Welcome & Selamat Datang!
I hope you enjoy what you have read so far.
Something You Need to Know About My Writing Style
Kenapa saya tulis apa yang saya tulis?
Kenapa apa yang saya tulis berbeza? Unconventional sedikit jika dibandingkan dengan nasihat-nasihat yang selalu orang berikan?
Kenapa saya suka tulis mengenai perkara yang “soft-soft” (berkaitan emosi)? Bukankah banyak perkara lain yang lebih penting yang boleh diulas?
Pada suatu hari, saya tertanya-tanya diri sendiri. Apakah legasi aku setelah aku tiada di dunia ini? Jika disebut Sabri, apakah yang orang akan ingat?
Saya bukanlah seorang pemimpin besar yang mahu diingati dengan sumbangannya kepada negara ataupun dunia yang tiada tolok bandingnya (walaupun niat ke arah itu sentiasa ada, Insya-Allah). Sumbangan saya kecil sahaja.
Cukuplah orang yang pernah mengenali saya tahu saya sentiasa menggalakkan mereka untuk tidak putus asa dan mereka berasa lebih positif selepas bertemu saya. Bukan kerana jangan putus asa sebab mahu memotivasikan mereka, tetapi kerana mereka memang hebat. Amat sayang dan rugi dengan kebolehan mereka jika mereka cepat putus asa. I genuinely believe that inside, you have what it takes to get what you dream for.
Kenapa pendapat saya berbeza? Kadang-kadang cara saya ulas berbeza.
Sebab saya menulis untuk orang yang macam saya. Tidak ramai orang yang macam saya. Orang macam saya sukar untuk menerima nasihat cliche yang kadangkala kelihatan tidak rasional. Sebagai contoh, “Time heals all wound”.
Saya tidak mahu berdebat panjang soal ini. Memang ada sesetengah cliche yang betul.
Tetapi, jika kita hendak bercakap dengan orang yang sedang kecewa, dengan orang yang sedang bersedih, dengan orang yang memerlukan nasihat spesifik, mereka tidak boleh terima cliche ini. Mereka mahukan satu kepastian, bukan wishful thinking. Saya menulis untuk mereka.
Bukan untuk mereka yang berpuas hati dengan cliche. Untuk orang seperti ini, ada banyak lagi website di luar sana untuk mereka layari.
Biarlah dari seribu pembaca, hanya seorang yang dapat menghargainya. Itu sudah berbaloi bagi saya.
Tetapi itu tidak bermaksud saya betul.
Saya menulis dari pengalaman. Saya tidak menulis kajian yang tidak diuji dengan pengalaman saya sendiri. I am both book-smart and street smart.
Kadang-kadang saya menulis dari sudut pandangan saya “sedang” mengalami sesuatu. Kadang-kadang saya menulis dari sudut pandangan “selepas” saya mengalami sesuatu (hindsight). Apa yang saya tulis sekadar dari pengalaman, pemerhatian dan pembacaan saya. Ia mungkin jadi benar, ia mungkin jadi salah. Ia cuma pengalaman saya. Tetapi saya percaya pembaca saya cukup bijak untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.
Semoga saya dapat tinggalkan legasi yang bermanfaat untuk dikongsi.
My Wish For You
Jika ada mana-mana artikel yang anda suka, awesome! Jika anda juga ada blog, I wanna know, atau anda rasa cara kita berfikir serupa, do contact me and let be friends. 🙂
If there’s anything else I can help you with, feel free to let me know. You can email me directly or use the contact form.
Adios and have a good time! 🙂
Sabri
p/s: 2021
Kelakar sikit formatting post ini, apabila saya tambah post notes di sini. Post notes ini ditulis pada 2021, 10 tahun selepas ia pertama kali ditulis, sebagai tambahan kepada tulisan asal pada 2011.
Basically, ini adalah spirit kepada blog ini sekarang. Saya tidak dapat memadam sejarah/catatan lama dalam hidup saya, walaupun saya mahu. Jika saya memadam catatan lama tersebut, seolahnya saya akan hilang identiti diri saya untuk berbelas tahun yang lepas.
Untuk itu saya membuat keputusan, I am secure and comfortable in my own skin. Saya percaya yang I am living my best life now. Jadi saya akan menambah catatan-catatan baru, mengaturkan kembali beberapa bahagian blog ini supaya lebih relevan dengan hidup baru saya. Catatan-catatan lama, ada yang saya tanam di dalam arkib lama tetapi tidak saya padam. Too much work. Saya prefer memandang ke depan, make it better.
Jadi anda boleh membaca dan melihat transformasi diri saya dari usia 20an yang tidak begitu secure sehinggalah sekarang di pertengahan 30an, yang supposedly lebih matang.
Hope you don’t mind. Kalau ada konflik identiti, yang paling latest itu adalah saya sekarang!