Tajuk hari ini mungkin tajuk yang paling membosankan yang pernah saya tulis. Tetapi AWAS! Jangan underestimate tahap kekurangan ilmu menyelesaikan masalah di kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi seperti kita. Saya lihat terlalu banyak contoh yang menunjukkan kejadian ini dalam hidup saya, jadi saya rasa terpanggil dan terpaksa memberi ceramah percuma di sini. Sesungguhnya dunia saya akan jadi lebih baik jika orang-orang disekeliling saya mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang tinggi.
Pertamanya, satu disclaimer. Saya bukanlah pakar serba boleh dalam menyelesaikan masalah. Saya juga pernah banyak kali berada dalam situasi bermasalah. Apa yang saya akan kongsi hari ini adalah melalui pengalaman saya dan apa yang saya belajar secara profesional (melalui komunikasi urusan kerja).
Hidup saya lebih mudah dan ringkas serta kurang stress setelah mengamalkan tabiat “mahir menyelesaikan masalah ini“.
Pertama, Never Assume!
Jangan sesekali agak-agak. Sentiasa pastikan. Apa yang kita fahami mungkin berbeza dengan apa yang terjadi. Sebagai contoh, jika seseorang meminta bantuan anda dengan mengatakan “Computer Crash“, kemungkinan komputernya hang dan bukannya “crash“. Kemungkinan juga ia memang betul “crash” (restart).
Kedua-dua kejadian ini memerlukan pertolongan dan nasihat berbeza. Ini penting, salah nasihat mungkin dia akan kehilangan semua data yang sudah disiapkan sejak berjam-jam sebelumnya.
Begitu juga dalam perhubungan peribadi. Jangan kita assume seseorang itu sebagai sesuatu. Jangan menghakimi orang. Ada banyak contoh yang saya kira anda sendiri boleh fikirkan. Namun penjelasannya yang penting dan perlu saya kongsikan.
Kita tidak boleh menghakimi seseorang yang tidak kita kenali, kerana ia meletakkan tanggapan kita (masalah kita) pada orang lain. Cara kita berfikir sememangnya akan mempengaruhi cara kita bertindak. Jika kita anggap seseorang itu serius, kita akan layan mereka seperti mereka benar-benar serius. Jika kita anggap seseorang itu pemalu, kita akan layan mereka seperti mereka benar-benar pemalu. Itu tidak mengapa. Tetapi bayangkan jika kita anggap seseorang itu sebagai susah untuk berurusan, secara tanpa sedar kita juga akan menyusahkan beliau (sebab kita tidak suka padanya dan sebab kita mahu kerjanya susah juga) dan situasi ini selalunya akan menyebabkan orang yang kita anggap menyusahkan tadi betul-betul menjadi seorang penyusah (nuisance).
Ini yang dipanggil our thoughts become our reality.
Jadi, perkara pertama never assume. Bukan kerja kita untuk assume. Itu kerja Tuhan. Kita cuma beri yang terbaik dalam melakukan kerja kita. Orang lain nak bagi terbaik ke tidak, itu kerja orang lain. Apa kesan kerja orang lain pada kita? Itu kerja Tuhan. Fokus pada kerja kita sahaja. No excuses, tiada alasan. Tiada tapi-tapi.
Kalau anda tidak bersetuju dengan point ini anda boleh lihat dalam kehidupan anda. Banyak tak masalah anda? Banyak tak masalah yang anda cipta? Banyak tak masalah yang tak selesai? Mungkin anda perlu terima kenyataan ini untuk menjadikan hidup anda lebih bermakna.
Kedua, Always Be Precise & Keep Information On the Loop (Communicate!)
Sentiasa berkomunikasi. Luahkan apa yang terbuku di hati anda dan juga apa yang terlintas di fikiran anda. Jangan anggap (never assume lagi!) orang tahu apa yang anda sedang fikirkan. Sebab 99% dari masa, orang lain tidak tahu apa yang ada di fikiran anda walaupun pasangan anda! (apa? Pasangan anda tahu apa yang anda sedang fikirkan,-jangan buat lawak! :p )
Anda mungkin ingat yang si A tahu kenapa anda marah, tetapi jangan haraplah.
Anda mungkin ingat bos anda tahu kerja anda sudah banyak, tetapi semestinya jangan haraplah! Beliau tidak akan tahu kalau anda tidak beritahu.
