Salam Saudara,
Tahniah. It is a difficult year and a difficult period in our life. Namun pengalaman UPSR & di asrama menyediakan saudara secukupnya untuk menghadapi cabaran dari segi akademik. You pick your battle, yang mana perlu drop, harness your strength dan graduate respectably. You also did well in both of your interview, dapat join Mindvalley for the startup experience and miraculously manage to defer your report duty date for P, to be able to join P 2 years later.
Tapi dalam surat ini saya ingin menulis mengenai satu lagi challenge yang saudara sedang hadapi dalam tempoh ini. Cabaran yang saudara tidak pernah hadapi dan tidak bersedia untuk melaluinya. Challenge that gave you many sleepless nights. Walaupun lukanya telah sembuh, perit parutnya masih ada dan mungkin di bawa mati.
Ramai orang bercakap mengenai sukarnya melupakan cinta pertama. Saudara mungkin tidak tahu mengenai perkara ini lagi ketika ini, tetapi saudara akan mengambil masa lebih 3 tahun untuk heal yourself and move on.
Saya tidak ada ubat ataupun cadangan yang saya boleh tawarkan kepada saudara untuk membuat kesakitan yang saudara rasai, kurang sedikit. Sebab cinta ni bukanlah satu bidang yang saya expert pun (sebab itu I wish Sabri yang dekat form 2 tu lebih player sikit, at least Sabri yang 20-an ni tak suffer and hurt so much). Tapi biarkan saya recap everything for you, sebab mungkin ada sesuatu yang kita sama-sama boleh belajar dari episod ini.
Pertamanya, semuanya bermula bila saudara dah penat jadi “nice guy” dan sekadar berada dalam friend zone. Bila saudara perhatikan, banyak betul kaki-kaki provoke (bad boys la konon) time sekolah dulu, yang bajet alim/anti perempuan tapi cari girlfriend dari golongan sama yang mereka kutuk dulu di sekolah. Saudara menyedari yang, tak boleh salahkan kawan-kawan perempuan saudara juga, sebab you didn’t put yourself out there, you didn’t give them option to accept you in their life, nice guys usya dari jauh je, malu nak cakap, kemudian the girls have no choice, kena accept siapa je lah yang berani confess, kalau bad boys pun bad boys lah.
Jadi saudara buat keputusan, sama macam keputusan saudara untuk jadi Sabri yang baru waktu di sekolah baru, untuk put yourself out there jugak. Lagipun, saudara memang dah lama dah mencari cinta ni. Tapi siapa?
Seperti biasa bila mencuba benda-benda baru ni, saudara kadang-kadang idealis sedikit. Saudara meletakkan beberapa rules kepada diri sendiri:
- Jika ditakdirkan jatuh cinta kelak, mesti tak ada penyesalan. Maksudnya takde, “I wish”, “if only” etc. Jika saudara tahu saudara tak akan gagal, siapakah yang saudara akan approach? Ya, you like to think big dan selalu benda ni mengundang masalah kepada kita dikemudian hari saudara. Waktu nak mula, saudara memang ambitious. Dalam macam-macam hal.
- Dan dalam execute plan ni, dan juga ter-melankolik entah macam mana, saya masih ingat saudara punya plan “Berani Gagal” time tu. It is better to have love and lost, than never to have loved at all. Saudara bagi tahu diri saudara sendiri time tu, untuk memberanikan diri. Entah hantu Shakespeare mana yang merasuk saudara ketika itu. To be honest saudara, sehingga hari ini pun saya tak pasti sama ada ayat tu ada kebenaran atau tak. Betul cinta itu manis, tapi perpisahan itu sangat pahit. Jika diberi peluang untuk repeat, saya tak pasti I will take that chance again ataupun tidak. Seriously.
Berbalik kepada cerita kita tadi. Berdasarkan rules yang saudara set tadi, kita telah identify calon pertama dalam pencarian cinta kita. Dan to your suprise as well, saudara berjaya!
Wow. Mula-mula tu memang saudara sendiri tak percaya, you have hit jackpot! Bila saudara tanya diri sendiri, siapa yang saudara akan approach kalau saudara tahu yang saudara tidak akan gagal, maksudnya memang definitely not a safe choice lah. You go for the girl of your dream at that time. Waktu tu bukan macam sekarang. Line telefon kena duduk dekat parking lot, jalan pusing-pusing hostel tengah malam nak cari tempat reception bagus. Dan despite all that hurdles, you manage to score.
Cuma time tu saya masih ingat yang saudara memang berani. You are willing to walk away, “Jadi macam mana, yes or no? Saya tak nak awak terima saya sebab kesian. Saya boleh terima mana-mana jawapan, don’t worry.”
