Ketika di usia 20an, saya mengejar masa, ada banyak perkara yang perlu saya buktikan dalam banyak aspek kehidupan. Tetapi ia tidaklah bermaksud saya semborono sahaja. Dalam mengejar masa tersebut, adalah strateginya. Adalah comparisonnya.
Bila kita mengejar masa, checklist adalah tools yang bagus. Ia keep us objektif dan memastikan kita tidak terperangkap dalam analisis paralisis.
Satu keburukan terlalu mengejar masa ini adalah, kita tidak dapat tengok dalam perspektif yang luas. Lagi-lagi bila kita ada a lot to prove. Kita mungkin compare secara komprehensif option yang ada di depan mata, tetapi kita tidak compare vs doing nothing.
Dengan pertambahan usia ni, pengalaman dan kebijaksanaan tu bertambah sedikit. Saya kadang-kadang melihat ada beberapa situasi yang boleh benefit dengan “doing nothing” ni. Pokok durian, kita buat macam mana sekali pun, dia tak boleh berbuah dalam masa sehari.
Cuma key dia itulah, kita kena tahu kita deal dengan pokok durian atau pokok taugeh.
Pada masa yang sama, saya juga tahu yang pokok durian dan pokok taugeh, kedua-duanya adalah pokok yang bermanfaat. Untuk seorang petani yang baru nak mencari idea hendak terlibat dalam pertanian jenis apa, tak boleh dismiss the idea lagi.
Kalau nak dibuang dari list, mungkin lalang, pokok hutan, pokok gaharu dan pokok buluh, ya. Boleh difilter out.
Kalau ikut checklist, mungkin durian lebih bagus dari taugeh. Mungkin juga taugeh lebih bagus dari durian (ikut checklist masing-masing).
Untuk orang yang baru mencari idea, mungkin perlu buat pilot test. Semai kedua-duanya. Memandangkan kedua-duanya adalah tumbuhan yang berbeza, perlu pastikan tapak semaian itu kondusif untuk keperluan masing-masing. Pada masa yang sama, petani tersebut tak boleh jadi bodoh. Jangan lah buat pilot test selama 10 hari sahaja, sebab sudah pasti dalam tempoh tersebut cuma taugeh sahaja yang sudah berhasil. Durian belum tentu.
Jadi di sini diperlukan satu lagi kebijaksanaan. Taugeh dan durian perlu diuji dengan cara yang berbeza menepati tabiat semulajadi tumbuhan tersebut. Kita tidak boleh bias kepada taugeh, mahupun bias kepada durian.
Di sini pentingnya masa dan kesabaran.
Selepas ujian bersesuaian di buat, keputusannya perlu dibandingkan.
Dan sekarang satu lagi kebijaksanaan perlu ada. Adakah lebih bagus untuk kita tanam tauge? Atau lebih bagus tanam durian? Atau lebih jimat jika tidak tanam apa-apa?