Ini sememangnya betul. Cikgu anda di sekolah dulu (cikgu yang baik lah) seringkali bertanya, ada sesiapa yang tidak faham? Beliau mungkin boleh agak siapa muridnya yang tidak faham, tetapi beliau tanya juga sebab beliau tidak tahu dengan pasti siapa yang betul-betul faham.
Dan jika anda masih ingat, bukankah pelajar-pelajar yang banyak bertanya kerana tidak faham itu biasanya antara mereka yang ok-ok sikit dalam pelajaran? 🙂
Begitu juga dalam hidup. Orang yang bersuara itu akan cemerlang & at least ok-ok. Orang yang kurang berkomunikasi itu akan ehem, ehem. Entahlah. Saya tak kata, tetapi faham-faham sendiri.
Pendiam, bukan satu alasan untuk tidak berkomunikasi ya. Pendiam kurang bercakap, tetapi kalau isu-isu rasmi, pendiam yang berjaya akan bercakap. Pendiam yang ehem-ehem yang akan diam.
Di MindValley, kami ada satu solution unik untuk menyelesaikan masalah pejabat (office relationship) problem. Di sebelah bilik mesyuarat ada sebatang “Sugar Stick”. Jika anda tidak puas hati kepada sesiapa, berikan beliau Sugar Stick tersebut dan pergi ke bilik mesyuarat.
Di sana, anda luahkan perasaan anda. Jangan berikan sugar stick tersebut kepada seorang lagi sehingga anda yakin beliau benar-benar memahami apa yang anda katakan (dari body language). Setelah itu, giliran orang seorang lagi itu pula. Sugar Stick itu hanya bertukar tangan JIKA orang yang pegang pada ketika itu yakin yang pihak satu lagi itu memahami sudut pandangannya.
Jika tidak, teruskan bercakap.
Begitu juga dalam projek. Keep information on the loop. Jangan anggap orang lain tahu apa yang anda tahu. Berikan mereka update terkini.
Begitu juga dalam perhubungan. Selalukan say “LOVE” (jangan assume orang tahu!) dan pastikan orang yang satu lagi tahu itu betul-betul faham apa yang berlaku. Alasan melepaskan batuk di tangga tidak logik dan tidak diterima. Tolonglah jangan buat. Alasan melepaskan batuk di tangga lebih teruk dari tiada alasan langsung. Ia akan mengundang masalah yang lebih besar seperti salah faham kelak.
Bertanggungjawablah untuk berkomunikasi.
Ketiga, Selesaikan Masalah. Bukan Lari Dari Masalah
Dan definisi lari dari masalah itu luas. Tidak menyelesaikan masalah adalah contoh lari dari masalah.
Inaction IS AN action!
Contoh, jika bateri kereta anda rosak (kerana sudah lama) dan kereta tidak boleh dihidupkan, menukar kereta baru terus bukanlah menyelesaikan masalah! Ia lari dari masalah. Boleh bankrap jadinya!
Hidup anda tidak akan ke mana, masalah anda tidak akan selesai dan anda pasti akan hidup dalam kemurungan dan penyesalan sepanjang hayat jika anda menjadikan lari dari masalah sebagai satu tabiat.
Dalam contoh kereta tadi (dan apa juga masalah lain), pertamanya never assume. Jangan anggap anda tahu itu masalah bateri. Pastikan (dengan cara kalau tolak boleh start, most probably dll kaedah. Anda juga boleh meminta mekanik check).
Keduanya, komunikasi. Jika bateri anda bermasalah, tanya mekanik tersebut. Adakah betul ia bateri atau starter ataupun masalah dengan palam pencucuh. Adakah komponen-komponen lain yang perlu diservis sama untuk memastikan bateri tersebut tidak bermasalah.
Jika kita tidak tanya kita tak akan tahu. Kita mungkin menyelesaikan simptom, tetapi tidak merawat puncanya!
Selepas itu barulah kita selesaikan masalah bateri kita tadi berdasarkan masalah apa yang kereta kita sebenarnya hadapi.
Menukar kereta bukanlah menyelesaikan masalah. Ia mungkin menambahkan masalah dan mungkin juga menangguhkan masalah. Tetapi masalah tersebut tetap tidak selesai.
So, itu 3 tips dari saya.
- Never assume
- Communicate
- Fix the source not change it.
Pegang ketiga-tiga prinsip ini, hidup anda akan lebih bahagia dan berjaya. Jika anda pernah tersalah, it is still not too late to fix it.
Best Regards,
Sabri
Selesaikan Masalah & Bukan Lari Untuk Hidup Lebih Sejahtera Sampai Bila-Bila