Covid membuatkan hubungan inter-department agak rapat. Iyalah, jika sebelum ini kami inbound dan outbound mengikut rotation department sahaja, selepas Covid kami inbound dan outbound dalam bentuk inter department crew. Setelah beberapa Tour of Duty dan juga kuarantin bersama, brotherhood itu semakin kuat.
Tahun ini sepertinya tahun “crew change” di sini. Dalam rotation ini, beberapa orang rakan telah dan akan meninggalkan kami. Dan saya menyedari yang giliran saya juga akan tiba tidak lama lagi.
Saya berharap dan sedang cuba untuk memastikan yang langkah seterusnya adalah langkahan yang terbaik untuk karier dan diri saya sendiri.
On a related note, hakikat yang winter ini mungkin merupakan winter terakhir saya membuatkan saya cuba untuk menikmati winter ini sebaik mungkin. Jika tahun-tahun sebelum ini saya pernah catatkan yang winter bukanlah waktu yang saya gemar, in particular kerana tidak dapat tidur balik selepas subuh.
Hubungan saya dengan winter kini semakin baik. Saya belajar untuk hidup dengannya. Rahsianya? Pasrah bahawa saya tidak boleh tidur selepas subuh. Ia lebih tolerable sekarang, selepas solat Subuh dari masjid saya dan beberapa rakan akan terus ke Dewan Makan untuk sarapan. Jadi ia sedikit sebanyak membantu. Pada masa yang sama, saya juga mindful tentang keperluan untuk tidur awal dan tidak tidur terlalu lewat. All in all, it is an equiblirium yang saya perlu jaga dan maintain.
On another note, adik dan adik ipar saya yang baru pulang dari mengerjakan umrah telah didapati positif Covid dan sedang menjalani proses kuarantin. Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit tips kepada mereka dalam menjalani kuarantin.