Dan the rest is history. Saudara rasa yang saudaralah lelaki paling bertuah di dunia ketika itu. Dan selepas itu pun. You punch above your weight. You know that.
Betul lah orang cakap yang cinta pertama tu amat sukar dilupakan. Lagi-lagi bila perpisahan tu bukan pilihan kita. Cuma perspektif selepas lebih 13 tahun ni lebih mematangkan.
Truth be told, saudara pun turut menyumbang kepada gagalnya hubungan tersebut. It’s partly your fault.
Bila dah tiga tahun, you are not trying to be your best self. Cuma saudara naif. Saudara complacent. Saudara tak tefikir. You sort of take things for granted.
Of course kalau masa diundurkan semula, dan jalan ini dilalui semula, kita akan buat lebih baik.
Cuma, saya sendiri tak pasti. Jika kita buat lebih baik sama ada, the ending will be different ataupun we are just delaying the inevitable.
Lebih kurang 6 bulan, saya tidak dapat menerima kenyataan. Dan lebih 3 tahun sebelum saya dapat sedikit kekuatan untuk move on.
Secara jujurnya, saya cuma dapat closure yang tuntas setelah Euro Trip pada 2018, 10 tahun kemudian dan berjaya membawa wife saya ke Paris sebelum kami kerepot. Itu janji saya pada diri saya sendiri. Saya rasa terbebas dari belenggu lama setelah berjaya mencapai milestone ini. I have nothing to prove anymore.
Cinta pertama memang manis, dan pahit dan perit ketika ia tamat. Tetapi kegagalan cinta pertama itu penting, sebab ia akan membuatkan kita lebih menghargai cinta kedua, ketiga dan seterusnya.
Seperti yang saya katakan mula-mula tadi, sehingga hari ini, knowing what I know today, saya tidak tahu sama ada saya mahu melalui jalan ini semula atau tidak.
Orang cakap, bila kita dah tua nanti, biasanya kita akan menyesal dengan benda yang kita tidak buat, vs menyesal buat sesuatu benda. Itu juga antara kata-kata yang push saya untuk bertindak (selain dari kata-kata Shakespeare kat atas tu). Tapi, entahlah.
Cinta tu memang manis. Truth be told, cinta zaman muda and cinta waktu dah dewasa ni memang lain.
Saya akan jadi lebih baik, dan cuba buat lebih baik jika sejarah berulang, itu sudah pasti. Tetapi saya tidak pasti, mahu ataupun sanggup jika sejarah berulang.
Cuma all said and done, saya bersyukur ditemukan dengan wife saya hari ini. Ada benarnya setiap kali perpisahan itu terjadi, kita akan ditakdirkan untuk bertemu dengan orang yang lebih baik. Berpisah lagi, lebih baik lagi dan seterusnya.
Hari ini saya sangat bertuah. Jalan yang saya lalui hari ini mungkin tidak akan saya lalui jika kegagalan lama tidak berlaku. Segala kenikmatan hari ini adalah dari kepahitan di masa lampau. I have a great family, yang supportive dan saya ada support system yang robust dan strong. I don’t have to keep looking over my shoulder dengan perasaan inadequate ataupun ada feeling insecure anymore.
I can reach for the stars.
Untuk saudara, saya tidak ada apa-apa kata-kata yang boleh menenangkan hati saudara ketika ini. Ketika ini, saudara sangat benci dengan kata-kata cliche. Time heals all wound la. Kita akan bertemu orang yang salah sebab nak jumpa orang yang lebih baik lah. Saudara tak dapat terima semua kata-kata ini. Walaupun saya ingin beritahu saudara, ada benarnya itu semua.
Namun saudara, ini sahaja pesanan saya. Kesat airmatamu.
Saya bangga kerana saudara berani. Saya bangga kerana saudara tabah. Saya bangga kerana saudara sentiasa berfikiran logik dan praktikal ketika mencari cinta pertama, dan juga ketika memilih calon isteri.
Dengan sikap ini, saudara akan buat keputusan yang betul dan bijak and you will have a great marriage and family life in the future.
Hang in there saudara. Smile and the world smiles with you. Saudara mungkin tak nampak dan tak terfikir mengenainya sekarang, tetapi cerita drama cinta hidup saudara ni, akan ada happy ending.
Percayalah saudara.
Sabri
Your 36 year old self
_________________
Breakfast: Bubur, Pau kacang merah, char siew chicken
Lunch: Bee hoon goreng, five spice fried chicken, sayur goreng air
Dinner: Nasi putih, Saba fish goreng, takoyaki