun suara apeng untuk vokal “Alangkahnya hidup ini, andai dapat, kutatap wajah mu”, syahdu sungguh. Mungkin lebih syahdu dari suara Siti.
Dalam teater ini juga saya rasa keyakinan dan kepercayaan kepada Ayu (codename) itu tinggi. Masanya akan tiba, orangnya akan tiba. Mungkin cuma sekarang saya yang masih belum tahu. Tak apa, kad nama dah di approve dan on the way. Lepas tu saya boleh mengorak langkah lebih panjang.
Saya juga mencongak dalam kepala. Kali terakhir saya berada di panggung sari sebagai seorang pelajar. SPM pun belum ambil. Sudah hampir pasti hala tuju hidup, tetapi keputusan SPM tidak pasti lagi. Kali pertama datang, pening-pening kepala pasal politik lagi. Kali kedua datang, pening-pening kepala pasal cinta lagi.
Kali ini datang, pening-pening itu sudah hilang (dan mungkin sedang kembali).
Tetapi yang pentingnya 7 tahun kemudian saya kembali ke dalam dewan itu, sebagai seorang dewasa. SPM sudah selesai, alhamdulillah lebih baik dari target. Hidup pun secara umumnya lebih baik dari jangkaan saya dan saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan pengalaman yang dilalui.
Tujuh tahun terasa lama. Dulu hidup saya, survival hari demi hari. Fikiran sedikit terbelenggu. Imaginasi terbatas. Cita-cita pun ada dan tidak sahaja.
Sekarang, memang ada aspek hidup yang saya harap boleh jadi lebih baik, tetapi secara umumnya saya bersyukur dengan jalan yang dilalui dan tidak akan menukarnya dengan lain-lain jalan.
Saya terfikir (ketika masih di dalam dewan), adakah 7 tahun lagi saya akan datang dalam keadaan yang berbeza juga? Ketika itu saya akan berumur lebih kurang 31 tahun. Ya, pasti akan sedikit berbeza. Harapan saya semoga ia juga lebih gemilang dan saya tidak lagi akan datang seorang! 🙂
HAAA!! BUSTED! found ur secluded hideaway! 😀
OMG, kakak over excited kot that i stumbled upon this. nnti kakak link skang! eyh nak jgk domain sendiri. tsk tsk. tak sedih ke i masih berblogspot lagi.sngguh kampung skali -_-