Saya baru pulang dari Singapura menghadiri Tony Robbins’s Wealth Mastery seminar dan ini adalah program ketiga yang mempunyai influence dari Tony Robbins yang telah saya hadiri. Seminar tersebut banyak mengingatkan saya semula mengenai nilai-nilai yang ada di dalam diri saya dan strategi-strategi yang boleh saya gunakan dalam hidup ini.
Satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini adalah:
Kita tidak gembira dengan apa yang kita dapat, tetapi kita gembira dengan apa yang terjadi kepada kita. ~ We are not happy for things we get, we are happy with who we become.
Sebagai contoh, apabila kita gembira kita mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, kita sebenarnya bukanlah gembira disebabkan oleh bilangan A yang kita perolehi, tetapi kita gembira kerana bilangan A tersebut menandakan kita pandai.
Apabila kita mendapat hadiah dari seseorang yang kita sayangi, kita gembira bukanlah disebabkan kerana kita mendapat hadiah tersebut, tetapi kerana kita rasa dihargai.
Begitu juga dengan kekayaan. Bukanlah kita gembira kerana kita kaya, tetapi kita gembira kerana apabila kita kaya kita menjadi individu yang lebih “hebat” pada pandangan mata kita sendiri.
Apabila saya mendengar ungkapan ini, ia membuatkan saya terfikir. Ada logiknya.
Apa relevannya perkara ini dengan kita?
Acapkali kita tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya dalam hidup kita. Selalunya apabila kita berada dalam situasi ini, kita menjadikan objek tersebut sebagai “target” kita. Objek tersebut biasanya material, individu tertentu, kebolehan tertentu ataupun sesuatu yang abstrak seperti cinta.
Apabila kita menjadikan sesuatu ini sebagai “target” dalam hidup kita, seringkali ia akan diiringi dengan tekanan, kemalangan dan perasaan-perasaan yang tidak seronok lain. Tidak cukup dengan itu, biasanya kita akan tersasar dan akhirnya putus asa dalam pencarian “target” itu.
Itu yang biasa terjadi dalam hidup manusia. Berbeza dengan filem, tidak semua orang sedar akan hakikat ini. Ada yang membawa ke kubur kekecewaan hidup mereka ini.
Kita boleh mengelakkan dari hidup dalam kekecewaan dan under performance ini;
Dengan mengetahui apa sebenarnya yang kita mahu.
Adakah kita gembira dengan siapa kita apabila kita berada dalam keadaan tertentu?
Adakah kita sendiri mahu diri kita menjadi sesuatu (become) apabila kita mendapat sesuatu?
Cuba kita fikirkan, sekarang bolehkah kita menjadi sesuatu tanpa perlu benda itu? Cuba anda bayangkan anda telah berada dalam keadaan mendapat sesuatu itu, anda akan dapati “target” anda tadi lebih mudah untuk dicapai, anda lebih gembira dan hidup anda dalam keadaan yang lebih tenang dan positif. 🙂
Mengapa teknik ini lebih berkuasa? Ia memberi kita kuasa untuk berubah sekarang, instead of waiting for something to happen to us which might not happen at all.
Akhir kata, janganlah memperjudikan hidup anda kerana satu kesilapan dalam hidup dan menyangkakan anda telah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik. Hidup ini bukan filem di mana pengakhirannya sentiasa “happy ending”. Anda boleh pada bila-bila masa berpatah balik atau bertukar arah jika anda rasakan jalan yang anda lalui sekarang bukanlah apa yang anda mahu sebenarnya. Lebih-lebih lagi, saya pasti pembaca artikel ini terdiri dari anda yang mempunyai mereka yang sangat mengambil berat terhadap diri anda. Jalan itu terbuka, jangan menyeksa diri anda lebih lama dalam hidup tanpa tujuan jangka panjang.
Best Wishes,
Sabri
Lead Navigator